Certot

Aku Mahu Jadi Hafizah

Hasil nukilan Iman Nazihah 2 years agoFiksyen 4

Alieya Alisya Binti Mohamad Azmi atau lebih dikenali sebagai Lieya. Berumur 12 tahun dan mahu menjadi tahfiz hafizah yang menghafal 30 Juz Al-Quran. Keputusan UPSR pun sudah keluar tapi dia cuma mendapat 1A 2B 2C sahaja ,tapi dia tidak mahu mengalah. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya kerana saham kita lebih di akhirat sahaja, dunia ini cuma sementara. 

*****

“Lieya dah solat ke belum?” tanya Puan Kalsum ibu Alieya.

“Lieya dah solat ibu,” kata Alieya.

“Alhamdulilah, bagus anak ibu. Kalau macam itu, siap ikut ibu beli barang untuk asrama kamu nanti,” kata Puan Kalsum sambil tersenyum.

“Baik, ibu,” kata Alieya dengan nada yang gembira.

*****

Setelah sampai di perkarangan kedai yang menjual keperluan sekolah, Alieya pun dengan pantas turun daripada kereta.

“Lieya sabar Lieya, jangan gelojoh sangat. Geli hati ibu tengok kamu,” kata Puan Kalsum sambil ketawa mengekek-gekek 

“Maaf ibu. Lieya tidak sabar mahu beli barang untuk di asrama nanti, tapi ibu tak payahlah ketawa sampai macam tu. Malu Lieya,” kata Alieya.

“Yalah Lieya, okey jom masuk baik-baik tengok kiri kanan dulu nantikan jadi macam tadi,” kata Puan Kalsum ketawa mengekek-ngekek lagi sekali.

Alieya pun buat muka masam dia tapi dalam hati bukan main gembira lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: