Certot

Appa is Innocent

Hasil nukilan Syafiqah Fitry 2 years agoSuperhero 36

Aku diberi nama Kim Adrisya. Aku kacukan Melayu dan Korea. Ibuku ialah orang Melayu, manakala ayah aku pula Korea. Aku memanggilnya dengan gelaran appa. Appa ialah panggilan ayah dalam bahasa Korea. Appa ku seorang yang agak lurus bendul. Tapi aku tidak pernah membenci ayah. 

Pada satu hari, appa dipenjarakan atas tuduhan membunuh seorang kanak- kanak. Tiada siapa tahu cerita sebenar. Sebenarnya kanak-kanak  itu tergelincir atas air yang membeku di belakang kedai di Namyangju. Appa aku cuba menyelamatkan perempuan itu, tapi sebenarnya lagi memburukkan keadaan perempuan itu. Aku dan ibuku melawat appa di penjara Korea. Aku menangis melihat appa yang dipukul oleh polis.

“Hajima(jangan). Appa tidak bersalah! Appa cuba selamatkan perempuan itu.” Aku menangis tersedu sedan.

Polis itu memukul lagi. Aku tahu appa aku itu lurus bendul. Keluarga kami juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk keluarkan appa dari penjara, tapi kenapa mesti pukul appaku begitu?

*****

10 tahun kemudian.

Baru aku tahu bahawa polis yang memukul appa itu ialah bapa kepada kanak-kanak itu. Aku kini sudah berumur 20 tahun. Aku sudah berani menjejakkan kaki ke makhamah demi menjaga nama baik keluarga kami walaupun appa sudah tiada.

“Appa saya tidak bersalah! Tetapi kenapa bapa kepada kanak-kanak itu menghukum ayah?Sepatutnya appa dilepaskan kerana dia tidak bersalah! Bapa kanak-kanak itu juga telah rasuah pihak makhamah pada hari appa ditahan. Appa sendiri telah cuba untuk menyelamtkan kanak-kanak itu tapi gagal sebab appa seorang yang lurus bendul. Semua fikir appa seorang pembunuh. Tapi tidak, appa ialah seorang hero.” Aku menghabiskan kata-kata aku dengan tangisan sedih

Aku berlangkah keluar dari makhamah itu dengan hati yang puas dapat menceritakan perkara yang sebenar. Appa saya ialah seorang hero dan bukanlah seorang pembunuh.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: