Certot

Ayah Superhero Mya

Hasil nukilan Zarina Shukur2 years agoSuperhero 8

Engku Nuramyra Syakina bt Tengku Ahmad Hafiz Mahkota Raizel seorang gadis yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Semponia. Dia sangat kaya, ialah kan, status anak kerabat diraja? Ramai peminat, baik hati, dan menawan. 

Tengku Ahmad Hakim Izhar Mahkota Haikel, abang kepada Myra. Izhar seorang yang lemah lembut bila bercakap. Boleh tahan orangnya. 

Dua beradik itu tidak sehati malah sejiwa. Ayahanda mereka, Tengku Hafiz, sudah pening dengan kerenah anak-anaknya itu, membuat keputusan mahu tinggal di sebuah kondominium. 

“Tak boleh! Mya tak setuju. Jikalau ayahnda, bonda dam monyet ni nak pergi, pergilah! Mya boleh jaga diri. Cuma selalu hantar wang bernilai RM 100,000 sebulan.” Dengan sombong Mya menolak cadangan Tengku Hafiz. Nasib baiklah, Tengku Hafiz ini sabar orangnya. 

“Mya, jaga bahasa kamu.” Engku Cinta Suhaila menjeling marah. Dia memang pantang apabila ada orang mahu mengejek anaknya. 

“Mya tak setuju!” Tetap dengan pendiriannya dan terus berlari ke pintu lif. 

“Ayahanda, bonda usah risau. Nanti hilanglah kemurkaannya itu,” pujuk Tengku Izhar.

                                                                   *****

“Kanda, Mya tu sudah melebih budaknya. Sampaikan si Izhar pun diejeknya, dipijaknya. Saya ni sebagai ibu tirinya pun tidak dihormati!” Engku Cinta mula menghamburkan kemarahannya. 

“Sabarlah, dinda. Sebentar lagi redalah dia tu.” Tengku Hafiz memang baik orangnya. 

                                                                  *****

“Bonda, ayanhda sudah tidak sayangkan Mya lagi. Mya tak sukalah!!” Mya menangis semahu-mahunya. Di hadapan gambar seorang wanita itu, Mya menangis. Tengku Hafiz yang mahu turun ke dewan menjamu, tersentak. Dia terus ke belakang dan melihat wajah Mya. Dia kenal siapa yang ada di dalam gambar itu. Isterinya, Ratu Elinor. Sampai sekarang Mya anggap yang Tengku Hafiz membenci Ratu Elinor lalu menghukum buang negara. Tetapi, itu benar-benar salah…

                                                                  *****

“Mya, bukan ayahnda tidak sayangkan kamu lagi. Tetapi, ayahnda tidak sanggup melihat wajahmu anakku.” Keluhan demi keluhan keluar daripada mulut Tengku Hafiz.

“Turun makan, sayang,” panggil Tengku Hafiz. Mya turun kerana terpaksa. Eh, dah macam tajuk drama pula, Kerana Terpaksa Aku Relakan.

“Kenapa monyok sangat baby girl papa ni?” tanya Tengku Hafiz. Mya hanya diam membisu seribu bahasa. 

Nasi putih, ayam masak merah, sayur kailan, ikan mushroom, sup daging, kek cawan vanilla, air koktel, dan air jus anggur serta aiskrim strawberi dan buah-buahan sudah membuatkan mulut hamba Allah di meja mejamu itu kecur liur.

                                                                *****

Sebulan sudah berlalu. Di kondominium Trivilion Bangsar itu terlihat dua orang remaja yang sibuk bermain di kolam. 

“Hehehehe….” Terdengar gelakan kecil. Mya dan Izhar sudah pandai bersama-sama. Dan kini, mereka sudah menjadi adik-beradik paling cool di Malaysia.

Engku Cinta hanya tersenyum. Sesekali hati kecilnya mahu turut ikut serta, tetapi malu. 

“Bonda, jomlah! Best ni!!” ajak Mya dan Izhar. 

Pengorbanan Tengku Hafiz akhirnya berjaya membuatkan keluarga itu bersatu. 

                                                               *****

‘Ayahanda tunggu baby girl ayahanda ni di syurga tau!’ jerit hati Mya. Air mata mula bergenangan di kelopak mata. “Ayah adalah hero bagi Mya dan Izhar!” 

Memang, satu kejadian yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Tengku Hafiz meninggal dalam kemalangan jalan raya sewaktu menyelamatkan Mya daripada dilanggar lori balak. 

Mya berasa terharu dan sedih melihat pengorbanan ayah tercinta. 

“Auch.” Rupa-rupanya Engku Cinta yang membaling googlenya! Hadoi. Ibu pula join! 

Ayah memang superhero! 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: