Certot

The Alimgers VS The Bullying

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 26

“Jangan kacau saya!”

“Ada aku kesah? Jika tidak mahu bayar hutang, jangan berhutang. Faham ataupun tidak!” kata Zora, seorang kaki buli di Sekolah Sungai Udang.

“Hei, jangan gangu dia. Jika tidak, saya akan laporkan kepada CR,” kata ketua The Alimgers, Shamimi Arisah.

The Alimgers mempunyai 10 orang ahli yang semuanya pengawas. Haris Haikal, Uqasha Hania, Rozi Zainal, Danish Afeeq, Syamimi Arisah, Syamim Airiz, Shila Armina, Luqman Haziq, Shamina Korea, dan Eun Hanisah. Ketuanya ialah  Syamimi Arisah dan Syamim Airiz dan juga mereka merupakan adik-beradik. The Alimgers adalah satu kumpulan yang ditubuhkan oleh CR atau Cikgu Razif, guru dispilin di sekolah itu.

The Bullying adalah satu kumpulan  yang terdiri daripada orang orang sahaja, tetapi teramatlah gengster. Zora , Fonia, Akim, Sharol, Afiq, Adam, Khaisara, dan Nana. Zora dan Akim ialah ketua kumpulan. Walaupun telah sembilan kali di kauselingkan, tetapi perangai mereka tidak pernah berubah.

“Jadi ,apa yang hendak dilakukan kepada TB tu? Nama singkat pun macam nama penyakit,” kata Eun Hanisah memecah kesunyian di bilik mesyuarat sekolah.

“Airiz, Arisah berilah cadangan,” kata Uqasha pula.

“Aku tak ada cadangan bagaimana nak tumpaskan mereka,” kata Airiz.

“Aku ada cadangan!” kata Luqman. Mereka pun berbisik.

“Bagus juga! Aku setuju. Geliga juga otak kau ni ya?” puji Haris.

“Tengok oranglah,” kata Luqman yang membuatkan semua orang ketawa.

Mereka menjalankan misi untuk menangkap The Bullying. Pada satu hari, The Alimgers terserempak dengan Zora dan Akim sedang menconteng dinding bilik guru. The Alimgers menangkap kumpulan tersebut.

“Mana yang lain?” kata serentak The Alimgers.

Setelah dihukum gantung sekolah, jumpa guru besar bersama ibu bapa masing-masing dan disebat di punggung 100 kali, mereka terus insaf dan mahu join kumpulan The Alimgers. The Alimgers bertambah 17 orang dan mereka automatik dilantik jadi pengawas perpustakaan. Sejak peristiwa itu, kaki buli sekolah telah pun berkurangan.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: