Certot

Annyoeng, Korea!

Hasil nukilan Atiey Chocola2 years agoFantasi 48

“Apa yang awak sedang fikirkan itu?” tanya Fathiya.

“Saya sedang berfikir sesuatu yang saya inginkan,” kata Arissa dengan lemah.

“Rasanya awak bukan berfikir tapi berangan ini,” kata Fathiya dengan bersahaja.

“Sudahlah, jangan kacau saya lagi. Pergilah main di tempat lain!” Arissa marah lalu dia beredar dari pondok rehat menuju ke perpustakaan.

“Apa hal dengan dia itu?” Fathiya bertanya seorang diri.

“Ish, kacau sahaja Fathiya itu. Sudahlah, lebih baik saya sambung angan-angan saya tadi.” 

“Oh Lee Minho, bilalah kita akan bertemu ya?” Itulah ayat yang suka dia sebut kalau dia berangan.

“Pelik betu lah perangai si Arissa tu sejak dua menjak iniDia asyik cakap fasal K-pop sahajaTahulah dia minat dengan K-pop tapi dia taklah sampai hari-hari dia nak cakap fasal tu. Saya rasa ada sesuatu yang berubah pada dia.” Itulah kata-kata yang berada dalam hati Fathiya.

Semasa di rumah….

Ummi, saya sudah pulang! Opss lupa. Assalamualaikum ummi.” kata Arissa

“Arissa, ada sesuatu yang ummi nak cakap kan dengan kamu,” kata Puan Mariam

“Apa yang ummi nak cakapkan? Cepatlah ummi, Arissa nak tahu apa yang ummi nak cakap tu?” balas Arissa dengan hati yang tidak sabar.

” Abbi ada outstation di Turki jadi dan ummi perlu balik ke kampung di Langkawi sebab opah sakit tenat. Jadi ummi kena ke sana jaga opah di hospital dan pada masa yang sama cuti sekolah sudah mahu dekat. Jadi ummi takut cuti ini kamu bosan. Ummi nak tanya kamu nak duduk dengan Aunty Suzilianty atau kak Fadzilah?” Puan Mariam bertanya.

“Kalau saya ikut Aunty Suzulianty, saya pergi jalan mana? Kalau saya ikut kak Fadzilah saya pergi ke mana?” Arissa bertanya.

“Kalau kamu ikut Aunty Suzilianty, kamu pergi Korea dan kalau kamu ikut kak Fadzilah kamu pergi Sarawak,” kata Puan Mariam yang sedang menunggu jawapan dari mulut anaknya.

“Korea? Seriously!” Arissa mahukan kepastian dari umminya.

“Ya, korea. Jadi macam mana?” tanya Puan Mariam lagi.

“Korea! Saya nak pergi Korea!” kata Arissa teruja.

Arissa mula menampar kedua-dua belah pipi nya sehingga merah. Impiannya jadi kenyataan! Dia sungguh terkejut kerana dia akan ke Korea.

“Anissa dan Aliff pula akan mengikuti kak Fadzilah, kamu betul tak kisah ini?” Puan Mariam mahu jawapan yang seribu kali pasti dari anaknya.

“Ya! Saya akan ke Korea! Girls Generation, TeenTop, Lee Minho, Park Shin Hye, APink, semua tunggu saya datang! Annyoeng Korea!” kata Arissa.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: