Certot

Aku Mahu Jadi Selebriti

Hasil nukilan E_man AliFFa 2 years agoFiksyen 51

 Roqiah atau lebih dikenali sebagai Bedah Gosip yang memang obses dengan gosip. Setiap hari ada sahaja gosip yang panas membara dan hangat sampai hangit di Sekolah Kebangsaan Badak Berendam. Gosip paling hangat tentulah gosip kontroversi. Gosip yang berkaitan dengan artis sama ada dalam negara atau luar negara.

Dalam menyebarkan gosip, Roqiah juga pasti ada keinginan untuk menjadi artis! Tetapi Roqiah mahu jadi artis yang bebas kontroversi dan hanya ada gosip yang baik. Mahu jadi selebriti mestilah ada P.A, Personal Assistant.

          “Tetapi siapa yang layak jadi teman aku ya?” omel Roqiah sendirian. 

          “Ya! Alya adalah orang yang tepat! Dia bagus dalam penulisan! Pasti dia dapat menjadi teman aku yang setia sekali!” jerit Roqiah yang kegembiraan.

***** 

 “Hai Alya yang cantik. Nak tak jadi teman seperjuangan saya dalam membantu saya untuk mencapai cita-cita saya yang tinggi sangat ni?” bodek Roqiah. 

 “Tidak mahulah. Banyak lagi perkara yang saya nak buat dari melayan awak ni. Apa kata awak solat hajat supaya cita-cita awak yang tinggi sangat tu dapat dicapai. Okey, saya pergi dulu,” kata Alya.

“Amboi! Sombongnya!” jerit Roqiah kegeraman.          

Perjalanan Roqiah untuk mencapai cita-cita nya sangat mencabar. Pelbagai cabaran yang berliku-liku terpaksa dilaluinya. Namun ,Roqiah cepat berubah fikiran. Tidak sampai dua hari sudah tukar cita-cita.

“Baik aku jadi wartawan. Sesuai dengan aku ni.Ya! Itu memang pilihan yang tepat!”

 Itulah respon Roqiah. Belum apa-apa, sudah menyerah. Nampaknya, Roqiah ini bukanlah orang yang berketetapan dengan sesuatu perkara. Disebabkan itu, cita-cita Roqiah ini sukar untuk dikenal pasti.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: