Certot

Alya si Jiwa Fantasi

Hasil nukilan irdina sarah ^_^ 1 year agoFantasi

‘‘Alya, mari turun cepat ibu sudah buat pancake kegemaran kamu,’’ kata Puan Safiyya. 

‘‘Baiklah, ibu,’’ jawab Alya sambil turun tangga. Alya Farzana binti Faizal atau dikenali sebagai Alya atau Lya adalah peminat novel fantasi, lebih-lebih lagi jika dari PTS kerana ada pengajaran, agama, dan beri banyak pengetahuan.

‘‘Ibu, hari ini boleh kita pergi ke Pts BookCafe lagi?’‘

“Alahai, Alya makan dahulu. Nanti bila ayah balik, kami berdua bawak Alya. Beli puas-puas okey?’’ kata Puan Safiyya. 

‘Yeay, terima kasih ibu!’’ kata Alya. Alya pun menghabiskan pancakenya dan naik ke biliknya. 

’‘Mahu baca buku Bukan Puteri Sempurna.” 

Lama-kelamaan, Alya pun tertidur dan apabila dia bangun, dia dapati dia tidak ada di dalam biliknya, tetapi berada di taman bunga yang sangat cantik. 

‘Eh, dimana aku? Aku di dalam bilik tadi,’ kata alya dalam hati. 

Swsh!

‘Eh? bunyi apa itu?’ tanya alya dalam hati. 

’‘Hai, Alya!’’ kata seseorang. 

Alya pun memandang ke arah suara tersebut dan dia berasa terkejut. ‘‘Siapa kamu ni?’’ tanya Alya. 

’‘Oh, nama saya Putera Hadzqif dan ini adik saya yang berusia sebelas tahun,’’ kata Hadzqif sambil menunjuk ke arah perempuan di sebelahnya. 

’‘Hai, nama saya Puteri Hani. Selamat datang ke Fantasi World,’’ kata Hani. 

’‘Maksudnya, kamu berdua anak pemerintah di sini?’’ tanya Alya. 

‘Ya!’’ kata mereka serentak. 

’‘Tetapi, sudah tiada masa, kamu harus tolong kami!’’ kata hani dalam keadaan cemas. 

’‘Tolong apa?’’ tanya Alya. 

’‘Kamu mesti hapuskan pari-pari di Fantasi World,’’ kata Hadzqif. 

’‘Hapuskan pari-pari? Mengapa? Bukankah pari-pari baik?’’ tanya Alya.

’‘Ameera! Ini mereka!’’ kata seekor pari-pari kepada seorang manusia. 

’‘Akhirnya, kita berjumpa tuan puteri, putera, dan Alya,’’ kata Lyla. 

’‘Kamu ini Lyla! Talam dua muka rupa-rupanya!’’ kata Putera Hadzqif. 

Lyla atau nama sebenarnya Nur Ameera Binti Munir, anak kepada menteri Haziq dan kawan rapat kepada Puteri Hani dan Putera Hadzqif sebenarnya penipu! Menteri Haziq langsung tidak mengenalinya. Dia juga adalah pengintip kepada negara Caledonia. 

’‘Hapuskan mereka, Syila!’’ arah Ameera kepada mereka. 

’‘Baiklah!’’ turut Syila. 

’‘Ambil ini, tongkat ini mampu mengalahkan mereka, tetapi ada satu syarat. Jika tongkat ini jatuh ke tangan Ameraa, semua negara ini akan binasa!’’ kata Putera Hadzqif. 

’‘Baiklah! Terima kasih,’’ kata Alya sambil menghalakan tongkat itu ke arah Amerra, Syila, dan pari-pari yang lain. 

Ameera pun pengsan akibat cahaya yang dikeluarkan oleh tongkat itu. Begitu juga dengan pari-pari perngikutnya. 

’‘Baiklah, pengawal bawa penderhaka ini ke penjara,’’ arah Puteri Hani kepada pengawal yang berjaga di situ. 

’‘Baiklah, tuan puteri,’’ turut pengawal itu. 

Tiba-Tiba semua pari-pari itu pun bertukar menjadi puteri-putera yang jelita. 

’‘Ini sebenarnya adik beradik kami. Kami adik bongsu dan juga kembar,’’ terang Puteri Hani kepada Alya. 

’‘Terima kasih Alya kerana menyelamatkan kami dan menyelamatkan negara kami,’’ kata Puteri Laila. 

’‘Sama-sama, tuan puteri. Boleh saya bertanya? Bagaimana hendak balik ke dunia saya semula?’’ tanya Alya dengan sopan. 

Mereka semua hanya tersenyum dan Alya pun terjaga daripada tidurnya. Dia  mendapati di sebelahnya mempunyai sebuah kad dan kotak. Alya pun membaca kad itu.

*****

Ke hadapan Alya,     

Terima kasih kami ucapkan kerana menyelamatkan negara kami dan keluarga kami. Bagi membalas budi kamu, kami hadiahkan kamu seutas rantai dan sebentuk cincin. Cincin itu membolehkan kami untuk meminta bantuan daripada kamu lagi jika kami berada dalam masalah. Rantai itu pula membolehkan kita berhubung. Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak dan kami harap dapat berjumpa dengan kamu lagi.

Yang benar,                                                                                                                                                              

Putera dan Puteri dari Fantasi World.

Alya pun memakai rantai itu dan cincin itu lalu ia bersinar. 

’‘Terima kasih, puteri dan putera,” kata alya sambil tersenyum.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: