Certot

Aku mahu Jadi Terkenal

Hasil nukilan Princess Arabella2 years agoFiksyen 2

Kumpulan The Beauty Girls dianggotai oleh lima gadis yang cantik, kaya, bergaya, dan bertaraf VIP di Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka. Gadis-gadis itu ialah Haizatul Azween Hanny, Nisa Hanim, Shuhada Shairen, Saidah Soraya, dan Daniela Sofia. 

Ketua mereka semestinya Haizatul Azween Hanny atau nama panggilannya Izatul. Izatul seorang gadis yang tercantik, terkaya, terkenal, dan memiliki pengaruh yang kuat. Dia juga sering melancong keluar negara. Bapanya, Tan Sri Hamdan, tidak pernah melarang dirinya membuat sesuatu. Itu disebabkan Tan Sri Hamdan tidak pernah lekat di rumah.

      Puan Sri Lanfacure juga tidak pernah lekat di rumah. Izatul juga ditemani oleh empat pembantu rumahnya.

      “Izatul, saya mahu awak bersihkan kelas. Sekarang juga!” Izzati memberi arahan kepada Izatul. Namun, Izatul mengherdiknya.

“Awak fikir saya ini orang gaji awak? Awak ada tangan, bukan? Jadi, awak sahajalah yang bersihkan lantai ini, budak miskin!” Izatul tertawa sambil diikuti oleh murid-murid 5 Amanah.

      “Kurang ajar punya budak!” Izzati datang ke arah Izatul. Izatul menolak Izzati menggunakan kakinya. 

     

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: