Certot

Ayah, pulanglah!

Hasil nukilan Princess AK 3 years agoFiksyen 250

Arinziana masih lagi termenung. Ada air yang bergenang di tubir matanya, menanti masa untuk gugur. Tatkala rakan-rakan sekelasnya bergembira setelah merdeka dari Ujian Penilaian Sekolah Rendah, namun dia masih mengenang ayahnya yang sudah lima bulan hilang tanpa jejak.

Arinziana tidak menyertai keriuhan rakan-rakannya yang teruja dapat menggunakan komputer di bilik komputer sekolah itu. Rata-rata membuka laman web Facebook, Twitter, Instagram, dan Youtube. Hanya dia yang melawat beberapa portal berita online yang menyiarkan berita tentang ayahnya.

Ayahnya hilang di lautan ketika pesawat AK15 membuat pendaratan kecemasan. Hanya segelintir sahaja yang selamat dan sudah kembali ke pangkuan keluarga. Yang selebihnya hilang, mungkin dihanyutkan, mungkin lemas.

Sudah lebih lima bulan juga pencarian dilakukan, namun tidak berhasil. Tiada sebarang petunjuk ditemui. Pencarian masih diteruskan sehingga kini. Dia berharap agar mereka akan ditemui.

****

Arinziana terjatuh. Mungkin kerana ditolak oleh beberapa orang murid di belakangnya. Biasalah, apabila waktu pulang, pasti semua berebut-rebut mahu cepat.

“Hei anak yatim, aku nak jalanlah!” marah seorang murid lelaki. Murid paling nakal dalam sekolah itu, Adib.

Terkedu Arinziana dipanggil begitu. Gelaran yang diberi oleh orang yang tiada belas kasihan, yang tiada perasaan, yang tidak mengerti betapa pilunya apabila bapanya disahkan hilang tanpa jejak.

“Anak yatim, anak yatim!” Beberapa orang murid lelaki turut mengejeknya. Sedihnya hati, sakitnya jiwa.

“Jangan kacau dia.” Satu suara mematikan segala ejekan itu. Arinziana memandang ke belakang, mahu melihat insan yang membantunya itu.

“Terima kasih,” ucap Arinziana kepada Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Sri Impian, Qalish. Qalish hanya tersenyum tanda ‘sama-sama’.

Arinziana berjalan di belakang ketuanya yang dihormati. Qalish memang seorang yang amat disegani kerana budi pekertinya. Sebab itu Arinziana selesa berkawan dengannya, walaupun mereka tidaklah terlalu rapat.

“Ayah awak masih hilang lagi?” Tiba-tiba Qalish bertanya memecah sunyi. Arinziana mengangguk. Wajahnya monyok.

Qalish faham. Hanya satu patah perkataan buat penenang jiwa, “ Sabarlah.” Arinziana tersenyum segaris. Masih ada insan yang bersimpati.

“Doakan ayah saya, saya balik dulu,” ujar Arinziana sebelum meminta diri.

****

3 bulan kemudian….

“Arinziana binti Anuar, mendapat 5A!” Mendengar keputusan itu, lekas-lekas Arinziana naik ke atas pentas. Pada masa yang sama, seorang lelaki dewasa yang amat dikenali juga turut naik ke pentas.

“Ayah?” Arinziana memeluk ayahnya. Setelah turun dari pentas itu, mulutnya lancar bertanya itu dan ini.

“Sebenarnya, ayah terkandas di sebuah pulau. Mujurlah, ayah masih dapat bertahan sehinggalah sepasukan penyelamat datang. Mungkin berkat doa anak ayah. Ayah sudah sampai di sini dua hari lepas, cuma ayah masih belum pulang ke rumah. Sengaja mahu membuat kejutan untuk anak ayah,” terang Encik Aril satu per satu.

Arinziana mengucapkan syukur. Dia tersenyum lebar. Akhirnya, ayah yang tercinta sudah kembali. Terima kasih, ya Allah. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: