Certot

Ayah Superhero!

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoSuperhero 3

Encik Fariz dan Puan Aisyah mempunyai dua pasang anak kembar perempuan dan lelaki.

Adira dan Adibah berumur 12 tahun. Danial dan Danish pula berumur 10 tahun.

Keluarga Encik Fariz bukannya keluarga yang senang. Encik Fariz hanya menjual kuih-muih pada waktu petang di pasar malam. Puan Aisyah pula mengambil tempahan menjahit baju dari jiran-jiran. Pendapatan mereka hanya cukup-cukup untuk mereka sekeluarga.

 Tetapi, Encik Fariz tetap berusaha untuk mencari pendapatan lebih seperti mengutip tin di tepi jalan kemudian dijual, mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan, dan lain-lain lagi.

Kadangkala Encik Fariz akan menjual aiskrim hasil air tangannya sendiri di taman permainan. Memang laku. Pasti aiskrim itu akan habis dijual.

Adira, Adibah, Dania,l dan Danish sangat terharu dengan pengorbanan ibu dan ayah mereka.

Dahulu, ketika Danish demam panas, Encik Fariz sanggup bekerja sehingga lewat malam untuk mendapatkan duit bagi membeli ubat Danish.

Disebabkan itu, Adira, Adibah, Danial, dan Danish mahu berjaya dalam pelajaran supaya dapat membanggakan ibu dan ayah mereka dan mengubah nasib keluarga mereka.

                ******

Kini Adira, Adibah, Danial, dan Danish sudah meningkat dewasa.

Adira kini menjadi seorang doktor, Adibah pula bekerja sebagai seorang guru.

Danial menjadi seorang anggota polis, manakala Danish pula menjadi seorang jurutera.

Perniagaan aiskrim Encik Fariz telah dibesarkan dan kini telah mempunyai syarikat sendiri.

Adira, Adibah, Danial, dan Danish menganggap kejayaan ini semua disebabkan pengobanan ibu dan ayah mereka dahulu.

“Ibu hebat! Ayah Superhero!” sorak Adira, Adibah, Danial, dan Danish.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: