Certot

Aku Mahu Kucing Parsi!

Hasil nukilan Aneesa Mawar 3 years agoKembara 85

Bab 1:  Kucingku

Kring! Bunyi jam Nisa. 

“Alamak! Dah lambat!” kata Nisa terkejut. 

Jamnya menunjukkan sudah pukul 6 pagi. Kelam-kabut dia menyiapkan dirinya untuk ke sekolah. 

Ton! Ton!

Nisa terus berlari menaiki van dengan kasut sekolah di tangannya. 

Apabila dia sampai ke kelasnya. “Nisa kenapa kamu lambat datang ke kelas?” kata Cikgu Aliya dengan muka yang marah.

“Maafkan saya cikgu! Saya bangun lambat,” kata Nisa dengan nada sedih. 

“Tak mengapa, cikgu maafkan kamu. Sila duduk di tempat kamu,” sambung cikgunya.

Waktu persekolahan pun tamat. Mereka pun pulang ke rumah rumah masing-masing. 

“Anakku, bagus tak hari pertama sekolah?” kata ibunya. 

“Bagus, lagi bagus kalau saya tak bangun lambat…,” sambung Nisa. 

“Maafkan ibu ye,ibu lupa mahu mengejut kamu ke sekolah.” kata ibunya. 

“Tak mengapa, ibu. Nasib baik Cikgu Aliya tak denda Nisa. Kalau tak malu Nisa dengan kawan kawan Nisa,” kata Nisa. 

Apabila sampai dirumah, Nisa terus berlari ke dalam rumah dan memeluk kucingnya, Meow. 

“Meow lapar ke? Kalau lapar! Nanti Nisa buatkan makanan untuk Meow,” kata Nisa. 

Ibunya hanya tertawa kecil melihat karenah anak kecilnya. Nisa memang penyanyang dengan kucing, lagi-lagi kucing idamannya iaitu kucing parsi.

Keesokan harinya, Nisa mendapat tahu bahawa neneknya telah jatuh sakit. Disebabkan itu, Nisa terpaksa tinggal di rumahnya berseorangan sehinggalah ibunya pulang dari kampung. 

“Baiklah Nisa ini dia kerja yang kamu perlu buat sehiggalah ibu pulang ye. Ibu akan pulang minggu hadapan,” kata ibunya. 

“Baiklah ibu!” sambung Nisa. 

“Selamat tinggal ye Nisa!” kata ibunya melambai nya dari jauh. Nisa pun melambai ibunya. Selepas bayangan kereta ibunya hilang, dia terus melihat kertas yang diberikan ibunya tadi.   

*Cuti sekolah:

- Ambil makana dari jiran sebelah.

- Bersihkan rumah.

- Belajar.

- Solat.

- Beri makan kucing .                                                                                         

*Sekolah :

- Ambil makanan dari jiran sebelah.

- Bersihkan rumah.

- Belajar.

- Solat.

- Beri makan kucing.

“Banyak juga kerja yang perlu saya buat,” kata Nisa sambil mengeluh.   

Pada hari persekolahan, Nisa datang ke sekolah dengan gembira. 

“Hai Nisa!” jerit Era dan Dina serentak. 

Era ialah seorang gadis yang comel dan tembam. Dia seorang gadis yang bijak. Walaupun dia bijak, dia tidak pernah kedekut ilmu. Dina pula seorang gadis yang aktif dalam bidang melukis. Selain melukis,dia juga mempunyai suara yang merdu. Mereka berdua ialah kawan baik Nisa.

 “Awak berdua nak datang rumah saya pada pukul dua?” kata Nisa. 

“Boleh! Kita boleh belajar bersama sama!” kata Era. Dina pun mengangguk. Mereka bertiga pun masuk ke kelas masing masing. 

Akhirnya tamat juga waktu persekolahan.

“Pak Abu, boleh tak saya naik van Pak Abu?” kata Nisa. 

“Boleh, kamu boleh menaiki kenderaan saya kerana ibu kamu telah menyuruh saya mengambil kamu dari sekolah,” sambung Pak Abu. 

Itulah pak cik yang selalu mengambil Nisa untuk ke sekolah. Walaupun dia gemuk, dia digilai oleh ramai wanita kerana ahlaknya. Nisa pun menaiki van itu. Apabila sampai dirumahnya, Nisa pun turun dari van itu dan berterima kasih kepada Pak Abu. Selepas van itu berlalu pergi, Nisa terus ke rumah jirannya iaitu Kak  Cik. 

“Assalammualaikum Kak Cik, boleh tak saya ambil makanan yang ibu saya suruh Kak Cik masakkan?” kata Nisa. 

“Waalaikummussalam, boleh. Makanan itu sudah siap. Tunggu sebentar ye, kakak tolong ambilkan,” sambung Kak Cik.

 Kak Cik ialah seorang remaja yang sangat jelita, mengalahkan Elizabeth Tan. Suara dia begitu merdu! Kak Cik pun menghulurkan makanan itu kepada Nisa. 

Sampai sahaja dirumah, Nisa terus makan makanan itu. 

“Assalamualaikum. Nisa oh nisa!” jerit Era dan Dina di hadapan pintu rumah Nisa. 

Nisa pun mengajak mereka masuk. “Kita nak belajar subjek ape?” kata Nisa dan Dina. 

“Kita belajar subjek yang penting sahaja,” kata Era. Mereka pun belajar.


Bab 2: Pet Cafe!

Pada cuti sekolah, selain belajar, Nisa juga suka bermain telefonnya. Dia membuka laman sosial dan lain lain lagi. Satu hari, sewaktu dia membuka Facebooknya.                                                       Pet Cafe: Di sini pelbagai jenis kucing dijual! Selain membeli, anda boleh juga makan seperti di restorang. Cari kami di Pulau Pinang.        

“Hah, Pet Cafe! Ibu, boleh tak saya pergi ke sini?” kata Nisa dengan nada yang gembira. 

“Boleh sayang, tetapi tempat ini begitu jauh. Ibu tidak boleh pergi sejauh ini,” kata ibunya. Nisa terus menjadi sedih dengan kata ibunya ibu. 

“Baik, hah ibu ade satu hadiah untuk kamu! Esok kamu bersiap dan kita pergi ke sana ye,” sambung ibunya. Nisa pun tersenyum dan tertawa kecil.

Keesokan harinya, ibunya menyuruh dia untuk bersiap untuk pergi ke suatu tempat yang dirahsiakan ibunya. Apabila sampai sahaja ditempat itu, Nisa pun ternganga dan berkata, “Hah! Pet  cafe!” jerit Nisa. 

Dia pun memasuki ke kedai itu dengan penuh gembira. Dia tertarik dengan seekor kucing parsi yang berwarna oren, putih, dan hitam. Dia menyuruh ibunya membeli tetapi ianya sangat mahal. Akibat itu, ibunya berkata kepadanya supaya mengumpul duit untuk membeli kucing itu. Adakah dia akan berjaya untuk mendapatkan kucing parsi itu?


Bab 3: Aku mahu kucing parsi!

 Selepas balik dari  Pet Cafe, Nisa terdiam dan terfikir cara untuk membeli kucing parsi itu. Dia meminta ibunya memberi cadangan. 

“Apa kata kamu kumpul duit dengan menolong orang sekeliling. Pada mulanya dia menolong Mak Cik Kekta, Mak Cik Kekta menjal cupcake yang sedap. Upahnya lumayan! Tetapi, sejak Mak Cik Kekta popular dengan keknya. Dia mula berpindah ke tempat lain.

Setelah mak cik itu berpindah, dia mula menolong pak udanya. Tiap-tiap hujung minggu dia berjalan kaki ke rumah pak udanya, pelbagai kerja dia telah buat,tolong mak uda berniaga. Mengangkat barang barang, berniaga, dan lain lain lagi. Akibat itu, ibunya kesian kepada anaknya. 

Ibu berkata, “Nisa, tak perlu kamu besusah payah. Mari ibu tolong kamu buat perniagaan!”

“Apa kata kita buat perniagaan kek, kawan-kawan Nisa suka kek, lagi-lagi harganya berpatutan serta sedap!” sambung Nisa. 

Ibunya mengangguk dan tersenyum melihat anaknya yang begitu gembira untuk mendapatkan kucing parsi itu.

Nisa dan ibunya mula belajar membuat kek dan hasilnya agak teruk, tetapi lama-kelamaan kek itu menjadi satu kek yang sedap.

Ramai kawan Nisa membeli kek yang dijual. Lama-kelamaan duit itu pun telah mencukupi.

 Seminggu berlalu, Nisa dan ibunya pergi ke kedai untuk membeli barang barang runcit. Apabila dia dan ibunya sampai ke rumahnya, ramai orang berkumpul di luar rumahnya. 

“Kenapa ni?” kata ibunya yang cemas apabila ternampak polis di luar rumah itu. 

“Ada rompakan di rumah acik, itu sebab saya panggil polis. Saya takde nombor acik, jadi saya menelefon polis dengan segera tanpa pengetahuan acik!” kata Kak Cik. 

“Apa? Rompakan? Barang apakah yang perompak itu curi?” kata Nisa. 

“Dia hanya sempat mencuri duit yang berharga RM1000 dan terus melarikan diri,” kata Kak Cik. 

“Hah! Se…se… seribu ringgit!” ternganga Nisa dengan kata jirannya itu. Dia telah bersusah payah untuk mengumpul duit dan inilah hasilnya. Akibat kemalangan itu, dia terpaksa menolong mak uda dan pak udanya semula. 

Selepas bertungkus-lumus, dia telah mendapat duit yang dia mahukan.

Bab 4: Kehilangan Meow!

Pada hujung minggu, mak uda mengajak Nisa dan ibunya untuk pergi bercuti di Langkawi. 

“Uda cuma nak ajak adik dan Nisa pergi bercuti bersama sama sebagai hadiah Nisa tolong saya untuk berniaga.”

“Eh ,tak….” Belum ibu Nisa menghabiskan ayatnya Nisa mula menyampuk, “Eh! Ibu mari kita pergi! Sekali-sekala kita pergilah jauh sikit. Lagipun ini hadiah Nisa sebab tolong mak uda dan pak uda!” kata Nisa. Ibunya pun terpaksa mengikut kemahuan anaknya.   

Nisa pun berjumpa dengan Kak Cik untuk menjaga Meow. 

Selepas dua hari berlalu, Nisa terdengar bunyi telefonnya. Nisa pun mengankat telefonnya dan menjawab panggilan itu, 

Nisa: Hello? Siapa ni?                                         

Nana: Hello, ini Nana.

Nisa: Oh hai Nana! Kenapa telefon saya ni?

Nana: Oh, saya nak ajak awak datang ke rumah saya, di Langkawi.

Nisa: Memandangkan saya di Langkawi, boleh saya datang rumah awak. Di mana rumah awak?

Nana: No. 12 Jalan Rossery. Rumah saya berwarna merah jambu dan biru.

Nisa: Jumpa awak nanti ye.

Selepas Nisa meletak telefonnya, dia meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke rumah Nana. 

“Ibu, bolehkah ibu menghantar saya ke rumah Nana?” kata Nisa. 

“Boleh, kamu tunjukkan jalannya ye,” sambung ibunya. Nisa mengangguk.

Apabila sampai sahaja di rumah Nana ,Nisa terus turun dari basikalnya dan melambai ibunya yang telah pergi jauh dari Nisa. Nisa terus berlari ke rumah Nana. 

“Assalammualaikum Nana!” kata Nisa. 

Nana pun menjawab salamnya. Nana ialah seorang gadis pendek dan comel serta kaya! Walaupun dia kaya dia tidak pernah angkuh. Nisa pun bertanya dia tentang sekolah barunya,dan mereka pun berbual bual sehinggalah ibunya mengambilnya pulang.

Seminggu berlalu, apabila Nisa balik ke rumahnya, dia melihat Meow berlumuran darah di hadapan rumahnya. Dia menangis teresak-esak dan bertanya kepada Kak Cik. 

“Ke… ke… kenapa dengan Meow, kakak?” kata Nisa dengan air matanya laju menurun.

Ade pembuli di tempat perjiranan itu yang suka menyeksa kucing. Nama dia ialah Tom. Dia berasal dari luar negara dan berpindah ke tempat perjiranan mereka. Dia telah mengambil Meow dan menyeksanya hingga jadi begitu.

Sejak kejadian itu, keluarga Tom telah berpindah ke negara asalnya kerana sifat Tom yang  melampau. Nisa berjanji akan membalas budi Meow dengan mencari pengganti Meow.


Bab 5: Budak Diva membuli Nisa?

Macam biasa, pada waktu pagi Nisa akan pergi ke sekolahnya. Tersebar suatu gosip tentang budak kaya dari Sekolah Seri Berlian. Sekolah itu hanya untuk anak anak orang kaya. Sekolah ini hanya yang mampu sahaja akan tinggal di sekolah itu. 

“Kenapa ni Era?” kata Nisa dengan kebingungan.

 “Ade budak baru yang baru berpindah di sekolah ini dan dia akan tinggal di kelas awak Nisa! Mungkin awak boleh berkenalan dengan dia!” kata Era. 

“Wah budak baru, harap harap dia akan biasa dengan sekolah kami yang serba biasa ni,” kata Nisa sambil tertawa kecil. Mereka pun masuk ke kelas masing masing.

“Assaalamualaikum semua!” kata Cikgu Aliya.

 “Waalaikumussalam, Cikgu Aliya!” jawab semua murid di kelas itu. 

“Baiklah, kita ada murid baru! Sila memperkenalkan diri kamu,” kata Cikgu Aliya. 

“Nama saya Tengku Dania binti Dato’ Abdulla panggil saya Dania, Kuala Lumpur. Saya dari Sekolah Seri Berlian dan berpindah ke Sekolah Seri Selalu ini,” kata budak baru itu dengan sombong.  

Semua orang terdiam dengan perangai budak itu. “Ermm, baiklah kamu duduk di sebelah Nisa,” kata Cikgu Aliya. 

“Hai Dania, mari sini!” jerit Nisa yang tidak perasan bahawa Dania sudah ade niat jahat kepada Nisa. Di kelasnya, Nisalah yang paling disukai ramai kerana rupa dan ahlaknya. Akibat itu Dania mula iri hati dengan Nisa.

Kring! 

Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat. “Nisa, boleh tolong saya ambilkan milo ais dua!” jerit Dania. 

Nisa terdiam, dan berasa pelik dengan Dania. Dia pun mengangguk dan terus beratur. Apabila Nisa sudah membelinya, Nisa memberikannya kepada Dania. Dania sengaja menumpahkan air milo itu diatas baju Nisa. 

“Opss… sorry ye,” kata Dania sambil ketawa. Nisa pun membersihkan bajunya dan tersenyum dengan perbuatan Dania. 

Sewaktu dia beratur nak memasuki kelas,dia menolak Nisa sehingga Nisa terjatuh ,dia pun ketawakan Nisa dengan sekuat hatinya. 

Lama-kelamaan, Nisa menjadi mangsa buli kepada Dania. Tiap tiap hari Nisa tercedera dengan perbuatan dia. 

“Sudah-sudahlah tu, Nisa. Kamu sudah melampau. Jom! Kita beritahu guru disiplin!” kata Era dengan tak puas hati.

 Dina menganguk tanda setuju. “Tak mengapa, biarkan saja. Dia akan berhenti nanti,” kata Nisa dengan lemah.

Sewaktu Nisa naik ke kelasnya, Dania mengambil seekor kucing yang dibela oleh guru besar dan menyeksanya. 

“Ya allah! Dania! Kamu sudah melampau atas perbuatan kamu!” jerit Nisa. 

Dania hanya ketawa dan menyepak kucing itu ke tepi. Menjerit kucing itu akibat disepak Dania. Akibat geram, Nisa berlari dan terus menceritan segalanya kepada cikgu displin.

Dania telah digantung sekolah selama seminggu.

Seminggu berlalu, ramai orang sudah tidak suka berkawan dengan Dania. Suatu hari, Nisa membawa duit untuk dia makan di sekolah. 

Akibat geram Dania, dia terus berlari ke arah Nisa dan mencuri duit itu. Nisa ternganga dan menjerit meminta tolong, tetapi mulut dia sudap ditutupi oleh Dania. Nisa pun menjerit sekuat hati sehingga ternampaklah kelibat cikgu disiplin di situ.

Dania telah dijatuhkan hukuman buang sekolah kerana membuli Nisa dan menyeksa kucing yang dimiliki oleh guru besar.

P/S: Kawan kawan,jangan lah kamu iri hati pada kawan kamu ye! 


Bab 6: Kucing Siapa Ini?

Pada cuti sekolah, Nisa mahu pergi mengaji. Sewaktu dalam perjalanan mahu pergi mengaji dia ternampak seekor kucing berwarna oren. 

“Eh,kucinglah! Badan dia berlumuran dengan kotoran…,” kata Nisa. Dia pun membawa balik kucing itu.

TRITT! TRIT!

Bunyi telefon NIsa. Lantas dia mengankat telefon itu dan menjawabnya.

Nisa: Hello?

Era: Hello, Nisa saya dan Dina mahu datang ke rumah kamu! Boleh?

Nisa: Boleh tiada masalah!!!!!!

Nisa pun meletak mtelefonnya dan memberitahu ibunya kawannya akan datang ke rumah dia.

“Assalamualaikum. Nisa oh Nisa,” kata Era dan Dina. 

Nisa pun menjawab salam itu dan mengalu alu kan mereka berdua. 

“Wah kucing baru!” kata Dina. 

“Oh,terima kasih. Kesian kucing ini saya jumpa lonceng ini! Bermakna dia mempunyai tuan!” sambung Nisa. 

“Apa kata kita mencari tuan kepada kucing ini!” kata Nisa. 

“Jom!” kata Era dan Dina.

Mereka pun pergi semula ke tempat dia berjumpa kucing itu. 

“Eh tengok! Ade sedikit baju oren yang sudah terkoyak di sini!” kata Nisa. 

“Cuba tengok! Kucing ini mesti tuannya kali terakhir memakai baju ini!” kata Dina. 

“Apa kata kita tanya mereka yang memakai baju oren ini semalam!” kata Era. Nisa menganguk. 

Puas dia mencari tuan kepada baju oren itu, tetapi malangnya tiada sesiapa tahu. 

“Nampaknya mungkin baju ini takde kena-mengena dengan kucing ini,” kata Era. Dina mengeluh. Mereka mencari petunjuk lain di tempat kejadian itu. 

“Hah! tengok ni, ade bekas makanan di sini!” kata Nisa. 

“Mungkin tuan punya kucing ini telah terjatuhkan ini dengan kucing ini di sini!” kata Dina. Nisa menganguk. 

Puas mereka cari tuan punya bekal itu, tetapi tidak jumpa juga tuan kepada kucing. “Mungkin bekal ini tidak ada kena-mengena dengan bekal ini,” kata Dina. Mereka bertiga mengeluh. Malangnya mereka semua mengalah.

Esok harinya tuan kepada kucing itu telah meminta kepada Nisa kucing itu. Tuan kepada kucing itu telah berterima kasih kepada Nisa.


Bab 7: Kucing Baru! 

“Ibu! Ibu!” jerit Nisa. 

“Ya, kenapa Nisa?” kata ibunya. 

Nisa memberitahu ibunya bahwa dia telah mencukupi duit untuk membeli kucing parsi itu. Ibunya mengangguk sambil tersenyum. Nisa pergi ke sekolah. 

Kring!

Waktu rehat pun bermula. 

“Hai Era dan Dina!” kata Nisa. 

“Hai Nisa!” kata mereka serentak. 

“Awak berdua nak tahu berita gembira tak?” sambung Nisa. 

“Nak! Apa dia?” kata Dina yang begitu gembira. 

“Saya akan beli kucing parsi yang comel!” jerit Nisa dengan suara diva.

 Dina pun terkinja-kinja gembira. Era berkata dengan muka selamba, “Alah, setakat kucing parsi.” 

Dina pun memukul Era dengan perlahan sambil menggeleng dan berkata, “Ish, itu minat dia. Saya suka kucing parsi dan teringin nak menyetuhnya,” kata Dina dengan mengada-ngada. Era menggeleng sambil tertawa kecil.

Pada waktu balik sekolah, Nisa lihat di dalam rumahnya tiada ibunya dan menelefon ibunya.    

Nisa: Hello? Ibu dimanakah ibu sekarang ni?

Ibu: Ibu ade kerja di sini. Ibu akan pulang minggu depan. Kamu kunci pintu ye dan ambil barang kamu serta tinggal di rumah jiran kamu.

Nisa: Okey ibu.

Seminggu berlalu, ibunya pun pulang. 

“Ibu, cepatlah sikit siap. Dah lambat. Kata nak beli kucing,” kata Nisa. 

Nisa dan ibunya pun menaiki kereta itu. Sampai sahaja di kedai itu,kedai itu telah ditutup kerana kekurangan pelanggan, Nisa terkejut dan rasa nak menangis. 

“Jangan lah kamu sedih ye, nanti ibu bawak kamu ke Cat Shop. Di tempat itu pun ada pelbagai kucing boleh dilihat,” kata ibunya. Nisa pun mengelap air matanya dan tersenyum.

Lama-kelamaan, pelbagai kedai haiwan telah ditutup atas pelbagai sebab. Kesian Nisa.

Berlalu lah sudah 1  bulan, tiba tiba terdengarlah bunyi telefon Nisa….

Nisa: Hello?

Nana: Hello! Nisa awak suka kucing?

Nisa: Suka. Kenapa?

Nana: Saya ada kucing parsi. Saya mahu jualnya! Awak mahu?

Nisa: Mahu! Berikanlah saya seekor!

Nana: Okey, tolong bagi alamat awak?

Nisa: No. 13 Jalan Mawar 45, boleh? 

Nana: Boleh, saya datang esok ye! Selamat tinggal!

Lantas Nisa letak dan melompat gembira. Dia memberitahu ibunya bahawa Nana akan memberi kucing kepadanya dengan begitu gembira. Ibunya tertawa kecil dengan gelagat anak kecilnya itu, Nisa.

Keesokan harinya, Nana datang dengan keretanya yang berkilat kilat dan turun dengan bajunya yang berwarna pink.

“Assalammualaikum Nisa,” kata Nana. 

“Waalaikummussalam Nana, mana kucingnya?!” kata Nisa. 

“Hehe, ini dia kucing itu. Bayarannya nanti awak bagi ye, selamat tinggal,” kata Nana sambil memegang seekor kucing parsi. 

“Selamat tinggal!” kata Nisa.

Nisa membelai kucing itu berkali-kali. 

“Anakku, apakah nama kucing parsi ini?” tanya ibu Nisa. 

“Saya namakan dia Pushicat!” kata Nisa dengan gembira….

                                                                          >TAMAT<




Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: