Certot

Ayah ku merindui mu

Hasil nukilan Izzah 2 years agoSuperhero 8

             

       Kenapa ayah pergi meninggalku? Ini adalah balasan!’ kata Safiyah sambil meratapi gambar arwah ayahnya, Encik Sofian. 

Setahun sebelum pemergian….

‘Nurul Safiyah! Kenapa kamu degil sangat? Kamu tetap mahu bercinta dengan si samseng itu?’ kata Encik Sofian dengan lantang. Dia amat kecewa dengan anak yang seorang itu.

Safiyah menjeling ayahnya. “Suka hati sayalah. Bukan kacau ayah. Dia baik! Dia beri saya kasih sayang,” kata Safiyah sambil mencebik.

Encik Sofian berasa kecewa, marah, dan sedih dengan jawapan yang diberi oleh Safiyah. Bukan tidak kenal si Iqbal itu. Dia pernah cuba memukul anak permpuan jiran sebelah. Nasib baik dia nampak. Kalau tidak, tidak tahulah apa jadi. Encik Sofian mengeluh.

 

Safiyah memandang ayahnya. “Ayah, saya mahu jumpa Syafiq. Dia mahu cari baju pengantin,”  kata Safiyah. Selepas memberitahu, dia berlalu pergi.

 

Encik Sofian menahan anak daranya itu. “Safiyah, sudah malam. Pergi naik atas tidur. Jangan hendak mengada!” kata Encik Sofian dengan lantang.

Safiyah memandang ayahnya. “Tidak mahu! Ayah, saya mahu bebas! Itulah hari itu saya mahu pergi oversea dapat tawaran kerja di sana, ayah kata tidak mengapalah! Di sini kamu boleh bebas! Sekarang bebaskah? Sudahlah! Saya mahu pergi. Assalamualaikum!” kata Safiyah dan berlalu pergi.

Encik Sofian berasa amat sedih sehinggakan air matanya mengalir dengan deras. “Salahkah apa yang aku buat ini?” Dia terus naik ke atas.

 

Di atas….

Encik Sofian langsung tidak melelapkan mata. Dia tidak terasa mengantuk, menguap pun tidak. Dia risaukan keselamatan anaknya, Safiyah.

 

Kring! Kring!

 

Encik Sofian mengangkat telefon dengan pantas. “Safiyah!”

 

“Ayah, tolong Safiyah! Shafiq mahu pukul saya! Tolong!” kata Safiyah sambil menangis.

Encik Sofian terus turun bawah. “Safiyah dekat mana? Ayah dalam perjalanan!” kata Encik Sofian lalu menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Kelajuan kereta Ferrari membelah angin di jalan. Dia berasa amat takut sekiranya terjadi sesuatu.

 

“Safiyah dekat Simpang Jalan Skateboard,” kata Safiyah lalu mematikan telefon. Dia berlari sepantas yang mungkin! Namun kerana dia memakai gaun yang menyebabkan larian dia tidak mungkin menyelamatkan dirinya.

Encik Sofian terus berlari ke arah anaknya, Safiyah. Selepas sampai ke destinasi Safiyah!

Safiyah senyum melihat ayahnya datang menyelematkannya! Namun senyum itu terus meluntur dengan cepat. “Ayah, hati-hati!”

Encik Sofian memandang k ebelakng dan nampak Shafiq sedang menikamnya mengunakan pisau. Encik Sofian berasa amat sakit.

Safiyah menangis lalu memeluk ayahnya. “Ayah, maafkan Safiyah. Tolong! Tolong!” Safiyah melihat Shafiq berlalu pergi. Shafiq berlari sampaikan tidak melihat jalan dan akibatnya dia dilanggar. 

Safiyah berasa sedih. “Ayah, mengucap ayah! Mengucap!” Safiyah mengajar ayahnya mengucap.

 

Encik Sofian mengucap lalu menghembuskan nafas terakhir.

 

Safiyah amat kesal! Namun apa yang dapat dia buat, semuanya sudah terjadi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: