Certot

Ayah Jangan Lupakan Saya

Hasil nukilan Nur Aleeya MKNS 2 years agoSuperhero 17

  Bunyi jam di dinding masih berdetik, menandakan pukul 5.00 petang. Seperti biasa rutin Airina, menunggu ayahnya, Encik Azri pulang ke rumah. Airina begitu manja dengan ayahnya sendiri. Bagi dia ayahnya merupakan superhero bagi dia. Manalah tidak, abang dan adiknya semua lelaki, Airina seorang sahaja perempuan. Gadis berumur 12 tahun ini masih lagi berperangai seperti budak kecil, meminta itu ini.

  Lama sudah Airina menunggu, akhirnya bunyi loceng rumah itu berbunyi. Airina tersenyum ketika ayahnya pulang ke rumah. Airina duduk di sebelah ayahnya dengan senyuman manis. Ayahnya mulai pelik melihat perangai anak perempuannya berperangai pelik pada hari itu.

  “Airina, kenapa ini? Dari tadi ayah tengok Airina tersenyum sahaja. Mesti nak sesuatu, bukan?” Pertanyaan ayahnya membuatkan dia makin tersenyum.

  “Macam mana ayah tahu?” Airina menjawab pertanyaan ayahnya dengan senyuman manis tidak terhingga.

  “Mestilah, Airinakan anak ayah. Apa dia yang Airina mahu minta? Cepat, ayah bagi 15 saat, satu, dua, tiga , empat, lima,enam.” Ayahnya semakin mengira dengan cepat, Airina dapat memotong kiraan ayahnya.

  “Airina nak beli keropok, boleh tidak? Kalau boleh mahu banyak-banyak, boleh?” usik Airina dengan sengaja.

  Belum dapat ayahnya membalas kata Airina ibunya, Puan Aznida sudah membalas kata Airina sambil berjalan ke ruang tamu.

  “Jangan mengada-ngada. Kesian ayah, baru balik dari kerja. Tidak kesian pada ayah?” Kata-kata ibunya membuat Airina diam seribu bahasa.

  “Tidak mengapalah, abang boleh bawa Airina untuk beli apa yang Airina mahu.” Mendengar kata itu, Airina pantas memeluk erat ayahnya.

  Ibunya hanya mampu menggeleng. Airina pantas pergi ke biliknya untuk bersiap. Anak tudung dicapai dan disarungkan di kepalanya. Tudung bawal disarung dan dipinkan di bawah dagu. Pantas Airina turun ke ruang tamu demi keropok kegemarannya.

  Setelah masuk ke dalam kereta, enjin kereta dihidupkan. Ayahnya mula membawa kereta dengan perlahan agar tidak berlaku sebarang kemalangan. Setelah sampai di kedai, Airina keluar dari kereta menuju ke kedai. Dicarinya keropok kegemarannya, keropok yang disaluti keju. Bagi Airina kelazatannya tidak terhingga. 

Airina menuju ke kaunter pembayaran, dihulur duit menggunakan tangan kanannya. Diambil duit bakinya sambil berterima kasih. Airina menuju ke kereta sambil membawa keropok. Pintu kereta dibuka lalu Airina masuk ke dalam kereta.

  Sewaktu tiba di rumah, Airina pantas membuka keropok Super Ring yang dibeli di kedai itu. Hanya makan seorang dan tidak mahu dikongsi dengan adik-beradiknya, Aiman, Aish, dan Aishad. Dimakan dengan begitu gelojoh supaya adik-beradiknya tidak akan mengambil keropoknya itu.

  Selesai makan, Airina pantas mencapai alat kawalan jauh televisyen. Dibuka rancangan kartun kegemarannya. Ibunya mulai merampas alat kawalan jauh itu.

  “Cerita kamu sahaja, bagi ibu pula. Ibu naik bosan dengan cerita kartun kamu sahaja,” keluh  ibunya.

  Airina pantas memasuki biliknya dengan menghentak kaki seperti budak kecil yang tidak dapat gula-gula. Ayahnya mula mengeluh melihat perangai anak manjanya sebegitu. Airina masuk ke biliknya sambil memusingkan tombol biliknya. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Jam juga sudah menandakkan waktu solat isyak. Diambilnya air wuduk, kemudian diambilnya telekung bewarna ungu gelap itu.

  Selesai solat, dia terus membuka telekung dan menggantungnya. Sejadah juga tidak lupa untuk disidai di tempat yang disediakan. Terus dia menutup lampu biliknya. Dia hanya memejamkan matanya walaupun masih tidak mengantuk. Akhirnya Airina mula mengantuk sehingga tertidur.

*****

  Pukul 4.00 pagi, Airina tersedar daripada tidurnya. Airina berasa loya di bahagian tekak. Airina menuju ke tandas, Airina tidak tahan lalu termuntah.

  “Aku makan apa sampai muntah? Takkanlah keropok, sebab selalunya makan tak jadi begini?” Perasaan resah gelisah timbul di hati Airina.

  “Kenapa Airina, tiba-tiba bangun awal pagi begini? Biasanya awak bangun lambat,” tanya Aiman sendiri.

  “Entahlah, tiba-tiba saya rasa mahu muntah.” Jawapan Airina membuatkan Aiman mula berasa pelik.

  “Abang mahu kejut ayah sebentar.” Pantas Aiman berlari mendapatkan ayahnya.

  “Airina kenapa ini? Abang beritahu yang Airina muntah-muntah!” Betapa risaunya dia tentang anaknya.

  “Tidak tahulah ayah, tiba-tiba saya muntah-muntah. Takkanlah sebab keropok yang saya makan. Biasanya bila saya makan keropok Super Ring tidak jadi begini,” keluh Airina.

  “Baiklah, mari ayah bawa kamu ke Hospital. Cepat bersiap, kejut ibu dan adik-beradik yang lain,” pinta ayahnya.

  Dengan pantas sekali mereka bersiap. Pakaian tidur ditukar dengan T-Shirt lengan panjang dan seluar track. Disarungnya tudung bawal yang sudah dipakainya pada hari semalam. Dia turun ke ruang tamu untuk mendapatkan ayahnya. Muka dia pucat sepenuhnya. Disuruh untuk makan dahulu, tetapi hanya diam tiada selera. Ayahnya mulai panik melihat keadaan anaknya.

  Pintu rumah dan pagar dikunci dengan rapat. Barang yang diperlukan juga telah tersedia di dalam kereta. Laju mereka mendapatkkan kereta. Enjin kereta dihidupkan, mereka pantas masuk ke dalam kereta. Perjalanan mereka dimulakan dengan doa menaiki kenderaan. Setelah enjin kereta dihidupkan, kereta ayahnya mula bergerak untuk menuju ke hospital.

  Setelah tiba di hospital, dicari tempat parking yang kosong. Setelah mendapatkan tempat parking, pintu kereta dibuka dan ahli keluarga Airina mula keluar dari kereta. Airina hanya berdiam diri di dalam kereta. Badannya lemah tidak terhingga. Ayahnya mengangkat dia keluar dari kereta. Dicarinya kerusi roda untuk digunakan, Airina diangkat dan diletakkan ke kerusi roda. Ayahnya menolak kerusi roda itu ke kaunter pendaftaran. Diberi maklumat terperinci. Setelah mendapat nombor, mereka menunggu di tempat dudduk yang disediakkan. Airina tidak dapat berkata, badannya lemah dan tidak mampu bergerak.

*****

  Hampir satu jam mereka menunggu, akhirnya nombor dipanggil. Hanya Airina dan ayahnya sahaja masuk. Ditolak kerusi roda itu untuk ke bilik yang telah dinyatakkan. Setelah masuk, doktor perempuan itu memandang ke ayahnya dengan penuh persoalan.

  “Kenapa? Sakit Apa?” Bertubi-tubi soalan daripada seorang doktor itu.

  “Saya tidak pasti kenapa dengan anak saya ini. Katanya asyik muntah-muntah. Badannya pula tersangat lemah,” jawab ayahnya yang masih risau.

  “Mari saya periksa,” kata doktor itu dengan nada biasa.

  Diperiksa dengan betul dan teliti. Dipastikan sama ada Airina demam campak ataupun tidak. Doktor itu memandang ke arah ayahnya dengan muka yang tak begitu menyenangkan.

  “Saya mahu beritahu yang beritanya tidak menyenangkkan. Anak encik menghidap penyakit keracunan makanan yang teruk, tahapnya amat kritikal. Kos bayarannya dapat mencecah beribu-ribu ringgit,” jawabnya dengan cara yang begitu bersalah.

  Ayahnya diam seribu bahasa. Tersentak mendengar penyakit anaknya yang teruk sebegitu. Kos bayarannya membuatkkan ayahnya kelu lidah. Hanya kaku berdiam diri. Peritnya hati ayahnya, tetapi hanya Tuhan yang tahu.

  “Tiada cara lainkah, doktor?” tanya ayahnya.

  “Maaf, tidak dapat menggunakan cara lain. Dia perlu menjalani rawatan pembedahan dalam masa seminggu lagi. Dia juga perlu tidur di wad hospital.” Doktor itu penuh rasa bersalah.

  “Baik doktor, saya tidak dapat buat cara lain. Terserah pada doktor.” Ayahnya mula menitiskan air mata.

  Airina dibawa keluar untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Ibunya mula menitiskkan air mata melihat Airina sebegitu rupa. Airina kaku terdiam tidak dapat bergerak. Kemudian nombornya dipanggil kembali.

  “Ya, kenapa?” tanya ayahnya.

  “Semalam dia makan apa?” tanya doktor itu.

  “Hanyalah keropok keju.” Jawapan ayahnya membuat doktor itu pelik sedikit.

  “Baiklah, saya mahu periksa darah dia.” Doktor itu mengambil jarum untuk disambungkan dengan penyucuk yang tersedia ada.

  Melihat jarum itu, Airina seperti bergerak lemah tidak mahu mengambil darah. Tetapi doktor itu dengan perlahan memujuknya untuk mengambil darahnya. Dapat juga doktor itu mengambil darahnya. Dia membuat kajian dengan teliti. Setelah membuat kajian dia makin bersalah mahu memberitahu.

  “Anak encik memang terkena keracunan makanan berpunca dari keropok yang dimakan. Ia disebabkan kerana keropok itu mempunyai labah-labah beracun yang bahaya.” Jawapan doktor itu membuat ayahnya makin menitis air mata.

  Anaknya dibawa keluar dari bilik rawatan. Bernasib baik yang pakaian Airina masih tersedia ada. Ayahnya memeluk erat Airina. Air matanya membasahi baju Airina. Disuruh adik- beradiknya yang lain pergi mendapatkan barang keperluan yang disediakan. Ayahnya dipanggil untuk mendapatkan nombor katil untuk Airina.

  Barang dibawa ke wad kanak-kanak. Airina kaku terdiam di kerusi roda, tidak boleh berkata-kata. Cara bercakapnya bagaikan orang bisu. Keluarganya terpaksa mengikat perut untuk mematikan Airina selamat. Airina sedih melihat pengorbanan ayahnya. Air matanya menitik membasahi pipi. Badan yang mahu bergerak memeluk ayahnya hanya kaku berdiam. Keluarganya mulai sedih melihat Airina. Demi kesihatan dan keselamatan Airina, mereka sanggup buat segalanya. Tetapi yang banyak berjasa ialah ayahnya. Airina makin menangis memikirkan perkara itu.

  Sehinggalah malam menjelma, ibu dan adik-beradiknya yang lain sudah pulang ke rumah dahulu. Ayahnya masih menemani Airina. Tangannya diambil dan diletakkan di hati ayahnya. Airina menitiskan air mata menahan sebak.

  “Ayah, maafkan Airina. Selama ini Airina tidak tahu bahawa semua ini terjadi. Airina sedih lihat ayah sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi saya. Biarlah Airina pergi supaya ayah tak susah payah membayar kos rawatan ini semua. Saya tidak mahu ayah menanggung semuanya. Sebab ayah superhero saya, superhero. Ayah sanggup menerima apa yang saya minta. Ayah, jangan lupakan saya ya bila saya sudah tiada,” balas Airina sambil menitiskan air mata.

  “Alhamdullilah, Airina boleh berkata. Tetapi janganlah cakap sebegini, ayah tidak mahu kehilangan kamu. Kamu satu-satunya anak manja ayah. Airina mesti tabah menghadapi segalanya. Faham?” kata ayahnya sambil memeluk erat anak.

  Airina mula sesak nafas. Ayahnya memanggil misi dan doktor untuk bantu. Malangnya tidak sempat, Airina sudah pergi dahulu. Pipi ayahnya sudah dibasahi dengan tangisan kuat. Ayahnya mencapai telefon untuk menelefon isterinya. Isterinya terus menjatuhkan telefon disebabkan terlalu sedih bahawa anak gadisnya telah tiada.

*****

  Seminggu sudah berlalu, tetapi wajah Airina masih terbayang di fikiran ayahnya. Setiap kali makan, ayahnya selalu tiada selera. Setiap pagi Jumaat, ayahnya datang menziarahi kubur anaknya. Tangisan sedih ayahnya sayu didengari. Yassin dicapai lalu dibacakan dalam keadaan menangis. Selesai sudah membaca Yassin, ayahnya makin menangis teresak-esak. Ayahnya berlalu pergi dan terus pulang ke rumah.

  Setelah tiba di rumah, ayahnya mencapai telefon. Dilihat gambar anaknya sewaktu kecil di dalam galeri telefon bimbitnya. Sayu tangisan ayahnya didengari isterinya. Ibunya duduk terdiam memikirkan anak perempuanya. Hanya tuhan sahaja yang tahu keperitan hati mereka.

  “Abang, Airina sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Rina redha dengan ketentuan ilahi. Airina akan sentiasa terpahat dalam hati ibu dan ayah sampai bila-bila.” Bisik ibunya kepada ayahnya.

  “Ya sayang, abang juga redha.” Mereka berpelukan dan menangis.

 

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: