Certot

Alysa dan Alam FANtasi

Hasil nukilan Allis Alisha 1 year agoFantasi 3

Alysa berjalan ke ruang tamu dan terlihat mama dan papanya mengemas baju-baju untuk dibawa ke Johor.

‘‘Papa, mama, mengapa kemas baju-baju sekarang? Bukankah minggu depan papa dengan mama pergi outstation di johor?” tanya Alysa. 

“Maafkan papa dengan mama. Papa dengan mama kena pergi hari ini sebab ada perubahan.” 

“Jadi Alysa tinggal seoranglah.” 

“Nampaknya begitulah.”

‘Yay! Dapat duduk di rumah seorang diri!’ kata Alysa dalam hatinya. 

Setelah selesai mengemas, mama dan papa Alysa menghidupkan enjin kereta dan menasihatkan Alysa supaya jagan  keluar berjalan jalan. Alysa menganguk faham. 

Selepas beberapa minit kemudian, papa dan mama Alysa sudah pergi ke Johor. Alysa terus berjalan ke ruang tamu dan baring di atas sofa sambil melihat cerita kegemaranya iaitu Aly in Wolelen.

Alysa memejamkan mata dan membuka matanya. Tiba-tiba dia telah berada di alam fantasi. dia terkejut dan terus menangis kerana takut. Tiba-tiba seorang jejaka yang memakai cermin mata mendekati Alysa.

Jejaka itu bertanya, “Siapakah kamu wahai gadis? Mengapa kamu menangis?’‘

Alysa menoleh ke arah jejaka itu dan berkata, “Bagaimana saya boleh berada di alam fantasi ini?’’ Alysa menjerit sambil menangis teresak-esak. 

“Oh… rupa-rupanya kamu dari dunia manusia. Nama aku Haikal Mikail. Aku yang menjaga alam fantasi ini. Siapa nama kamu?’‘ 

“Nama aku Alysa lza. Bagaimana aku hendak keluar dari alam ini?’‘ 

“kamu perlu berjumpa ratu aku. Dia akan membawa kamu ke dunia manusia.’‘ 

“Bagaimana caranya untuk aku berjumpa ratu kamu?’‘ 

“Mari aku akan bawakan kamu berjumpa dengan ratu.”

Jejaka itu menunggang kuda dengan laju membawa Alysa pergi ke istana. 

“Sudah sampai. Inilah istana aku. Mari aku bawa kamu berjumpa ratu.” 

Jejaka yang bernama haikal membawa Alysa masuk ke istana dan berjumpa dengan ratu.

‘‘Bonda, ada pelawat yang hendak berjumpa dengan bonda,’’ kata jejaka itu kepada ratu 

‘‘Suruh dia masuk, wahai anakanda.’‘ 

“Alysa pergilah masuk. 

‘‘Baiklah. Terima kasih, Haikal.’’ Alysa berjalan ke arah ratu. 

‘‘Siapakah dikau wahai gadis?’‘ 

“Nama saya Alysa, tuanku.’‘ 

“Apa hajat kau datang ke mari?’‘ 

“Aku mahu pulang ke dunia manusia, tuanku.’‘ 

“Baiklah, aku akan bawa kamu kedunia manusia tetapi ada syaratnya.’‘ 

“Apakah syaratnya tuanku?’‘ 

“Syaratnya kamu tidak boleh menonton cerita Aly in Wolelen lagi.’‘ 

“Baiklah, sayaakan ikuti syarat-syaratnya.’‘ 

Ratu itu menggunakan kuasanya membawa Alysa pulang.

Kini Alysa terjaga dan dan berkata, “Rupa-rupanya itu mimpi sahaja.’‘ 

Kini Alysa tidak lagi menonton cerita Aly in Wolelen. Keluarga Alysa pelik kerana Alysa sudah tidak menonton cerita Aly in Wolelen lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: