Certot

Andai itu takdirku

Hasil nukilan Dyna Diey9 months agoSuperhero

“Ibu!” jerit faria. Faria atau nama sebenarnya Nur Faria Shazia ialah seorang budak yang sangat cerdik. Akan tetapi dua bulan selepas itu perangainya menjadi pelik. Dia selalu termenung sendirian. Sudah banyak kali kawan-kawan dan guru menegurnya akan tetapi dia tidak mengendahkannya.

Suatu hari cikgu nora iaitu guru kelas Faria menyiasat akan hal ini. Rupa-rupanya faria berseorangan kerana dia teringatkan ibunya. Dua bulan yang lalu, ibunya terlibat dalam kemalangan sewaktu ayahnya pergi ke khusus dan ayahnya hilang. Sampai sekarang ayahnya tidak dijumpai.

‘Mungkin Faria menjadi begitu kerana teringatkan ibunya,’ fikir Cikgu Nora.

Selepas itu cikgu nora bergegas menemui faria. Dia terus memujuk Faria supaya bersabar dan kembali seperti dahulu kerana dia akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Selepas mendengar pujukan Cikgu Nora, dia pun berazam untuk kembali seperti dahulu. Dia belajar bersungguh-sungguh. Dia akan berdoa selepas solat supaya ibunya dijumpai. Ayah dan kakaknya gembira melihat perubahan positif fazia.

Kini tinggal seminggu untuk peperiksaan UPSR menjelang. Faria semakin sibuk dengan menghadiri kelas tambahan, membuat study group dan pergi ke kelas tuisyen sewaktu cuti minggu.

Tibalah masa yang dinantikan peperiksaan pun bermula. Sewaktu menjawab, Faria membaca soalan dengan tekun dan cermat. Dia tidak tergopoh-gapah sewaktu menjawab.

Masa pun berlalu dan hari ini hari terakhir dia menjawab UPSR. Faria berpuas hati kerana dia dapat menjawab kesemua soalan.

Sebulan kemudian, hari yang ditunggu akhirnya tiba. Hari yang menentukan usaha Faria selama ini berhasil ataupun tidak. Tepat pada pukul 9.00 pagi, Faria dipanggil untu naik ke pentas. Rupa-rupanya Faria merupakan pelajar yang paling cemerlang dengan mendapat 6A dalam semua mata pelajaran.

Tiba-tiba dia terdengar suara yang memangilnya. Rupa-rupanya suara yang memangilnya itu ialah suara ibunya. Faria berlari dan terus memeluk ibunya.

Dia bertanya kepada ibunya, “Ke mana ibu pergi selama ini?”

Ibunya menjawab, “Ibu terus dibawa ke hospital yang berdekatan dan sewaktu itu ibu masih tidak sedar.”

Faria mencium ibunya dan menunjukkan slip peperiksaan kepada ibunya. Ibunya menangis bersyukur kerana anaknya telah berjaya dalam peperiksaan UPSR. Faria memeluk ayahnya sekali lagi dan mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana telah memakbulkan doanya.

Kini Faria hidup bahagia bersama keluarganya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: