Certot

Ayah Superhero!

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoSuperhero 9


Nama aku Hadif sekarang aku berumur 12 tahun. Aku kini bersama ayah kerana ibuku sudah meninggal sejak umurku dua bulan akibat kemalangan di jalan raya. Ketika waktu itu, aku tak tahu sangat, tapi aku paling benci ayah. Sebab pada waktu itu, ayah memang nampak ibu dalam kesusuhan, tapi dia tak nak aku bersama ibu kerana disebabkan aku ini sepatutnya bersama dia.

Pada suatu hari, ayah sedang balik dari kerja. Aku melihat muka ayah memang adalah muka penjahat, pengganas, dan macam muka perompak pun ada. Saat-saat itu aku sedang mengintai perbuatannya di bilik.

Hmm… ayah terimalah nasib padah dari aku! Aku akan telefon polis yang engkau adalah pembunuh ibu masa umurku dua bulan. Kelihatan muka Hadif memang amat teruja untuk memberitahu polis.

“Helo, assalamualaikum. Saya nak memberitahu ayah telah membunuh ibu. Dia memukul kepala ibu menggunakan batu. Tolong saya….” Kedengaran suara Hadif seperti menangis padahal dia berbohong.

*****

“Encik, sila ikut kami ke balai untuk siasatan yang encik telah membunuh isteri encik sendiri.”

*****

Aman damai tiada ayah dalam rumah ini. Ibu jangan risau, yang penting sekarang ibu berehat dan ayah akan menerima hukuman.

Tiba-tiba sebuah fail bedasarkan keluargannya terjatuh.

Pada tahun 2005

Encik Baharin bersama isterinya Puan Roshimah bersama dengan cahaya mata mereka berdua iaitu Muhammad Hadif Abdullah sedang pulang menuju ke  arah rumah mereka. Ketika mereka sedang bergerak, tiba-tiba sebuah kereta Alza hilang kawalan dan tidak sengaja melanggar kereta Encik Baharin. Hanya Encik Baharin bersama Muhammad Hadif yang selamat manakala pula isterinya, Puan Roshimah meninggal dunia akibat kakinya tersekat pada tayar.

Dengan tentang motif itu Hadif segara ke balai polis dan mahu menebus kesilapan dan juga dosanya terhadap ayahnya.

Hadif sudah terlambat. Encik Baharin telah digantung dengan pemergian itu. Hadif terus menjadi gila tentang kehilangan ibu dan juga bapanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: