Certot

Alam Fantasia

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoFantasi

Saat aku membuka mata, aku bagaikan pening melihat cahaya yang amat terang itu. Aku sebenarnya koma hampir dua minggu. Aku bangun dari situ. Aku melihat pintu itu lalu membukanya. Apabila aku membuka pintu itu tersebut, aku sebenarnya masih belum sedar daripada koma. Aku melihat makhluk yang seperti zaman penjajahan dahulu sedang berjalan di situ. Lalu aku melihat seorang lelaki yang menyarupai ayahku memanggilku. 

“Kamu siapa? Mengapa awak panggil saya datang ke sini?” Aku bertanya dengan lelaki itu yang sedang tersenyum. 

“Anakku, kamu lupa saya ayah kamu sendiri?” tanya lelaki itu.

“Betullah, memang ayah berada di sini.” Baru aku tahu yang ayahku telahpun meninggal dunia kerana kemalangan di jalan raya.

“Ayah, kita berada di mana sekarang ini?” Aku pula pelik dengan alam yang penuh dengan kegelapan .

“Sekarang di berada di Alam Fantasia,” jelas ayahku. “Mari kita pergi ke sana,” pelawa ayahku.

Apabila sahaja aku ke sana aku melihat pak cik, Mak Teh sedang duduk di situ. Aku pelik lantas bertanya kepada ayahku.

“Ayah, mengapa tempat ini nampak berbeza dengan bumi.” Aku agak musykil dengan tempat itu.

“Kamu benar-benar mahu balik ke bumi?” 

“Ya.”

Tiba -tiba sahaja aku dipengsankan. Apabila aku bangun sahaja dilihat aku berada di Hospital. Ibuku dan adikku menangis tanda syukur. Aku juga mengeluarkan air mata. Aku sebenarnya sesal separuh nyawa tadi. Mengapalah aku pergi dahulu sebelum memberi salam dengan ayah. Tetapi, aku mengerti bahawa Allah memberikan aku peluang untuk berjumpa dengan ayah.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: