Certot

Aku Mahu Jadi Star Girl

Hasil nukilan Hafni Wafaa 3 years agoFantasi 22

Nyna ialah seorang gadis yang sangat cantik, pandai, dan mahir melukis. Dia mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjadi seorang gadis berfesyen. Namun, Nyna masih bersekolah. Bagaimana dia hendak mencapai cita-citanya?

Di dewan Sekolah Nyna.

Guru besar: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mulai hari esok, jam 2.30 petang akan diadakan Pertandingan melukis Gadis Berfesyen. Hanya untuk murid tahun lima.Hadiah utama akan menjadi seorang Gadis Fesyen dan terima hadiah hamper. Untuk hadiah kedua akan mendapat RM400. Manakala, tempat ketiga pula akan mendapat 200 ringgit. Saya akan pilih empat orang yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Terima Kasih.

Dengan hati gembira, Nyna terus mengangkat tangannya sepantas kilat. Nyna memang mahir melukis, jadi dia memasuki Pertandingan ini.

KRING! KRING!  

Loceng tamat sesi persekolahan hari itu dibunyikan.

Nyna: Ibu, Nyna terpilih untuk menyertai Pertandingan melukis Gadis Berfesyen!

Ibu Nyna: Alhamdulillah, semoga berjaya anak kesayangan ibu ini.

Nyna: Terima kasih, ibu. Insyallah Nyna akan berusaha! 

Ibu Nyna: Amboi semangatnya.

Nyna: Mestilah. Ibu, sudah lewat malam. Selamat malam, ibu….

Ibu Nyna: Selamat malam juga.


Kesokan Harinya, di sekolah….

Nyna: Tepat pada masanya! Cikgu, boleh mula sekarang?

Guru besar: Boleh, sebelum tu ambil kertas ini dahulu.

Nyna: Okey.


Satu jam kemudian.

Guru besar: Berhenti, masa sudah tamat.

Semua murid meletakkan pensel.


Guru besar: Pemenang akan diumumkan sekarang.

Jantung Nyna rasa berdebar. Dup Dup Dup

Tempat Pertama ialah Nurul Azyraa Nyna Binti Mohd Aziraff! Sila ambil hadiah di depan!!\

Tepukan gemuruh untuk Nyna. Nyna tersenyum dengan senyuman yang manis.

Guru besar: Dijemput Nurul Azyraa Nyna Binti Mohd Aziraff untuk memberi sedikit ucapan.

Nyna: Assalamualaikum kepada kawan-kawan Nyna dan ibu Nyna. Terima kasih kerana memberi semangat kepada Nyna. Bagi yang tidak menang itu tidak mengapa. Terus berusaha lagi ya! Terima kasih.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: