Certot

Anak Pungut Stadium

Hasil nukilan Nurin Insyirah 2 years agoSukan 60

           

           

           

           

Aku ialah pemain bola sepak yang dikenali negaraku dan mungkin negara lain juga. Aku menyertai pasukan Johor Darul Takzim. Nama aku ialah Iskandar Affandi serta umurku 32 yang semakin hari semakin menua. Aku juga telah menamatkan tempoh bujangku sejak lima tahun yang lalu. Selama aku berkahwin, aku masih belum dikurniakan cahaya mata. Sehingga aku mendapati yang sebenarnya isteriku mandul.

Mungkin aku sedih dan kecewa. Tetapi aku reda dengan takdir-Nya. Aku tidak berani hendak menceraikannya kerana untuk menjaga hatinya yang setiap hari kecewa dan terluka. Sehinggalah satu hari….

Semasa aku hendak pulang dari Stadium Larkin dengan kemanagan 2-0, aku pulang agak lewat kerana tertinggal smartphone di bangku persalinan. Dalam perjalanan menuju ke kereta, aku terkejut melihat sebuah beg kertas berisi bayi berusia kira-kira dua bulan diletakkan di bahagian depan keretaku.

Aku terkedu melihatnya yang seakan-akan memandang ke arahku. Tangan aku menggeletar untuk mengeluarkan anak kecil itu daripada beg kertas itu. Aku mengakui yang bayi ini sungguh comel. Sesungguhnya aku masih ada perasaan simpati pada anak kecil itu. Aku terus mengambilnya dan segera pulang ke rumah. Aku harap isteriku gembira melihat anak kecil ini.

“Ya Allah bang! Comelnya budak ini! Saya nak jaga dialah.” 

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Harapan aku seperti yang dijangka serta aku juga telah menerangkan perkara sebenar padanya. Aku dan isteriku menjaga anak kecil ini dengan penuh kasih sayang serta diberi nama Asyrani Iskandar.

*****

Sepuluh tahun telah berlalu….

Iskandar, anakku. Kini menjadi pemain bola sepak terlatih di sekolahnya dan sentiasa mendapat tempat terbaik dalam peperiksaan. Aku cukup bangga dengan salah satu pencapaiannya yang juga merupakan bidang yang aku minati walaupun bukan darah dagingku sendiri.

Peminat dan keluargaku sudah tahu yang aku sedang menjaga anak. Tetapi sangkaan mereka meleset kerana mereka fikir itu adalah anak kandungku. Aku rasa bersalah dengan anakku yang kian membesar, tetapi tidak tahu rahsia yang mungkin mengguris hatinya. Aku takut dan belum bersedia mahu menerangkannya lagi.

“Walid! Ummi! Iskandar dapat wakil sekolah bagi pasukan bola sepak!” jerit Iskandar.

“Ohh, yakah? Walid menang 3-1 semalam. Satu Malaysia tahu!” balas aku bergurau.

“Eleh walid ini… memanglah satu Malaysia tahu. Macamlah Iskandar tidak boleh jadi macam ayah.” Iskandar mengalihkan pandangannya tanda merajuk dan mahu dipujuk.

“Walid gurau sahajalah. Lagipun, walid ada surprise untuk Iskandar.” Aku tersenyum sambil memegang sebiji bola dan dua helai jersi pasukan Malaysia dan Johor Darul Takzim yang berada di belakangku.

“Hah? Yakah? Iskandar nak!” kata Iskandar teruja.

“Tada….” Aku menunjukkan hadiah tersebut pada anakku.

“Wah!” Iskandar begitu gembira. 

Aku melihat anakku yang teruja sambil segera memakai jersi pasukanku. Aku gembira melihat anakku yang gembira.

“Macam walidlah! Serupa sangat. Bolehlah anak ummi jadi macam walid. Bukan begitu, bang?”

 Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Yeay!  Iskandar macam walid!” Jelas muka riang Iskandar.

Aku hanya menunggu masa rahsia terbongkar dan tarikh aku akan menerangkan pada anakku. Mungkin muka riangnya akan berubah menjadi kecewa. Aku takut. Begitu juga isteriku.

*****

Muka isteri tercintaku berubah apabila memandang skrin smartphone-nya. “Bang, rahsia kita sudah terbongkar di laman sosial!”

Aku cemas mendengar kata-kata isteriku. Takut sampai ke pengetahuan anak kesayangan mereka. Takut sangat kerana mungkin mereka akan kehilangan anak mereka dan dihantar ke rumah anak yatim.

Ring! Ring! Ring!

Phone milikku berdering. Aku segera mengangkatnya. Muka aku masih cemas dengan peristiwa yang baruku dengar. Aku rasa seperti hendak menangis sahaja. Tidak tahan untuk kehilangan anakku.

Selepas beberapa minit berhubung. “Awak… anak kita sudah tahu yang kita bukan ibu bapanya yang sebenar. Sebab kawan-kawannya mengejeknya ‘anak pungut stadium’ dan dia larikan diri pergi ke luar sekolah.”

“Apa? Kita kena pergi cari dia sekarang!”

Tidak cukup dengan berita yang tadi, aku dan isteriku mendapat musibah lagi. Aku sangat takut kehilangan anakku yang tercinta. Rasa bersalah menyerang diriku. Aku gelabah menyiapkan diri untuk pergi mencari Iskandar.

Isteriku yang mula naik risau dan sedih menangis dalam diam. Aku lihat dia menangis senyap tanpa pengetahuanku ketika dia sedang bersiap. Aku hiba, aku pilu. Itulah perasaanku.

  *****

“Di situ?”

“Tiada. Mana anak kita bang?”

“Tidak mengapa. Kita cari sampai dapat. Trust me.

“Itu anak kita!” aku memandang ke arah tempat yang ditunjuk isteriku.

Pon! Pon! Pon!

Aku terkejut dengan bunyi hon yang kuat dari arah belakang. Keretaku remuk di kawasan belakang dan ia memberi kesan padaku dan isteri.

Aku terpelanting jauh dari keretaku. Sakit sememangnya. Darahku mengalir di atas jalan raya. Isteriku masih di dalam kereta tidak sedarkan diri. Kelihatan dadanya dicucuk serpihan cermin kereta yang pecah. Darah mengalir laju. Begitu juga air mata.

Badanku pula terasa sakit yang amat sangat dan lemah. Rupa-rupanya separuh badanku ditikam beberapa serpihan cermin yang tajam. Kaki kananku pula hancur.

Aku mengucap dua kalimah syahadah sebelum memejamkan mata. Iskandar yang sedang menangis memangku kepala aku yang berdarah.

Aku merasakan ada tangan yang memaut tangan aku tanda memberi semangat. Walaupun dia tahu, nyawaku sedang nyawa-nyawa ikan. Aku mengalirkan air mata apabila mendengar suara anakku memberi semangat.

“Walid, walid, jangan tinggalkan Iskandar! Walid kena kuat! Iskandar tidak kisah anak pungut sekalipun!”

“Anak walid…. Jadi pemain bola sepak yang berjaya ya sayang. Terima kasih gembirakan walid. Simpan bola dan jersi yang walid bagi itu. Doakan walid di sana nanti. Selamat tinggal.”

Aku mengalirkan air mata. Tangan yang memaut tanganku mengerat ketat. Aku merasakan air mata anakku jatuh di atas mukaku. Itulah penamat riwayatku.

Kini, Iskandar menjadi pemain bola sepak yang handal seperti ayahnya. Dia sentiasa bermain dengan bola yang berusia lebih sepuluh tahun itu untuk berlatih.

Walaupun telah buruk dan ketinggalan zaman, dia tidak kisah. Kerana hanya bola itu yang boleh mengubah semangat hidup dirinya.

Dan tidak terlupa juga, jersi yang diberi ayahnya beberapa tahun lalu. Walaupun design kini sudah bertukar. Dia tetap sayang dan selalu membawanya ke mana jua.

“Walid… Iskandar rindu walid… rindu sangat Teringin nak ketawa bersama dengan walid. Walid tahu tidak, Iskandar sudah jadi seperti walid. Sebab walidlah Iskandar berjaya. Kirim salam dekat ummi juga.”

Iskandar mengalirkan air mata kerinduan yang amat sangat di Stadium Larkin. Inilah tempat yang mula-mula insan yang bernama Affandi Iskandar mengambilnya. Rasa terhutang budi tidak terhingga dengan ayahnya.

“Walid!” Iskandar melaungkan panggilan ‘walid’ di tengah-tengah padang sambil mengalirkan air mata kerinduan.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: