Certot

Aku Mahu Jadi K-Pop Star

Hasil nukilan Rose Syafiqah 3 years agoFantasi 155

“Ouch!” Syaf menjerit kesakitan.

“Hah! Menari lagi! Mama dah kata jangan menari lagi. Dah malam!” Puan Lina memarahinya.

“Ala… sekejap je,” bantah Syaf. Selepas dia berkata begitu,d ia pun terus tidur di atas katilnya yang sungguh besar. Syaf tak faham. Mengapa mama menghias biliknya dengan Hello Kitty? ‘Nak gambar EX0, SNSD atau RED VELVET,’ mengomel Syaf dalam hatinya.

Kring!

 Telefon Syaf berdering.

“Hello,” jawab Syaf, malas.

“Kenapa dengan awak, Syaf?” tanya kawannya, Nurin.

“Tiada apa-apa,” jawab Syaf lagi. Syaf malas mahu melayan kawannya kerana dia sungguh mengantuk.

“Esok awak datang Fishlight Entertainment awal, ya? Saya nak ajar awak menari lagu You Think. Awak banyak terjatuh,” nasihat Nurin.

“Okey… bye,” Syaf menjawab malas lalu menutup telefonnya.

“Syaf!” bentak Nurin. Nurin mengomel sendirian dalam hatinya..

Keesokan harinya….

“Mana Syaf ni?” mengomel Nurin.

“Sabar sahaja,” cakap Sarah.

“Hai… tunggu saya ke?” senyum Syaf. Nurin menarik lengannya dan memasuki bangunan yang besar itu. Kemudian, Nurin mengajarnya segala tarian agar Syaf tidak terjatuh lagi. Syaf tidak membantahnya kerana Syaf tahu Nurin berniat baik. Selepas tarian itu, Nurul menerjah Syaf, Nurin, Sarah, Sairah, dan Nur.

“Tadi saya nampak satu poster. Poster pertandingan menari lagu K-Pop!” Riang Nurul.

“Okay… kita sekarang perlu merancang nama kumpulan, lagu yang bagus ,dan…,” cakap Sairah.

“Dan… ahli kumpulan,” balas Nur.

“Mestilah enam, Nur,” marah Sarah, Sairah, Syaf, dan Nurin.

“Dan tema kumpulanlah,” menyampuk Nurul.

“Betul, betul, betul,” cakap Nur menyerupai Ipin.

Let’s start.” Riang Syaf.

Akhirnya, mereka menubuh kumpulan Eleven. Mereka memenangi pertandingan itu dan menjadi kumpulan K-Pop yang hampir terkenal. Mereka sungguh gembira kerana hajat mereka tercapai.

We are one!’ sorak Syaf dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: