Certot

Ayah, Kau Superheroku

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSuperhero 49

Nama aku Anas Mikael. Ramai panggil aku Mikael. Aku ingin memiliki seorang Superhero. Aku memang minat dengan superhero. Ibu aku sudah meninggal ketika aku berumur lapan tahun. Tetapi aku tetap kuat harungi ujian Tuhan. Aku tetap redha. Aku masih mempunyai ayah. Ada orang di luar yang langsung tidak mempunyai orang tua. Mesti susah hidup mereka. Sebab itulah aku kuat.

Setiap hari ayah selalu masak. Kami hidup sederhana. Walaupun sederhana, kami tetap sabar dan redha. Setiap hari aku bangun pukul 4.30 pagi. Ayah kejut pukul 4.00 pagi. Mandi, solat hajat, solat tahajud, solat taubat, dan lagi. Aku ke sekolah seperti kawan-kawan yang lain. Aku pergi menaiki motor ayah aku. Motor itu hadiah daripada ketua kampung, iaitu Pak Halim. Baik orangnya. Dia selalu menjenguk kami.

“Kau naik motor buruk datang sekolah?” ejek Aizat. Aizat budak yang nakal dan kaya di sekolah. Perangainya memang sebegitu walaupun sudah berkali-kali dimarahi oleh guru.

“Walaupun aku naik motor buruk, aku tetap tak kisah. Kekayaan atau duit bukan boleh dibawa di akhirat, tetapi dosa dan pahala yang akan dibawa ke akhirat nanti. Aku tak nak gaduh dengan kau lagi. Jadi, assalamualaikum,” kata Mikael ikhlas. Dia sudah penat melayan Aizat.

*****

Pulang dari sekolah, Mikael berjalan kaki. Rumahnya sunyi pula. Selalunya dia melihat ayahnya sedang memancing ikan di tepi rumah. 

“Assalamualaikum, ayah!” jerit Mikael. Dia melihat ayahnya yang baru bangun daripada tidur. 

“Waalaikummusalam. Ya Allah! Mikael, ayah lupa ambil kamu pulang dari sekolah tadi. Ayah masakkan lauk kegemaran kamu. Jom makan,” kata ayah. 

Mikael berasa kasihan melihat ayahnya. Nampak sangat ayahnya penat. Ayahnya batuk berkali-kali. Mikael terus bangun menghampiri ayahnya. 

“Ayah okey tak ni?” tanya Mikael. Dia terus mencapai telefon rumah dan menelefon Pak Halim.

*****

Dalam beberapa minit, Pak Halim sampai dan membawa ayah Mikael ke hospital berdekatan. Mikael menangis teresak-esak. 

“Mikael… sabarlah, nak. Kamu kena sabar dengan ujian dari Allah,” pesan Pak Halim. Pak Halim selalu memberi semangat kepada Mikael. 

“Saya dah kehilangan ibu. Saya tak nak kehilangan ayah,” ucap Mikael sebak. 

Pak Halim mengusap perlahan berlakang Mikael.

Tidak lama kemudian, doktor yang merawat ayahnya pun muncul. 

“Macam mana dengan ayah saya, doktor?” tanya Mikael.

“UAyah kamu kritikal. Sebenarnya dia mempunyai sakit kanser,” ujar doktor itu. 

Mikael terus terduduk. “Ya Allah, selamatkanlah ayahku. Tolonglah…,” doa Mikael sambil menangis teresak-esak. 

Pak Halim turut mengaminkan.

*****

“Ayah… ini Mikael,” bisik Mikael di telinga ayahnya. 

“Mika… el…. Maafkan ayah tak dapat jadi ayah yang baik kepada kamu. Ayah tak sempat melihat kamu berjaya. Janji dengan ayah, kamu kena belajar bersungguh-sungguh” balas ayahnya. 

“Baiklah, ayah. Saya janji,” ucap Mikael. 

“Kamu jangan lupa solat,” pesanayahnya sebak. 

“Ayah superhero saya!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: