Certot

Anasstasia

Hasil nukilan Lunia Adilah about 3 years agoFiksyen 45

Elena Qareena, seorang remaja yang penuh misteri. Dia akan pulang ke rumah selepas dia menyinggah ke kedai buku Anastasia, kedai buku yang menjual buku-buku genre seram dan fantasi. Namun, dia hanya masuk ke dalam tanpa membeli apa-apa.

Di dalam kelas, dia merupakan seorang pelajar yang agak pendiam dan dilabelkan sebagai sombong. Namun begitu, ada juga yang sudi berkawan dengannya, iaitu Fathin Nadhirah.

Fathin selalu berjalan kaki ke rumah bersama Elena kerana rumahnya dekat dengan rumah Elena.

Suatu hari, Fathin ingin pulang ke rumah bersama Elena, namun dia tidak nampak pula batang hidung si Elena.

“Haish… mana Elena ni?” Fathin merungut sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku bus stop. Sedang dia menunggu, tiba-tiba sekumpulan pelajar perempuan dari kelas mereka lalu di hadapan mereka. 

“Sya, kau nampak Elena tak?” tanya Fathin sebaik Aisyaa lalu di hadapannya. Aisyaa memandangnya dengan muka kelat.

“Elena Qareena ke?” soal Damia, menyampuk. 

Fathin mengangguk.

“Seingat aku, dia keluar dulu tadi. Kan geng?” tanya Damia kepada rakan-rakannya. Yang lain mengangguk. 

Fathin mulai risau.

“Kami pergi dulu lah ek? Bye….“Aisyaa berlalu pergi diikuti Damia serta yang lain.

Hati Fathin mulai gelisah. Dia sudah berjanji akan Aunty Edrina yang dia akan pulang bersama Elena.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan, namun tiada tanda yang ada orang lalu di situ. Akhirnya, dia berjalan pulang seorang diri. Ketika dia melintasi kedai Anasstasia, dia ternampak seorang gadis sedang menangis di tangga kedai itu. Gadis itu berpakaian serba putih, kain biru. Baju sekolahlah senang cerita. Fathin melihat gadis itu dengan teliti.

‘Macam Elena.’ Fathin mendekati gadis itu. Entah kenapa, hatinya jadi berdebar.

Dia cuba untuk mengawal perasaannya sebelum mencuit bahu gadis itu. Namun, tangannya dipegang dahulu oleh gadis itu. Fathin terasa tangan gadis itu sejuk, dan di pergelangan tangannya seperti ada kesan torehan.

“Fhati !” Gadis itu memeluk Fhatin. Fhatin terkedu. Dia dipeluk oleh siapa..?

“Ke… kenapa ni…?” tanya Fhatin. Suaranya antara keluar dan tidak keluar.

“A… aku….”

************************************************************************************************

Fhatin hanya melihat Elena yang terbaring di atas katil wad. Hatinya timbul rasa simpati terhadap kawan baiknya itu. Meskipun dia rapat dengan Elena, namun dia tidak pernah mengetahui masalah kawannya itu.

Setelah sekian lama dia berkawan dan pulang bersama Elena serta melalui kedai Anasstasia, baru hari ini dia tahu mengapa Elena sentiasa menyinggah di situ. Itu pun, ibu Elena yang beritahu.

“Dulu, sebelum kamu pindah ke sini, Elena selalu pulang dari sekolah dengan bapanya. Bapanya akan singgah di kedai itu dahulu kerana bapanya bekerja di situ. Suatu hari, bapanya seperti biasa, menjemput dia dari sekolah. Namun, ketika mereka memasuki kedai itu, terdapat sekumpulan perompak sedang berdiri sambil mengacukan pistol ke arah mereka.”

*Flashback*

“El… Cari tempat menyorok! Sekarang!” kata Encik Erwan dengan nada tegas. Dia tahu Elena yang perompak-perompak itu mahukan. Dan kini… Elena berada dalam ketakutan yang teramat!

Wajah Elena ditatapi sepuas-puasnya. Elena hanya mengangguk sambil menangis dan mencuba untuk keluar dari kedai sebelum tangannya direntap kuat oleh salah seorang perompak itu.  

“Ayah.!” Elena meraung sekuat hati. 

Encik Erwan pula sedang melawan perompak-perompak yang lain, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat. Pekerja-pekerja kedai itu telah pun diikat di dalam stor.

“Elena bukan hak kau!” kata Encik Erwan, kuat. Ketua perompak itu menumbuk Encik Erwan hingga dia jatuh terjelepuk ke lantai.

“Bukan kau kata? Dia anak akulah!” Ketua perompak itu menyepak perut Encik Erwan. Elena hanya melihat sambil menangis. Setelah ketua perompak itu ‘selesai’ dengan Encik Erwan, dia menuju ke arah Elena.

“Hai sayang… rindu papa tak?”  tanya perompak itu sambil membuka topengnya . Dia tersenyum melihat Elena. 

“Muka kamu sama dengan muka ibumu, Elena.” 

Elena tetap menangis. Siapa yang tidak menangis jika tiba-tiba ada orang mengaku sebagai bapa dan mengaku mengenali ibunya?

“Elena? Tak ingat papa ke?” 

Elena memandang wajah lelaki itu. Ngeri! Terdapat parut panjang di mata lelaki itu. Elena memandang sekujur tubuh yang sudah tidak bermaya lagi.

“Itu papa saya. Saya tiada papa macam pak cik!”

SKRETCH!

Elena meraung! Dia melihat tangannya telah ditoreh panjang. Darah mengalir laju.

“Itu balasan sebab kau kurang ajar dengan aku! Kau anak aku. Mak kau , aku yang punya!” Elena menangis dan memandang lagi ke arah Encik Erwan yang sudah tidak bergerak.

“Dia dah mati!” Lelaki itu ketawa diikuti konco-konconya.

Elena berasa pening , mungkin terkejut melihat darah yang banyak mengalir ataupun kehilangan darah. Akhirnya dia jatuh pengsan di dalam cengkaman tangan perompak yang mengakui dirinya sebagai bapanya. Namun kemudian, dia mendengar siren polis dan ambulans di hadapan kedai itu. Dia mengukir senyuman kecil.

**Now**

“Jadi, Elena itu… anak siapa?” Fhatin masih keliru. 

“Emh… dia… dia anak hasil daripada perkahwinan aunty dengan perompak itu. Namun ketika dia menceraikan aunty, aunty sedang mengandung. Aunty tidak tahu akan hal itu. Selepas Elena lahir, Enck Erwan datang meminang. Perompak itu berasa menyesal jadi dia memburu kami berdua. “

Fhatin diam. Dia memandang Elena.

“Saya… ssya tak tahu apa-apa pun.. Maafkan saya.” Fhatin menunduk.

“Erm… jadi kesan di pergelangan tangannya itu? Kesan….” Fhatin cuba untuk meneka.

“Ya. Eh? Kamu tahu tentang itu? Aunty fikir kamu….”

“Saya baru tahu tadi.” Aunty Edrina menganguk.

“Apa jadi dengan perompak itu?”

“Ditangkap dan dipenjara seumur hidup. Kadang-kadang , aunty ada melawat dia. Tanpa bawa Elena. Elena juga tidak tahu yang aunty melawat dia.”  Sepi. Fhatin mencuba untuk memahami segala kronologi yang Elena alami. 

Betapa peritnya hidup Elena yang menyaksikan pembunuhan di hadapan matanya? Melihat tangannya ditoreh sebegitu rupa. 

“Jika , Elena takut akan peristiwa itu..Mengapa dia pergi ke situ lagi..?” soal Fhatin yang tidak memahami niat sebenar rakannya itu.

“Rindu bapanya. Dia selalu menangis bukan jika keluar dari kedai itu?” Fhatin terdiam.

“Ya. Tapi,  dia tidak tunjuk di hadapan saya. Dia hanya mengesatkan air matanya sahaja.” Fhatin berkata perlahan. Aunty Edrina hanya mengangguk kecil sebelum merenung Elena di dalam wad. Dia hanya keletihan, kata doktorlah. Mungkin tiba-tiba trauma kembali menyerang?

Fhatin hanya menunduk memandang lantai sambil berfikir sesuatu.

‘Don’t worry El. Aku akan lindungi kau, macam aku jaga nyawa aku sendiri.’ Fhatin menanam azam di dalam hati. Dia bertekad untuk menjaga Elena hingga dia hilang rasa trauma. Sehingga Elena menjadi kanak-kanak periang. Sehingga dia mempunyai keseronokan untuk melalui kedai Anasstasia. Itu janji yang sehingga kini tidak terputus.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: