Certot

ATLET SEKOLAH

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 3 years agoSukan 16

Di SRAI SM, terdapat seorang pelajar lelaki yang mahir dalam segalanya. Dia mahir dalam pelajaran dam sukan. Nama dia ialah Arif.

Arif amat popular di sekolah. Tidak kira di kalangan cikgu atau pelajar perempuan. Walaupun Arif mahir dalam segalanya, dia tidak pernah sombong atau berlagak.

Di sekolah, Arif masuk pertandingan larian. Dia bersaing bersama-sama rakan-rakannya. Dia terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan SRAI dan MSSD.Arif masuk acara lari berpagar dan lari 200 meter.

Ketika sukan MSSD, acara lari 200 meter. Arif ada seorang pesaing yang bernama Luqman. Luqman dari sekolah SKKB. Luqman juga mahir dalam sukan tetapi tidak mahir dalam pelajaran.

Arif yakin dia boleh menang. Malangnya, Luqman berjaya memintas Arif dan mendapat johan. Arif kecewa kerana dia mendapat nombor dua. Namun cikgu tetap bangga akan kejayaan Arif.

Di sekolah, Arif dinobatkan sebagai tokoh sukan dan tokoh pelajaran. Semua cikgu dan murid-murid bangga akan kejayaan Arif.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: