Certot

Asrama Oh Asrama

Hasil nukilan Iman Nazihah 2 years agoFiksyen

Syazwani Aishah yang berumur 13 tahun sering menangis setiap kali mahu balik ke asrama. Dia bersekolah di SMA MAIWP. Nama panggilannya Ecah.

“Kau janganlah nangis, Ecah . Kau kena kuat, sekejap sahaja dua minggu itu,” sapa Erisa, teman rapat kepada Ecah.

“Kau cakap senanglah. Aku tidak bolehlah tinggalkan ibu dan ayah aku,” kata Ecah kepada Erisa.

“Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Sabar ya, Ecah,” pujuk Erisa lagi.

Syazwani Aishah yang dipanggil Ecah terkedu dengan kata-kata Erisa. Tiba-tiba dia rasa sebak teringatkan ibu dan ayahnya. Setiap kali minggu dia balik sanggup ambil dia, tetapi dia selalu nangis tiap kali mahu balik asrama.

“Hmm, terima kasih sebab nasihatkan aku. Kaulah kawan aku dunia akhirat,” kata Ecah dengan nada yang manja.

“Sama-sama. Sudahlah, tidur esok mahu bangun qiammullail. Jangan nangis lagi okey?” kata Erisa kepada Ecah.

“Okey,” balas Ecah. 

Lalu mereka pun pergi ke katil masing-masing.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: