Certot

Ana is My Friend

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoFiksyen 14

Aku Idah. Aku ini dari keluarga yang miskin. Aku tidak pernah mempunyai seorang rakan kerana orang asyik kata kawan dengan aku ini suka curi duit sebab aku ini miskin sangat. Apa pun orang kata, aku tak kisah, yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Pada suatu hari, aku sedang berjalan untuk menuju ke kelas. Tiba-tiba cikgu Suraya membawa masuk seorang murid baru dan namanya Ana Soleha dan dia pernah bersekolah di London, Paris serta Seoul. Sebenarnya, aku lihat dia memang kaya, tapi aku rasa dia sangat baik hati dan tidak menunjuk-nunjuk.

Hai, assalamualaikum. Nama saya Ana Soleha. Sebenarnya, dahulu saya tidak bersekolah di sini, tetapi dahulu saya bersekolah di London, Paris, dan Seoul. Selamat sejahtera kawan-kawan semua.

Sewaktu sedang pulang berjalan kaki, aku terserempak dengan kereta Ana. Dia ajak aku pulang bersama-samanya kerana dia kata dia tengok aku kasihan berjalan kaki seorang diri.

“Eh, awak bukan Idah? Apa awak di tengah-tengah jalan macam ini? Apa kata awak naik kereta saya? Saya takut awak terjadi macam-macam. Sekarang sungguh bahaya, contohnya kena culik.”

“Tak apa ke?”

“Tidak mengapa, saya ikhlas.” Ana terseyum sinis.

Lama-kelamaan sejak hari itu, pelik kerana orang macam saya boleh berkawan dengan orang kaya. Thanks Ana, you are my friend.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: