Certot

Awak tetap kawan saya (Nota Editor: Sila lengkapkan cerita!)

Hasil nukilan Nur Hanim2 years agoFiksyen

Eina termenung teringatkan kisah silam nya bersama Humairah, kawan baiknya. Kini dia telah berpisah kerana terpaksa berpindah ke Kedah bersama keluarganya.

“Alangkah seronoknya jika Humairah ada di sini.” 

“Yalah,” Balas Qaira.

                                   *****

“Eh apa kamu buat ini? Termenung ingatkan siapa? Boyfriend, ya?” Gelak Farah.

“Kami teringatkan Humairah,” kata Eina.

“Betul itu. Kami mana ade boyfriend lagi,” tambah Qaira.

                                  *****

“Bangun! Sudah pagi. Semalam cakap mahu temankan ibu pergi ke pasar,” kata Puan Syarimah, ibu kepada Eina

“Yalah, sudah bangun ini,” kata Eina sambil matanya tertutup.

*****

    Di pasar.

“Cepatlah. Umi sudah tidak larat.”

“Yalah, mari kita balik.”

Eina terpandang wajah yang dia rindui selama ini. 

“Itu Humairah!”

Berlari-lari Eina menuju ke arah Humairah di satu gerai menjual kuih.

“Humairah!” jerit Eina

Humairah tercari-cari suara itu.

Apabila dia sedar yang itu Eina, dia terus berlari menuju kepada Eina.

“Rindunya dengan awak. Bila awak balik sini? Tidak cakap pun dengan saya.”

“Saya tidak sempat. Rindunya dengan awak. Saya ada berita gembira untuk awak..”

“Apa dia?”

“Saya akan boleh bersekolah di sini,” kata Humairah.

“Alhamdullilah. Nanti kita boleh belajar sama-sama lagi dan saya mahu awak berjanji dengan saya yang kita takkan berpisah lagi, okey?

“Mestilah. Kita tidak akan berpisah sampai bila-bila!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: