Certot

Aku Mahu Jadi Flash

Hasil nukilan hidayat 2 years agoSuperhero 3

Ada seorang lelaki bernama Wan. Umurnya 20 tahun. Dia amat meminati superhero terutamanya Flash. Dia ingin mencari kerja. Tiba-tiba dia terjumpa sebuah syarikat yang bernama Superheroes Lab. Dia berjumpa dengan pemilik syarikat itu supaya memberikan dia kerja. Pemilik syarikat itu setuju lalu dia dapat bekerja di situ. Di syarikat itu terdapat semua kostum superhero termasuk kostum Flash. 

“Bolehkah saya memakai kostum ini?” tanya Wan dengan perasaan gembira. 

“Kalau kamu hendak pakai, boleh sahaja.” 

Waktu kerja sudah tamat. Wan menanggalkan semula kostum itu lalu pulang. Tiba-tiba kedengaran guruh. 

Lalu Wan berkata, ‘‘Sudah mahu hujan, lebih baik aku cepat.” 

Sementara menunggang motosikal. Dengan tidak sengaja Wan disambar oleh guruh. Ketika itu Aiman turut melalui jalan yang sama. Apabila disambar, Wan telah terjatuh lalu Aiman membawa Wan kembali ke tempat kerjanya untuk merawat Wan. 

Ada seorang gadis bernama Iris. Dia seorang pakar perubatan. Selepas merawat Wan, beberapa jam kemudian Wan tersedar .Semua pandang Wan dengan perasaan terkejut. 

‘‘Mengapa kamu semua pandang saya dengan muka pelik?” tanya Wan dengan perasaan ingin tahu. 

Iris pun menjawab, ‘‘Kerana kamu terlalu cepat sembuh. Selalunya penyakit ini mengambil masa yang lama untuk sembuh.”

‘‘Cuba kamu periksa kembali apa yang berlaku kepada saya.” 

Iris pun memeriksa badan Wan lalu Iris bekata, ‘‘Di dalam badan kamu terdapat serpihan kilat yang membuatkan kamu cepat sembuh. Bukan itu sahaja, tetapi kamu juga mendapat kuasa iaitu lari laju.” 

‘‘Jadi saya ni Flash?” 

‘‘Boleh dikatakan begitulah,”  kata Iris.

‘‘Sekarang ni kamu perlu berlatih dari sekarang untuk mengawal kuasa kamu.Kamu harus memakai sut Flash yang kamu pakai tadi,” kata Dr. Haris, pemilik syarikat itu. 

‘‘Mula-mula kamu kena belajar kawal kelajuan kamu. Lepas itu kamu perlu belajar kawal kelajuan tanpa memakai sut itu. Dan akhir sekali kamu kena belajar selamatkan orang,” kata Iris kepada Wan. 

Apabila semua benda sudah dibuat, tiba-tiba ada kecemasan.Terdapat kebakaran di sebuah banglo. 

Wan terus ke lokasi lalu bertanya, ‘‘Ada sesiapa di dalam?“tanya Wan. Lalu Wan terdengar jeritan orang meminta tolong. 

Wan berlari masuk ke dalam banglo dan selamatkan orang itu. Wan bersyukur kerana dapat selamatkan orang, selamat daripada kebakaran dan paling penting Wan dapat jadi Flash.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: