Certot

Ampunkan Dosa Ibuku

Hasil nukilan Aisyah 8 months agoSuperhero

       

“Majlis mempersilakan Cik Roziana binti Roslan bagi menyampaikan sepatah dua kata sebelum merasmikan majlis pembukaan sekolah tahfiz kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.” Pengerusi majlis mempersilakan Cik Roziana @ lebih mesra dipanggil Ustazah Yana untuk naik ke pentas.

Yana berasa sungguh gemuruh apabila naik ke pentas tersebut. Terasa peluh dinginnya mengalir laju. Walaupun dia sudah puluhan kali naik ke pentas untuk berucap, kali ini perasaannya berlainan. Perlahan-lahan dia menyusun kata-katanya satu per satu.

“Terima kasih tuan pengerusi majlis. Sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk merasmikan majlis pagi ini. Orang yang paling layak adalah Puan Munirah binti Arshad!”

Para hadirin terpempan. Umum mengetahui yang membuat sumbangan kepada sekolah tahfiz Darul Iman tersebut adalah daripada Yana, pendakwah terkenal di kawasan tersebut.

“Puan Munirah Binti Arshad adalah ibu saya….” Bait kata-kata Yana terhenti. Dia menghela nafas panjang. Fikirannya tiba-tiba melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku 10 tahun dahulu.

******

“Yana! Cepatlah mama dah lewat ni!” gesa Munirah, ibu Yana.

“Sekejap mama, Yana sudah siap,” kata Yana tergesa-gesa menuruni tangga.

Malam itu, Yana mengikuti mamanya ke konsert di stadium. Ia adalah konsert ulang tahun ke-10 pembabitan mamanya sebagai penyanyi. Stadium dipenuhi peminat mamanya yang dianggarkan seramai 50 ribu orang.

Apabila sampai di stadium…

“Sorry, I lambat sikit,” kata Munirah kepada pegawai yang bertugas di stadium

“Tak ape, asalkan you sampai. Di luar itu ramai sudah tunggu you,” kata pegawai yang bertugas.

Sebaik sahaja Munirah naik ke pentas terdengar sorakan yang kuat daripada peminat beliau

“Saya memohon maaf atas kelewatan saya,saya berjanji akan mengganti masa yang tertinggal dengan tambahan masa,” ucap Munirah sedikit tunduk memohon maaf kepada peminatnya.

Mendengar sahaja pengumuman tersebut, seluruh stadium kembali gegak gempita.

“Alamak! menyesal aku ikut mama. Sudahlah kena duduk lama di stadium ini,” keluh Yana sebaik saja mendengar ucapan yang diberi oleh mamanya.

Selepas sahaja habis persembahan, Munirah melihat Yana sudah terlelap di sebalik keramaian penonton yang ingin pulang.

“Haih… sudah tidur anak aku ini,” kata Munirah sambil mengusap-usap kepala anaknya.

“Yana, bangun sayang,” kejut Munirah

“Ha…. sudah habiskah perlawanan bola sepak?” kata Yana mengigau.

“Bila masa pula perlawanan bola sepak? Mama ada konsertlah tadi,” kata Munirah kehairanan.

“Oh! Sorry mama, Yana mengigau tadi,” kata Yana memohon maaf.

“Mari balik, mama sudah habis persembahan,” ajak Munirah.

*****

Keesokan hari di sekolah.

“Yana, awak tengok persembahan mama awak semalam?” tanya Erisya, kawan baik Yana.

“Saya ikut mama saya pergi persembahan, tetapi saya tertidur sebab lama sangat,” jelas Yana perlahan.

Sedang mereka berborak borak di pondok wakaf sekolah, tiba-tiba azan berkumandang.

“Yana, saya pergi solat dahulu,” kata Erisya meminta izin

“Okey,” jawab Yana bersahaja.

Erisya sangat faham akan perangai sahabatnya itu,walaupun Yana seorang Islam, tetapi sejak Yana kecil, dia tidak diajar tentang solat kerana ibu bapanya sibuk dengan kerjaya masing masing sampai tidak sempat untuk solat.

“Ehmm….aku teringin sangat nak solat, puasa dan baca quran,” hati kecil Yana berbisik.

Semasa Yana sedang mengelamun, datang beberapa orang pelajar perempuan.

“Yana, mari solat sekali,” ajak salah seorang pelajar perempuan itu

“Bolehkah?” soal Yana. Jelas, riak wajahnya penuh kerisauan.

“Boleh, marilah,” ajak pelajar itu kehairanan.

“Baik,” kata Yana pantas.

Sewaktu pelajar-pelajar itu mengambil wuduk, Yana mengikuti gerak langkah mereka.

“Oh… mula mula basuh tangan dan akhir sekali basuh kaki,” kata Yana perlahan.

“Yana, awak tidak tahu cara mahu ambil wuduk?” tanya seorang pelajar itu yang bernama Mimi, tercengang.

“Ta… k,” jawab Yana tergagap-gagap.

Mimi terkejut, tetapi dia cuba menahan diri.

“Tidak mengapa, saya boleh ajar awak cara ambil wuduk yang betul dan cara -cara solat,” kata Mimi sambil mengukirkan senyuman.

*****

“Yana awak pergi mana? Puas saya cari,” tanya Erisya kehairanan

“Saya pergi so…lat,” jawab Yana gugup.

Erisya sedikit terkejut dengan jawapan Yana.

“Ooo…,” kata Erisya tidak ingin menyakiti hati sahabatnya jika dia bertanya lebih lanjut.

“Erisya boleh awak teman saya pergi kedai buku?” tanya Yana.

“Boleh!” kata Erisya, menggangguk.

*****

Di kedai buku.

“Yana, mengapa awak ajak saya ke kedai buku?” tanya Erisya kehairanan.

“Saya mahu beli buku cara-cara solat dan cara-cara nak mengambil wuduk,” kata Yana serius.

“Hah?” Erisya sedikit terkejut dengan jawapan Yana.

“Mengapa? Salah?” tanya Yana kehairanan.

“Tidak ada apa-apa,” kata Erisya tersenyum simpul.

******

Apabila sampai di rumah.

“Yana! Mari turun makan,” panggil orang gaji rumahnya, Mak Cik Mia.

“Sekejap mak cik, Yana mahu sembahyang maghrib,” laung Yana dari tingkat atas.

Mak Cik Mia sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan Yana. Tetapi, pada masa yang sama terharu kerana anak majikannya itu sudah mula mengenali Islam, walaupun umur Yana sudah mencecah 15 tahun.

Sedang Yana solat, tiba-tiba pintu biliknya terbuka sedikit.

“Yana turun ma… kan.” Baru sahaja Munirah ingin memanggil anaknya itu turun makan dia sedikit tersentap melihat Yana sedang solat.

“Asalamualaikum warahmatullah, asalamualaikum warahmatullah,” lafaz Yana memberi salam sebaik sahaja dia habis solat.

*****

Pagi yang pilu.

Puan Munirah mendapat perkhabaran, suami dan anak tunggalnya terlibat dalam kemalangan. Suaminya, Encik Roslan tidak dapat diselamatkan, manakala Yana terlantar di hospital, cedera parah. Dunia seakan-akan gelap buat Puan Munirah.

Sebulan Yana terlantar di hospital. Dalam masa sebulan itu juga, Puan Munirah menghentikan terus segala aktiviti nyanyiannya. Hospital bagaikan rumah kedua untuk Puan Munirah. Tiba-tiba Puan Munirah terjumpa telefon bimbitnya yang telah hilang sebulan lalu.

Di dalam telefon bimbit tersebut, Puan Munirah terbaca mesej daripada anaknya, Yana.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Aku menghulurkan kedua-dua tanganku yang hina ini,memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolongan-Mu ya Allah. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil. Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepada-Mu. Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah.

Air mata Puan Munirah tiba-tiba mengalir deras. Puan Munirah berasa amat sebak.

*******s.

Ucapan Yana terhenti seketika. Dia memandang kembali kepada semua hadirin yang hadir. Suasana kembali hening.

“Arwah ibu saya berpesan kepada saya untuk menjadi seorang hafizah apabila saya habis belajar nanti dan dia juga mengamanahkan saya menderma satu per ting daripada harta peninggalannya kepada mana-mana sekolah tahfiz yang saya pilih,” ucap Yana satu per satu.

Yana terasa hiba. Dia teringat tentang pengorbanan ibunya yang mendermakan buah pinggangnya yang rosak teruk akibat kemalangan tersebut. Ibunya tidak berjaya diselamatkan walaupun pembedahan itu berjaya. Bagi Yana, ibunya adalah adiwira dia yang sebenar-benarnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: