Certot

MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

Hasil nukilan Khairunnisa Maisarah about 3 years agoSukan 14

Nama saya Khairunnisa Maisarah atau lebih dikenali dengan sarah. Umur saya 11 tahun. Saya sekolah di Sk Bandar Tasik Puteri 1.

Permulaan cerita saya bergini. Saya sangat berbakat dalam acara lompat tinggi. Saya mengharumkan nama sekolah dengan berkat usaha saya. Bermula dari tahun empat hingga sekarang saya mencuba, cuba, dan cuba. Akhirnya, saya telah berjaya mengharumkan nama sekolah saya. 

Saya berasa gembira, gembira, dan gembira kerana berkat usaha dan doa, saya mendapat tempat ketiga dalam acara lompat tinggi pada peringkat negeri. Selepas ini, saya akan berusaha untuk mencapai lebih daripada itu. Mungkin ke peringkat antarabangsa atau lebih. Saya akan ambil sukan-sukan yang lain seperti badminton, bola jaring, acara larian, lompat jauh, dan sebagainya.

Saya juga hebat dalam sukan badminton, tetapi saya malu untuk tunjukkan bakat saya. Mungkin saya boleh tunjukkan bakat saya semasa ada pemilihan di sekolah nanti. Walaupun saya sibuk tentang sukan, saya tak lupakan pelajaran. Orang kata, bila kita aktif bersukan, otak kita cerdas. Bila saya fikirkan, betul juga kata mereka. Saya harap mereka yang di luar sana dapat menunjukkan bakat tersendiri. Jangan asyik duduk dalam rumah. Sentiasa tunjukkan bakat anda. Saya akan terus berusaha dan berdoa untuk capai kejayaan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: