Certot

Ayah mungkir janji!!

Hasil nukilan Zarina Shukur2 years agoSuperhero 71

             

Cuaca mempengaruhi mood manusia. Begitu juga dengan Tengku Amira Aleena alias Leen. Cuaca pagi ini sungguh indah. Jadi mood Leen pun begitu.

      Ayahnya, Tengku Malik Amri, seorang kerabat diraja yang jutawan dan dermawan. Pagi ini, Tengku Malik berjanji mahu membawa Leen ke Times Square. Dengan berpakaian seluar jeans dan baju muslimah juga shawl stokin stokin putih, Leen terus turun ke bawah. Mamanya, Tengku Cinta Amelinda sedang menikmati sarapannya. 

“Hai, sayang,” sapa mamanya. 

Leen hanya tersenyum. Kelibat ayah tercinta tidak kelihatan.

      “Bonda, ayah mana?” tanya Leen. 

“Oh, ayah ada kerja. Lupakah? Dia ada meeting di Hilton. Petang ni baliklah,” balas Tengku Amelinda. 

Leen tergamam. Tengku Malik jarang sekali memungkiri janjinya. Leen berasa hampa dengan jawapan ibunya. Tengku Amelinda berasa hairan melihat raut wajah anak tunggalnya itu.

      “Kenapa ni, sayang? Bagitahu bonda. Mungkin bonda boleh bantu.” 

Pertanyaan Tengku Amelinda membuatkan wajah Leen tersenyum. Namun beberapa saat kemudian, dia berasa hampa juga. Ibunya, Tengku Amelinda tidak pandai memandu kereta. Dan ibunya mungkin tidak suka ke Times Square. Status diri mesti terjaga. Adakah sopan bila orang tengok anak kerabat diraja terkinja-kinja di tempat Times Square.

      “Tak ada apalah, bonda. Leen naik atas dahulu.” Leen berlalu dengan wajah hampanya. Tengku Amelinda sayu melihat wajah anaknya sebegitu rupa.

*****

      Keesokan harinya, Tengku Amelinda pun turun ke bawah bagi menikmati sarapannya. Sarapan yang dihidangkan oleh pembantu rumah itu sungguh menyelerakan. Omelette egg, sosej, toast bread and baked bean. Sempurna. Makanan ala barat itu disua ke mulut.

      Tiba-tiba…..

 “Uhuk! Uhuk!” Tersedak Tengku Amelinda. 

“Puan tengku, Puan tengku okey? Mahu air?” tanya pembantu rumah. Gelengan kepala Tengku Amelinda membuatkan pembantu rumah itu berlalu pergi. Surat khabar yang dibaca dicampaknya ke tepi.

*****

      Di dalam bilik, Leen sedang bersedih. Sudah semalam ayahnya tidak pulang. Dia sangat marah kepada ayahnya. 

“Saya benci ayah. Benci! Ayah jahat. Ayah tidak kasihankan Leen! Buat apa ada anak kalau ayah asyik menghadap kerja sahaja!” Enam ayat itu sudah membuatkan orang tahu yang Leen benar-benar marah!!

      “Leen, Leen sayang. Turun cepat!!” arahan bondanya dipatuhi.

      “Ada apa, bonda?” tanya Leen dengan mata yang memerah.

      “Ayah, ayah….” 

“Ayah kenapa, bonda?” Dengan hairan Leen bertanya. Dia berasa sesuatu yang tidak kena dengan raut muka ibunya.

      “Ayah dilanggar lari, sayang. Ayah di hospital Dairiaja sekarang.” Dengan pantas, Leen menukar pakaiannya menjadi pakaian kasual yang lebih menutup aurat. 

“Jom, bonda. Nanti kita terlambat.”

      Tengku Amelinda kagum dengan ketabahan anaknya. Leen tidak menangis walau setitik.

*****

      Sesampainya di hospital Dairiaja.

“Cik, boleh saya tahu dimana bilik Tengku Malik Amri?” tanya Tengku Amelinda sopan. 

“Di bilik 708, puan tengku,” jawab jururawat yang bertugas. 

“Terima kasih”

      Dengan berlari anak memanjat tangga, dua orang perempuan itu pun sampai di bilik 708.

      “Assalamualaikum.” 

“Waalaikummussalam.” Suara di dalam menjawab. Rupa-rupanya, Tengku Malik sedang bersenang-lenang sambil menonton televisyen dan menjamu tekak dengan keropok. 

“Oh, kamu berdua rupanya.” Dengan senyuman yang paling lebar Tengku Malik menjawab. 

“Ayah….” Tidak sampai hati Leen mahu menyambung ayatnya.

      “Awak tahu tak yang kami bersedu-sedan di rumah memikirkan keadaan awak. Awak pula makan keropok!” 

PAP!

 satu pukulan hinggap di lengan Tengku Malik. 

“Saya okey je. Cuma luka sikit dan lebam. Saya sihat lagi ni!” Tengku Malik menunjukkan tanda bagus kepada mereka berdua.

      “Ayah, Leen minta maaf. Leen patut tahu apa yang Leen cakap dan apa yang ayah buat.” Leen memohon maaf. 

“Tak apalah, sayang. Perkara dah jadi. Mana boleh ulang balik. Kuasa Tuhan.” Satu kucupan mesra hinggap di dahi Leen. Mereka semua pun gembira. Cuma Tengku Amelinda sahaja yang tercengang-cengang.

*****

      Dua hari berlalu.

 Tengku Malik sudah pulang ke rumah. Selepas insiden yang berlaku dua hari lepas, itu dianggap pengajaran buat Leen dan seisi keluarga kerabat diraja itu.

*****

      Dua tahun berlalu.

Dengan lengkap berpakaian seperti orang Eskimo sesat di Malaysia, Leen pun turun ke bawah. Tiga bagasi sudah siap. Beg galas dan beg tangan Tengku Amelinda dan Leen sudah pun siap. Jaket berbulu buat tiga manusia siap juga. 

“Apa lagi yang belum?” fikir Leen.

      “Hai, sayang,” sapa Tengku Amelinda. 

“Oh, lupa pula, bonda dan ayah. Mana boleh tinggal mereka. Siapa mahu keluarkan duit bagi pembelanjaan di sana nanti.” Terkekek-kekek Leen berseorangan. 

Dahi Tengku Amelinda berkerut. Apa agaknya yang difikirkan oleh anak aku ni?” tanya Tengku Amelinda. 

“Apa yang dua beranak bualkan itu?” tanya Tengku Malik. 

“Tak bual apa-apa lagi,” jawab Tengku Amelinda. 

“Leen. Jom, kita dah nak bertolak dah ni,” panggil Tengku Malik. 

Dua orang pembantu rumah mereka mengangkat bagasi dan beg mereka. 

*****

Sesampainya di Lapangan Terbang KLIA (Kuala Lumpur International Airport), mereka bertiga menarik bagasi mereka. Ayahnya mengambil troli bagasi. Bagi mengisi bagasi dan beg mereka bertiga. Tengku Amalina, sepupu Tengku Amelinda pun hadir di situ. 

“Kak, abang hati-hati, ya! Amy doakan akak dan abang serta Leen selamat tiba di Switzerland,” ucap Tengku Amalina. Ya, itulah tempat yang mahu dituju Leen dan keluarganya. 

“Penumpang pesawat MH 2337, sila masuk ke dalam kapal. Saya ulangi, penumpang pesawat MH 2337, sila masuk ke dalam kapal.” Operator di situ sudah memanggil. 

“Bye. Amy jaga diri, ya.” Mereka bertiga menarik bagasi dan menuju ke kapal. 

‘Switzerland, here I come!’ teriak Leen dalam hati apabila melihat dan merasai kapal terbang yang dinaiki mencecah awan yang biru. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: