Certot

Aku Mahu Jadi Penulis Novel

Hasil nukilan Nana Hanis 1 year agoFiksyen 6

“Huh,” Nana mengeluh panjang. Ditatap gambar penulis novel Ain Maisarah lama. 

‘Bagaiman aku boleh jadi penulis novel? Aku teringin sangat,’ getus hati kecilnya. Menjadi penulis novel memang impian Nana. Sekurang-kurangnya dia boleh bercerita tentang sesuatu perkara dengan orang lain. Dia mahu membuat orang terhibur dengan cerita yang berada di dalam novelnya. 

Nana mengambil telefonya lalu menelefon kawan baiknya, Zalikha. “Assalamualaikum, Ika. Bagaimana mahu jadi penulis novel? Aku geramlah, Ika! Aku cemburu tengok orang boleh jadi penulis Tunas Super! Aku mahu cerita aku terkenal! Aku bukan mahu popular, aku cuma mahu jadi orang yang pandai bercerita dan mereka cerita,” luah Nana. 

“Waalaikummussalam, Nana. Sabar! Kau sudah layari web tunassuper.my/storymorie yang aku beritahu itu?” soal Zalikha. 

“Sudah. Aku sudah buat banyak cerita certot, tetapi aku tidak puas! Aku mahu ia jadi sebuah buku yang boleh dibelek-belek. Boleh dilipat-lipat,” luah Nana lagi. 

“Okey, cuba kau hantar manuskrip kepada ptsone@pts.com.my. Mana tahu kau boleh jadi penulis novel,” cadang Zalikha. 

“Terima kasih.” Nana mematikan talian. Cepat-cepat dia membuka laman web yang diberi. 

“Okey, kakak atau abang editor, tunggulah penangan cerita daripada saya!” jerit Nana.

*****

“Ika, terima kasih sebab beritahu laman web itu. Kau sudah baca cerita aku?” soal Nana. 

“Sudah. Karangan kau semua bagus-bagus. Akhirnya, impian kau menjadi kenyataan. Tidak perlulah kau cemburu dengan orang yang dapat jadi penulis Tunas Super lagi. Aku bangga dengan kau,” kata Zalikha. 

“Aku belanja kau makan hari ini dan bagi novel comel aku,” ajak Nana. 

“Beres!” balas Zalikha. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: