Certot

Aku Wira Sekolah!

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSukan 20

Sekarang sudah tiga gol dari kumpulan SuperFC. Khairul mengeluh. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia tidak mahir bermain bola sepak lagi. 

‘Pemenangnya adalah Super FC!’ kata pengadil. 

Hari ini adalah perlawanan bola sepak antara Super FC dan Wira FC.

Di dalam bilik persalinan. 

“Khairul! Kau ni memang tak layak jadi ketua kumpulan! Prestasi kau memang sangat teruk! Kenapalah Cikgu pilih kau jadi kapten?” kata Amir tiba-tiba sahaja dan menarik kolar baju Khairul. 

“Amir! Sabar!” kata Ariff bagi menenangkan keadaan sekeliling. 

“Kalau kau fikir aku ni lembap, baik kau cermin diri kau dulu!” balas Khairul. Di sudut hatinya memang ada perasaan kesal dan kecewa.

*****

“Cikgu harapkan kamu, Khairul. Kebelakangan ini kenapa kamu sudah tidak mahir dalam bola sepak? Sebelum ini cikgu nampak kamu cergas sangat. Apa sudah jadi sekarang? Macam mana kamu nak jadi wira sekolah? Perlawanan akhir dah nak dekat. Cikgu letakkan harapan yang tinggi pada kamu,” Kkata Cikgu Ahamad.

“Saya minta maaf. Saya akan cuba sedaya upaya,” jawab Khairul.

*****

Khairul pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan kecewa. Dalam perjalanan dia terserempak dengan Aafiya .Gadis yang cantik dan baik hati orangnya.

“Assalamualaikum, Khairul! Kenapa muka awak muram sahaja?” tanya Aafiya.

“Waalaikummusalam, Fiya. Saya tak ada apa-apa,” balas Khairul. Sebenarnya dia menyukai Aafiya.Sebab itulah dia tidak boleh fokuskan bola sepak!

“Saya dengar awak bergaduh dengan Amir. Sebab apa?“tanya Aafiya.

“Umm… sebenarnya macam ni….” Khairul menceritakan segala yang berlaku sebentar tadi. Aafiya fokus mendengar.

“Kekalahan bukan satu kegagalan. Awak perlu cuba lagi Saya percayakan awak!” 

Mendengar kata-kata semangat itu, Khairul kembali tersenyum dan yakin. 

“Terima kasih sebab bagi nasihat dan sokongan. Saya harap awak datang pertandingan bola sepak pusingan akhir minggu depan,” kata Khairul berharap. 

“Pasti dong,” jawab Aafiya ala Indonesia.

*****

Waktu pulang dari sekolah Khairul masih hendak berada di sekolah. Dia menukar pakaian sukan. Hari ini dia bercadang untuk berlatih. Pertandingan sudah hendak dekat. 

Goal! 1 gol masuk. Dua gol. Tiga gol… dan dia berjaya hingga 10 gol! Aafiya yang sedang memerhati berasa bangga melihat Khairul.

*****

Satu hari sebelum perlawanan….

“Cikgu, kenapa cikgu tak tukar kapten kumpulan kita?” ujar Amir tidak puas hati.

“Amir, perlawanan dah dekat. Tak kira walau bagaimanapun, Khairul tetap kapten kumpulan Wira FC. 

Khairul tersenyum. “Semua orang! kalau kita kalah atau saya gagal dalam perlawanan esok, saya janji saya akan bertanggungjawab atas semuanya,” ucap Khairul dengan yakin. Dia yakin dia boleh lakukan. 

Amir menjeling. “Tak mungkin!”

*****

Keesokkan harinya….

Aafiya juga datang untuk memberi Khairul sokongan.

Perlawanan bermula! Sorakan dari penyokong Wira FC dan Super FC semakin kuat. Riuh satu padang. 

“Khairul, saya datang sokong awak!” jerit Aafiya. 

Ucapan itu didengari oleh Khairul, dengan pantas dia merebut bola. 

‘Aafiya memberikan saya sokonganlah! Aku kena lakukan. Aku wira srkolah!’ bicara Khairul  dalam hati.

Gol! Gol dari Wira FC. Dua gol… tiga gol… dan empat gol! 

Khairul terkejut. Semua gol dia yang jaringkan.

Semua orang turut gembira. Amir dan Ariff kaget! Amir berasa terharu dan seba salah.

“Pemenang pusingan akhir antara Wira FC dan Super FC adalah… Wira DCPEMENANG!”

Semua orang bersorak gembira.

“Khairul! Khairul! Khairul” Nama Khairul disorak berkali-kali.

Amir mendekati Khairul. “Khairul… aku….” Tidak sempat Amir menghabiskan ayatnya, Khairul memotong. “Tak payah minta maaf… tak pa… aku maafkan kau dari dulu lagi.” Khairul tersenyum. 

“Terima kasih… ka… kawan,“ucap Amir. 

“Aku wira sekolah!” jerit Khairul.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: