Certot

Ayah Hero Kita!

Hasil nukilan Nur Alisya Iman 2 years agoSuperhero 28

Ketua Keluarga

Ayah ialah seorang suami buat seorang isteri dan seorang ayah buat anak-anaknya. Ayah merupakan insan yang perlu memimbing keluarga. Ayah juga merupakan ketua keluarga yang perlu dihormati di dalam keluarga. Tanpa ayah, kita semua mungkin tidak akan melihat Bumi yang indah ini. Ayahlah yang paling banyak berkorban dalam keluarga. Jadi, tidak salahkan kalau kita menganggap ayah sebagai hero keluarga?

Insan yang Bergelar Ayah

Ayahlah yang paling banyak berkorban buat keluarga tercinta. Ayah perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya. Ramai yang tidak tahu erti pengorbanan ayah. Ramai yang hanya berfikir ayah hanya bekerja setiap masa. Ramai yang bersangka insan yang bergelar ayah ini hanya mengetahui erti kerja sahaja.

Pengorbanan Seorang Ayah

Ayah bekerja untuk memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya. Tanpa mengira masa, tanpa memikirkan penat lelah, ayah tetap bekerja keras demi kita. Namun, adakah kita mengetahui keletihan yang dihadapi oleh seorang ayah? Adakah kita menghargai pengorbanan seorang ayah? Banyak pengorbanan insan yang kita gelar ayah buat kita semua.

Kuasa Ayah, Senjata Ayah

Kuasa ayah yang pertama ialah berkorban demi kita tanpa memikirkan penat lelah bekerja. Ayah sentiasa memikirkan tentang keluarganya. Jika tidak, mengapa ayah perlu memenuhi keperluan kita sekeluarga jika ayah tidak memikirkan tentang kita? 

Kuasa ayah yang kedua, suara garau ayah yang telah diberikan oleh-Nya akan membuatkan kita berasa gerun untuk membantah percakapannya. Sebagai contoh, jika kita melambatkan solat, ayah pasti akan menegur kita dengan suaranya yang sungguh menggerunkan untuk dibantah. Pernahkan anda semua membantah walau satu pun percakapannya? Pasti semua akan berasa takut dan gerun. Pasti kita semua akan melakukannya dengan segera. 

Kuasa ayah yang ketiga ialah badannya yang sasa. Pasti ayah ada badan yang sasa-sasa belaka betul tak? Ayah boleh mendukung kita dengan mudah. Itu akan membuatkan kita seronok apabila bermanja dengan ayah. 

Hargai Ayah

Hargailah ayah semasa dia masih ada di dunia ini. Mungkin ayah asyik marah. Namun, jika anda melapangkan otak anda dan berfikiran positif, pasti anda tahu yang ayah marah kerana sayang. Sambutlah dan raikanlah hari bapa dan hari jadinya setiap tahun. Ayah sentiasa mengalu-alukan kedatangan kita untuk bermanja-manja dengan beliau. Ucaplah tanda penghargaan atas segala pengorbanan beliau setiap hari. Ingat, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

-No man can protect you like your father. No women can love you like your mother -        

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: