Certot

Aku Mahu Jadi Selfiestar

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 64


Hai, namaku Maya Zahira dan juga dikenali sebagai Ugly Maya di laman sosial. Orang memanggil aku Ugly Maya kerana aku tidak mahir berselfie. Aku bukan seperti musuhku yang bernama Mia Khairin yang sangat mahir bidang selfie dan orang mengelarnya Pretty Girl. Dia sangat sombong dan angkuh.

Status di Facebooknya selalu mencecah ratusan like walaupun dia hanya tulis ‘Bosan :(’. Shayila Syakira dan Serra Afiqah Aleyna ada PA Mia. Mereka selalu setia terhadap Mia. Setiap hari Mia dan gengnya mesti ke Terranova untuk membeli-belah. Aku pernah terserempak dengan Mia semasa membeli kasut di kedai kasut Kappa.

Aku mahu belajar berselfie dengan BFF aku, Shahmimi. Dia gila selfie juga. Setelah hampir dua bulan setengah aku belajar berselfie, akhirnya nama Ugly Maya itu telah pudar sepenuhnya. Aku telah memecah rekod Mia dengan jumlah 3,258 like pada gambar selfie aku yang pertama! Sungguh tidak disangka.

Orang mula memanggilku Selfiestar. Mia pun ingin aku menjadi ketua kumpulan mereka. Sekarang, aku tidak lagi digelar Ugly Maya kerana aku dah jadi Maya Karina. Memang menyeronokan jadi selfiestar ni. Tetapi, aku tak pernah lupakan  jasa Shahmimi dan terus bersyukur.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: