Certot

Aliyah di Alam Fantasia

Hasil nukilan Nurzulaikha Zahra 3 years agoFantasi 49

“Ummi, makanan saya sudah siap?” kata Aliyah. 

“Sudah siap. Ummi dan ayah hendak pergi ke rumah Mak Cik Salmah sebentar. Aliyah jaga diri baik-baik ya. Kalau ada orang yang tidak dikenali datang, jangan buka pintu,” pesan Puan Norliza. 

“Baik, ummi. Assalamualaikum, ummi,” kedengaran suara Aliyah menjerit dari dalam rumah.

“Waalaikumussalam, Aliyah,” balas Puan Norliza.

      Setelah penat mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah, Aliyah bermain permainan Fairy Wonderland di telefon bimbitnya yang berwarna ungu muda. Sambil itu, Aliyah memakan keropok Mimi.

“Lambatnya ummi ini, cakap sekejap saja tapi ini sudah lebih satu jam ini. Mesti bersembang saja dari tadi,” kata Aliyah seorang diri.

Tiba-tiba….

      Aliyah disedut masuk ke dalam telefon bimbitnya itu. Aliyah tidak dapat membuka matanya dek kerana silauan cahaya itu. Apabila Aliyah membuka semula matanya, Aliyah terkejut kerana dia berada di alam yang lain.

    “Aduh, silaunya mata saya! Di mana saya sekarang ini?” kata Aliyah. Aliyah meninjau-ninjau keadaan di sekelilingnya. Aliyah seperti hendak menangis disitu kerana ketakutan.

    Aliyah ternampak seorang lelaki sedang berlari dengan sepantas kilat. “Assalamualaikum, boleh tak tolong saya keluar dari alam ini.Saya terperangkap kat alam ini,” kata Aliyah. 

“Waalaikumusalam, saya akan tolong awak. Jomlah ke istana. Awak boleh tanya kepada Raja Fantasia. Nama awak siapa? Saya Amir,” kata Amir. 

“Nama saya Aliyah. Jomlah pergi ke istana,” kata Aliyah tersipu malu.

      Aliyah hanya mengekori Amir untuk menuju ke Istana Raja Fantasia. 

“Kita sudah sampai!” kata Amir.

Kelihatan dua orang pengawal istana yang gagah berdiri tegak di depan pagar utama itu. 

“Kami mahu menghadap Raja Fantasia,” kata Aliyah.Aliyah pun masuk ke dalam istana dengan perasaan yang berdebar-debar.

    “Ampunkan patik, Tuanku. Tujuan patik ke sini adalah patik mahu pulang semula ke dunia asal patik, Tuanku,” kata Aliyah sambil tunduk hormat kepada Raja Fantasia. 

“Selamat datang ke Fairy Wonderland ini. Jika kamu hendak pulang, kamu perlu menyelesaikan misi ini. Jika kamu gagal,kamu akan tinggal di Fairy Wonderland selama-lamanya,” kata Raja Butterfly Fairy dengan suara garaunya. 

“Apakah misinya, Tuanku,” kata Amir. 

“Kamu mestilah menyelamatkan Pari-Pari Amanda dan Puteri Melinda yang di sembunyikan Tuan Mizali,” kata Raja Fantasia. 

“Baiklah, Tuanku,” kata Aliyah dan Amir serentak.

***************

    Setelah jauh mereka ke dalam hutan, mereka terdengar suara kecil meminta tolong. Mereka pun meneliti dari mana suara itu datang. 

“Awak dengar apa yang saya dengar?” kata Aliyah. 

“Dengar, mungkin itu Pari-Pari Amanda meminta tolong,” kata Amir yang sedang teliti mendengar suara itu. 

“Saya rasa suara itu datang dari belakang pokok itu!” teka Amir. Mereka pun pergi ke pokok yang besar.

    “Aliyah, Pari-Pari Amanda ada di sini!” kata Amir yang memanggil Aliyah. 

“Yalah.Pari-Pari Amanda tidak apa-apa?” tanya Aliyah. 

“Siapa kamu berdua?” tanya Pari-Pari Amanda. 

“Saya Aliyah dan ini kawan saya, Amir.Saya terperangkap di sini, jadi saya perlu menyelesaikan misi menyelamatkan awak dan Puteri Melinda,” terang Aliyah. 

“Awak tahu dimana Puteri Melinda?” tanya Aliyah.

“Saya rasa Puteri Melinda ada di….” Belum sempat Pari-Pari Amanda menghabiskan kata-katanya, mereka terdengar satu jeritang meminta tolong.

    “Tolong! Tolong saya! Saya diculik! Tolong!” jerit Puteri Melinda. 

“Tiada siapa di sini hendak menolong kamu. Hanya saya dan kamu sahaja disini. Hahahahaha!” kata Tuan Mizali dengan ketawa besarnya itu. Puteri Melinda menangis teresak-esak kerana bimbang Tuan Mizali mencederakannya.

    “Lepaskan Puteri Melinda! Jangan cederakan dia!” jerit Aliyah. 

“Ka… kamu berdua siapa? Macam mana Pari-Pari Amanda boleh keluar?” kata Tuan Mizali tergagap-gagap.

“Yang penting sekarang, lepaskan Puteri Melinda!” kata Aliyah.

“Ambil ini!” Amir menaburkan serbuk emas dengan sekuat hati kepada Tuan Mizali.

“Aduh, mata saya!” jerit Tuan Mizali kerana matanya pedih. Aliyah segera memasukkan Tuan Mizali ke dalam bingkai gambar.

*************

    “Terima kasih kerana menolong kami semua menyelamatkan Puteri Melinda dan Pari-Pari Amanda. Awak boleh pulang ke tempat asal awak,” kata Raja Fantasia dengan senyuman lebarnya.

    Tiba-tiba ada seseorang menggoyangkan bahu Aliyah. Aliyah pun terbangun daripada mimpi itu.

“Aliyah di mana ini? Aliyah kat Fairy Wonderland, kan?” kata Aliyah kebingungan.

“Eh, cepat bangun Aliyah. Sudah masuk waktu solat maghrib ini,” kata Puan Norliza. 

“Oh, Aliyah mimpi rupanya. Hehehehe,” kata Aliyah malu kerana hanya mimpi.

                                                                   

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: