Certot

Andai Kau Tahu Apa yang Ada Dalam Hatiku

Hasil nukilan Erdina Zukira2 years agoFantasi 50


Dahulu mereka sangat manis, serasi, dan bahagia apabila bersama.

Di sekolah, mereka juga rapat. Tetapi , semua orang tidak tahu akan hubungan mereka. Hanya kawan-kawan terapat sahaja yang tahu. Namun begitu, semuanya menjadi hampa apabila Mysha datang dan merosakkan hubungan mereka. Tiena sangat sedih. Namun, dia merahsiakannya. Oleh kerana mahu menjaga hati Mysha yang merupakan kawannya. Rafiq telah meninggalkan Tiena dan mulakan hubungan baru dengan Mysha.

Segala isi hati Tiena dicatat dalam diarinya. Tiena menghantar mesej kepada Rafiq, namun Rafiq hanya melihat tanpa membalas.

Mysha juga mengalami perkara yang sama dilalui oleh Tien . Rafiq telah digoda oleh kawan Mysha, Shakira. Mysha merancang untuk membalas dendam kepada Rafiq. Dia mengajak Tiena untuk menyertainya namun Tiena menolak. Tiena memang seorang yang baik hati. Dia diajar dengan asuhan yang penuh dengan tatasusila.

Mysha marah kepada Tiena dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Dia berkata bahawa Tiena adalah lurus bendul. Tanpa teragak-agak, Tiena menampar Mysha lalu berlalu sambil menitiskan air mata.

Tiena tersinggung atas kata-kata Mysh . Tiba-tiba, Tiena merasakan ada sesat mengalir pada wajahnya. Tiena menyentuh mukanya . Dia sungguh terkejut kerana itu adalah darah yang keluar dari hidungnya.

Setelah enam bulan, Tiena meninggal dunia . Ibu Tiena menyerahkan surat yang diutuskan oleh Tiena kepada Rafiq. Rafiq membacanya lalu menangis teresak-esak. 



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: