Certot

ALLISYA: JIWA FANTASI

Hasil nukilan Ania Dhiya 1 year agoFantasi

Allisya menari bersama putera diraja dengan langkah-langkah yang teratur dan kemas. Tiba-tiba dia ternampak ibu tirinya yang sedang berbisik kepadanya, “Bangun Allisya, adik kesayanganku.” 

Tetapi, yang pelik bin musykilnya mengapa perkataan ‘adik’ yang disebut oleh ibu tirinya itu. Akhirnya dia terbangun daripada mimpinya dan terlihat wajah yang putih dengan bedak sejuk. Lalu dia tergolek ke bawah katil dengan rambutnya yang serabai seperti dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Rupa-rupanya wajah yang putih tadi ialah wajah kakaknya yaitu Kak Anis. Kak Anis mentertawakan Allisya yang tergolek dari katil itu. 

“Kakak!” jerit Allisya yang cuba untuk mencubit kakaknya, tetapi tidak berjaya kerana kakaknya cepat-cepat menuruni anak tangga.

“Allisya, cepat turun makan. Nanti makanan sejuk,” panggil Puan Ariana yang merupakan ibu kepada Allisya dan Anis. 

“Baik, mama,” kata Allisya yang sedang menuruni anak tangga. Sampai sahaja di bawah, Allisya terbau makanan kegemarannya iaitu nasi goreng kampung. 

“Hmm… dedapnya bau nasi goreng udang ini,” kata Allisya yang sudah terliur dengan bau nasi goreng kegemarannya itu. Dia lantas duduk dan memandang papanya yang sedang bersarapan sebelum pergi ke kerja. 

“Pa… p…. pa bo… bo… leh tidak ka… ka… lau…,” Allisya berkata dengan tergagap. 

“Allisya, beritahu sahaja papa apa yang kamu mahum” kata Encik Syafiq kepada anak bongsunya itu. 

Selepas menarik nafas dalam-dalam Allisya pun memberitahu apa kehendaknya. “Papa, Allisya mahu masuk pertandingan persembahan cerita dongeng. Allisya mahu lakonkan cerita Cinderella, boleh tidak?” Di hujung ayatnya itu terdapat nada suara yang manja. 

“Apa salahnya, Allisya boleh masuk. But do the best!” kata Encik Syafiq bersemangat. Allisya terlompat-lompat keriangan kerana dia berasa amat gembira.

*****

“Allisya, awak sudah siap salin nota yang Cikgu Siti suruh kita salin?” tanya Amy kepada Allisya, tetapi soalannya itu tidak diendahkan oleh Allisya kerana fikiran Allisya sudah melayang dengan jiwa fantasinya itu. 

Amy ialah kawan baik Allisya walaupun Allisya suka berangan, tetapi dia sudah ‘masak’ dengan perangai kawan baiknya itu. Tiba-tiba Zila yang tadinya ke kantin masuk ke kelas dengan senyuman lebar kerana dia sudah kenyang. Dia ternampak Allisya yang sedang berangan itu, tetapi dia tidak bertanya Amy mengapa Allisya jadi begitu kerana dia juga sudah ‘masak’ dengan sikap Allisya itu. 

“Awak sudah siap salin nota yang Cikgu Siti beri?” Sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada Zila. 

“Sudah, awak pula?” Tidak sempat Zila  menjawab, Allisya sudah memotong. “Sedar pun kawan kita ini. Ingatkan sudah tidak boleh sedar. Jauh sangat  awak berangan,” kata Amy dengan nada mengejek. 

“Hmmm,” Zila mengeluh dengan ejekan Amy itu.

*****

“Hai,” sepatah Amy menyapa Allisya yang baru sahaja mengambil borang persembahan cerita dongeng di pejabat. 

“Hai,” sepatah juga yang dijawab oleh Allisya.

“Awak ambil borang apa?” tanya Amy yang sedang mencari sesuatu di dalam begnya. 

“Saya mahu ambil borang untuk persembahan cerita dongeng. Saya mahu lakonkan cerita Cinderella kerana itu adalah impian saya!” kata Allisya bersemangat. Tiba-tiba Allisya berasa seperti di dunia kayangan. 

“Allisya, Allisya?” kejut Amy yang sudah naik bosan dengan hobi kawan baiknya itu. Akhirnya Allisya pun terbangun daripada keseronokan dunia kayangannya. 

“Itu bukan impian, tetapi angan-angan,” kata Amy dengan nada mengejek. 

“Biarlah, impian atau angan-angan. Sibuk sahaja awak ini. Saya mahu minta tolong sesuatu boleh tak?” tanya Allisya sambil membuat muka manja. 

“Awak mahu saya tolong apa?” tanya Amy yang berasa pelik kerana tiba-tiba sahaja Allisya meminta pertolongan daripadanya. 

“Awak pandai menjahit? Saya mahu awak tolong jahitkan baju gaun untuk persembahan itu nanti. Saya mahu yang ada labuci, kilauan, dan baju gaun yang paling cantik. Tetapi, tidak mahu yang seksi dan jarang,” pinta Allisya sambil berangan dia sedang memakai baju yang berkilau dan menjadi perhatian ramai. 

“Boleh. Bukan susah pun. Awak mahu baju itu bila?” soal Amy. 

“Persembahan itu mula hari Selasa, jadi awak beri baju itu pada saya hari Isnin atau Ahad. Nanti saya bayar, ya…,” kata Allisya sambil menunjukkan tanda ‘0’ kepada Amy yang menandakan okey.

*****

    Hari Selasa pun bermula. Dia melakonkan babak pertama dengan bagus sekali. Seperti dalam cerita Cinderella, ibu tiri Cinderella akan mengarahkan Cinderella membuat pelbagai kerja dan kakak-kakak tirinya akan mengacau kerja-kerja Cinderella. Babak kedua pula Cinderella akan terdengar ibu dan kakak tirinya mahu pergi ke majlis tari- menari di istana. Babak ketiga pula Cinderella akan menangis kerana tidak dapat mengikut pergi ke majlis tari-menari dan akan terjumpa seorang ibu pari-pari, dan sehingga ke pengakhiran cerita. 

Allisya melakukan lakonan itu dengan baik sekali. Semasa menari, Allisya menari dengan tarian yang dia latihkan. Tariannya amat bagus dan memukau semua penonton dan para juri. Allisya menari dengan Afiq yang kononnya putera raja. 

Afiq adalah seorang diminati ramai kerana rupa parasnya yang kacak. Allisya yang cantik digilai ramai lelaki. Boleh dikatakan memang sepadan. Handsome and beautiful. Selepas drama itu tamat, ramai yang yang mencampakkan hadiah dan bunga-bungaan kepada Allisya dan Afiq kerana lakonannya yang teramat bagus. Pipi Allisya dan Afiq suda bertukar merah kerana  dipuji. Akhirnya impian Allisya tercapai dan keluarganya akan selalu menyokongnya, tetapi bukan sokong untuk berangan, ya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: