Certot

apakah sukan yg mira gemari?

Hasil nukilan Siti Balqis2 years agoSukan 1

Pada suatu hari apabila di sekolah mira melihat di padang, ramai murid yg sedang bersukan tetapi mira  tidak mahu bersukan. Mari lihat apa yg jadi pada diri Mira.

Selepas itu, mira turun ke padang untuk mengetahui apakah sukan yang Mira gemari sebenarnya. Apabila di padang, Mira hanya duduk di pondok yg berhampiran padang dengan kebenaran cikgu.

Kemudian, Cikgu Ridzwan, guru pendidikan jasmani mira bertanya, “Kenapa setiap kali hari sukan kamu hanya duduk di pondok ini saja sedangkan kawan-kewan kamu yg lain seronok bersukan?”

Mira menjawab persoalan cikgunya itu, “Sebenarnya Mira tidak tahu apa sukan yang Mira gemari untuk bersukan sedangkan kawan-kawan Mira yang lain hanya bersukan tanpa memikirkan sukan apa yang mereka gemar.”

“Begitu… barulah cikgu faham kenapa kamu tidak bersukan. Mira, untuk bersukan kamu tidak perlu memikirkan apa yang kamu gemari. Kamu hanya perlu aham bakat sukan yang kamu ada, bukannya dengan memikirkan apa yang kamu gemar. Faham Mira?” jawab Cikgu Ridzwan.

Setelah mendengar apa yg diterangkan oleh cikgunya, Mira mula faham. Sukan yang Mira  gemar ialah apa yang dimainnya semasa sukan.

Mulai hari itu Mira pun sudah tahu  sukan apa yang digemarinya iaitu ialah sukan lumba lari. Apabila Mira tahu sukan lumba lari ialah yang digemarinya, Mira berlatih hingga Cikgu Ridzwan melantik Mira sebagai pelari rumah sukan biru.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: