Certot

Aku Mahu Bertemu Gfriend

Hasil nukilan GADIS UNGU 2 years agoFiksyen 73

Diana amat meminati muzik bergenre Kpop. Tetapi dia tidak seperti kpopers (gelaran peminat kpop) yang lain, yang meminati Kpop kerana rupa paras ahli kumpulan yang hensem atau cantik, tetapi Diana sukakan mereka kerana gerak lincah dan keseragaman tarian kumpulan tersebut. Diana juga punya rakan baik yang mempunyai minat serupa iaitu Ashila. Diana juga amat mengagumi gerak tari kumpulan Gfriend yang sentiasa membuat koreografi yang rumit. Diana suka menari dan meniru koreografi rumit Gfriend.

“Dii, awak sudah tengok tak lagu terbaru Gfriend yang bertajuk Me Gustas Tu?” tanya Ashila semasa sedang berjalan pulang bersama Diana.

“Eh, Gfriend dah keluar lagu baru? Wah, bestnya! Mesti tariannya hebat, bukan?” jawab Diana.

“Betul tu. Kali ini tariannya banyak silang kaki dan agak rumit juga. Kalau tersilap langkah, mungkin akan terjatuh,” sambung Ashila.

Akhirnya mereka berdua pun tiba di hadapan rumah masing-masing yang terletak bersebelahan itu. Diana berasa amat teruja untuk mendengar lagu dan melihat tarian lagu Me Gustas Tu.

****

Me gustas tu, me gus tas tu, tu tu ru johaheyo~

BUM!

“Adoi sakitnya!” ucap Diana,

“Diana! Kamu kenapa? Okey tak? Mama dengar ada benda jatuh dari bilik kamu,” ucap mama Diana, Puan Dania sambil mengetuk pintu.

“Er… tiada apa-apa, mama. Buku novel Diana yang terjatuh tadi,” tipu Diana sambil membuka pintu.

“Eh, kamu masih menari lagi? Sekarang sudah pukul 3.00 petang. Bukankah kamu sepatutnya belajar? Dancing time is over and now is time to study. Turn off your laptop and start to open the practice book,” arah Puan Dania tatkala melihat laptop anaknya itu masih terpapar video dance practice Me Gustas Tu.

Diana dengan malasnya membuka buku pelajaran dan mula membaca doa belajar.

****

“Shila, betullah memang susahlah tariannya sampai terjatuh saya dibuatnya,” akui Diana.

“Haa… bukankah shila sudah kata memang susah tariannya?” jawab Ashila.

“Tapi tak mengapalah Diana akan berlatih sampai Diana mahir,” balas Diana sambil tersenyum membayangkan yang dirinya menjadi hebat sehebat ahli kumpulan ‘Gfriend’ iaitu Yerin.

****

“Yeay… Diana sudah pandai menari lagu Me Gustas!” luah Diana sambil tersenyum bangga memandang Ashila yang masih terkial-kial menukarkan kaki agar sama dengan pergerakan ahli-ahli Gfriend itu.

Kebetulan petang itu, Diana terlihat di instagram tentang pertandingan menari lagu Kpop yang hadiahnya ialah tiket ke Konsert Gfriend di Kuala Lumpur bulan hadapan. Diana ingin sertai pertandingan tersebut. Dia dan Ashila sentiasa berlatih kerana ingin ke konsert Gfriend.

Semasa pertandingan, mereka berdua menari dengan penuh bertenaga dan hebat. Mereka akhirnya dipilih sebagai pemenang. Mereka bersetuju untuk bersama-sama mendapatkan tandatangan Yerin dan selfie bersama Yerin.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: