Certot

Aku Mahu Jadi Ahli Sukan

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 3 years agoSukan 19

Hujan lebat masih tidak lagi reda. 

Aqilah Safiyah sibuk menyiapkan kerja yang diberi oleh gurunya. 

“Hari ini cuaca mendung. Bagaimana mahu berlatih untuk pertandingan sukan itu nanti?” keluh Aqilah. 

Pertandingan sukan semakin dekat. Macam mana mahu berlatih kalau Coach Zurina selalu tidak hadir ke latihan bola jaring?

Aqilah termenung seketika lalu pintunya diketuk oleh seseorang.

Rupa-rupanya, ibu Aqilah iaitu Puan Qalisha mengetuk pintu bilik anak bongsunya itu.

“Kenapa dengan anak ibu ini? Muram sahaja. Apa masalah anak ibu ini?” tanya Puan Qalisha.

“Sebenarnya ibu, pertandingan sukan semakin dekat. Coach Zurina asyik tidak hadir ke latihan bola jaring,” jawab Aqilah.

“Kamu harus bersabar. Selama ini kamu boleh sahaja bersabar walaupun keputusan peperiksaan kamu teruk,” kata Puan Qalisha dengan sopan.

“Dahlah, ibu. Qila sudah tidak sanggup lagi nak bersabar. Qila nak jumpa Coach Zurina sekarang,” jerit Aqilah kepada si ibu.

Si ibu tidak dapat melawan dan hanya bersabar dengan perangai anaknya itu.

*****

Tok! Tok! Tok! 

Pintu rumah Coach Zurina diketuk lalu si pemilik rumah tersebut membuka pintu rumahnya.

“Coach, kenapa tidak mengajar kami semua sedangkan pertandingan sukan itu semakin dekat?” marah Aqilah.

Coach Zurina membalas kata-kata dari Aqilah, “Kamu boleh pergi dari sini!” jerit Coach Zurina lalu menghalau Aqilah keluar.

“Pebenarnya pertandingan sukan itu esok bukan minggu depan,” kata Coach Zurina dengan nada yang tinggi.

Aqilah hanya terkedu sehinggalah Aqilah pulang dari rumah.

*****

Aqilah hanya duduk di dalam bilik tidurnya sahaja. Tidak makan dan tidak minum. 

Kemudian, Puan Qalisha membuka pintu bilik.

“Kenapa kamu bersedih? Selalunya kamu yang paling gembira,” kata Puan Qalisha.

Namun pertanyaan itu tidak dijawab. Hanya kedengaran suara tangisan Aqilah.

“Maafkan ibu kalau ibu buat Aqilah tersinggung. Aqilah kena kuat,” Puan Qalisha memberi semangat. 

Aqilah memeluk ibunya lalu meminta maaf.

“Ibu, Qila dah banyak buat salah dekat ibu. Qila nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Ibu maafkan kamu. Tapi kamu janji jangan bertindak melulu seperti tadi,” nasihat Puan Qalisha .

“Baiklah, ibu.” Aqilah mengusap air matanya yang berlinangan tadi.

“Pasal bola jaring itu biarkanlah. Kamu masih ada peluang lagi. Perkara yang sudah berlalu biarkan berlalu. Tidak perlulah ingat lagi. Kita buka lembaran baru,” nasihat Puan Qalisha kepada anak bongsunya itu.

‘Tidak dapat memasuki pertandingan sukan tidak mengapa. Asalkan jangan menderhaka kepada ibu kita. Nanti berdosa dan masuk api neraka!’ kata Aqilah dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: