Certot

Aqualand

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFantasi 35

“Mama! Mama! Nana nak lemas, mama!” teriak Fiona Sahlia. 

Puan Shayila bergegas ke pondok pengawai untuk meminta bantuan.

Tiba-tiba Fiona tersedar di dasar lautan.  

“Gulp! Aku nak nak…. eh!  Macam mana aku boleh bernafas dalam lautan ni? Aku mesti mimpi. Ouch!” kata Fiona kehairanan sambil mencubit pipinya.

“Selamat datang ke Aqualand!“kata seorang ikan campur manusia. Duyung!

“Saya nak balik. Mesti saya perlu jumpa dengan raja Aqualand kan. Cis dah agak dah,” keluh Fiona. Ikan duyung yang bernama Fushian itu hanya tergelak kecil.

“He… tidak. Kamu perlu bertemu dengan Golden Fish. Dia akan hantar kamu balik jika kamu menang dalam petaruhan GF di Sunway Aqualandgoon,” kata Fushian sambil memeluk tubuh.

‘Nama tempat tu sama macam Sunway Lagoon, KL’ bisik hati Fiona.

“Nah. Ini adalah pedang hidmat Aquarangers. Hanya ‘Princess Aqualand’ sahaja yang dapat menggunakannya. Awak puterinya kerana awak berketurunan Aqua diraja. Keturunan paling agung di sini,” terang Fushian panjang lebar.

******

Mereka pun tiba di Sunway Aqualandgoon. Fiona berasa takut dengan Golden Fish yang berwajah bengis itu. Perlawanan pun bermula. Golden Fish seperti ahli gusti menuju ke arah Fiona dan….

“Rasakanlah pedang hidmat Princess Aqualand! Haiya.” Fiona memejamkan mata lalu menusuk perut Golden Fish.

“Anak mama!” Peluk Puan Shayila. 

Fiona berasa pelik lalu memegang pedang yang dipeluknya. Ia tertulis ‘Awak berjaya membunuh Golden Fish. Awak dah ditemukan dengan bekas ratu Aqualand. Bye bye Fiona. Salam sayang, Fushian’. Fiona hanya tersenyum.

“Mama… mama ni bekas ratu Aqualan ke?” tanya Fiona. 

Puan Shayila hanya tersenyum dan berbisik ke telinga Fiona, “Yes, my honey bunny.”

Fiona masuk ke bilik tidurnya dan memegang bebola kristal yang tertulis TV Aqualand.

“Fiona, kalau awak hendak ke Aqualand, tepuk tiga kali dan awak akan tiba ke Aqualand,” kata Puan Shayila.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: