Certot

AYAH HERO SAYA

Hasil nukilan NOR ATIKAH 2 years agoSuperhero 2

Sejak kecil Amira dibesarkan di sebuah kampung terpencil. Dia tinggal bersama ayahnya, Encik Azlan. Ibunya sudah lama meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Setiap pagi,  Encik Azlan selalu ke tempat kerja lebih awal untuk mencari rezeki menyara keluarganya.   

“Amira, ayah nak pergi kerja ini! Kamu jaga rumah ya. Jangan pergi kemana-mana, okey,” pesan Encik Azlan sambil menyarungkan kasut kerjanya.

“Okay ayeh. Hati-hati ya ayah. Nanti balik awal, ya,” ujar Amira sambil bersalam tangan ayahnya.

                         

Dua jam berlalu pergi.

Hati amira berasa tidak sedap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

‘Kenapa hati aku tak sedap ini? Apa yang berlaku?’ bisik hati Amira dengan perasaan tidak sedap.

*****

Kring! Kring! Kring!

Telefon rumahnya berdering. Satu panggilan diterima oleh Amira.

“Helo. Selamat tengah hari. Ini Cik Amira? Maaf saya ganggu. Saya nak bagitahu berita tentang ayah kamu. Dia sekarang berada di hospital, keadaannya kritikal. Harap Cik segera datang,” ujar pihak hospital yang bertugas di situ.

Apabila mendapat berita tentang ayahnya, tiba-tiba telefon yang dipegang oleh Amira terlepas daripada tangannya. Amira terduduk dan menangis teresak-esak.

   

“Apa! Ayah! Ayah! Tidak!” jerit Amira setelah mendengar berita tentang itu.

Tanpa membuang masa, Amira bergegas ke hospital dengan segera. Tiba di sana, Amira berlari mendapatkan ayahnya.

Dia terkejut melihat seorang lelaki yang sudah berumur terbaring di atas katil tanpa menunjukkan gerak balas. Lelaki itulah yang menjaga dan menyara hidup keluarganya selepas kematian ibunya.

Dia bukanlah seorang superhero yang hebat seperti pahlawan atau superman. Dia hanyalah seorang ayah yang sangup menjaga keluarganya dan mendidik anaknya sehingga berjaya. Dialah ayah yang hebat dan tidak ada gantinya. Dialah yang selalu berjuang untuk demi kebahagiaanku, yang selalu mengorbankan apa pun demi anaknya. Dialah ayah, dialah lelaki terbaik dalam hidupku.

“Maaf, cik ini anak Encik Azlan? Saya ada satu berita tentang ayah cik. Dia tidak dapat bertahan lebih lama lagi kerana dia menghidap penyakit kanser kepala tahap empat. Harap Cik banyak-banyakkan berdoa. Saya minta diri dulu,” terang doktor     sambil berlalu pergi meninggalkan Amira yang dalam keadaan terkejut.

“Ayah! Ayah! kenapa tidak beritahu Amira yang ayah ada penyakit berbahaya seperti ini? Amira tidak mahu kehilangan ayah. Amira sayang ayah!” Amira menangis dan terus menangis di tepi katil ayahnya.

*****

Sudah dua minggu berlalu, ayahnya masih belum sedarkan diri. Pihak hospital terpaksa mencabut wayar-wayar yang berada di badan ayahnya.

Amira terpaksa merelakan permergian ayahnya buat selama-lama.

Waktu itu Amira teringat akan pengorbanan terakhir ayahnya sebelum pergi. Kini Amira terpaksa tinggal bersama dengan ahli saudara yang terdekat. Dia sekarang seorang anak yatim piatu.

“Ayah! Ayah! Terima kasih sebab jaga Amira selama ini. Selamat jalan ayah! Aayahlah hero saya!” teriak Amira sepuas hati melepaskan perasaan yang terpendam selama ini.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: