Certot

Apa Maksud Ibu?

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 73

Aku Fardi. Aku anak tan sri, bermakna aku kaya. Tetapi ibu selalu kata aku miskin. Aku tak miskinlah! 

Aku ada Ferrari, rumah banglo lima tingkat, syarikat sendiri, dan banyak lagi. Gaji aku sebulan RM 100,000. Mustahil aku miskin!

Ataupun aku miskin ilmu pengetahuan? Aku pandailah! Aku dari darjah satu kelas! UPSR, PT3, SPM, semua aku dapat A. Apa maksud ibu?

Aku benci ibu aku. Selalu melarang aku keluar lewat malam. Ibu dan ayah aku selalu marah aku macam budak kecil. Aku dah 23 tahunlah! Bukan budak kecil lagi. 

Suka hati akulah nak bercinta dengan sesiapa pun. Ibu mahu sibuk kenapa? Jodoh itu biarlah aku yang pilih. Bukan hak ibu atau bapa sesiapa pun. Aku benci hidup ini.

Tetapi pada hari kematian ibuku, seorang ustaz meminta aku solatkan jenazah ibuku. Baru aku faham apa maksud ibuku. Aku ini masih miskin kerana aku miskin ilmu agama. Niat solat pun aku tidak tahu. Al-quran aku baru nak masuk. 

Aku hanya menangis di sisi bapaku dan berkata kepada ustaz, “Saya tak reti solat fardu, solat jenazah apatah lagi.” 

Ustaz hanya tersenyum dan berkata, “Saya akan ajar kamu.”

Sejak itulah aku gunakan duit aku keluarkan zakat, pergi ke Baitullah, dan bermacam-macam lagi. Aku belajar macam mana nak solat, mengaji hingga khatam, dan sebagainya. 

Aku nak mati dalam iman. Selama 23 tahun aku hidup, Allah pun aku tak kenal. Aku nak jadi ustaz dan buka sekolah tahfiz. Aku nak jadi imam keluargaku. Aku nak jadi imam solat jenazah bapaku. Aku nak taubat.

Setiap hari aku ke pusara ibuku untuk sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh ibuku dicucuri rahmat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: