Certot

Aku Hanya Anak Angkat

Hasil nukilan Aina Zahira 2 years agoFiksyen 64

Alya seorang kanak-kanak yatim piatu sejak berumur lapan tahun. Dia tinggal di rumah kebajikan anak yatim yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Kini, dia tidak mempunyai sesiapa melainkan sahabatnya dan gurunya.

“Alya!” Kedengaran suara yang memanggil namanya.

Dia menuju ke arah suara itu. Dia terlihat gurunya bersama sepasang suami isteri. Alangkah terkejutnya Alya ada orang yang ingin mengambilnya menjadi anak angkat.

Perasaan sedih dan gembira menyulubungi hati Alya. Namun, apakan daya. Dia haruslah menjaga perasaan suami isteri itu.

Alya menyorong beg rodanya yang penuh dengan barang-barang miliknya. Alya bersalam-salaman dengan semua penghuni asrama termasuk guru-guru yang banyak menjaga dan mengajarnya. Air matanya menitis membasahi pipinya. 

Alya mengikut keluarga barunya ke dalam kereta. Semua penghuni asrama melambaikan tangan mereka sambil menitiskan air mata. Ketika dalam perjalanan pulang, Alya berdiam diri sahaja. Dia hanya menjawab ketika ditanyakan soalan sahaja.

Beberapa minit kemudian, mereka telah sampai di rumah keluarga barunya. Alya terkejut melihat rumah banglo dua tingkat yang hanya pasangan suami isteri itu yang tinggal. Oleh sebab itu, mereka mengambil Alya untuk menceriakan keluarga mereka. 

Kini, kehidupan Alya menjadi ceria kembali. Namun, ia tidak berkekalan setelah ibunya mendapat seorang anak. Alya sering diabaikan. Malahan, Alya sering dipukul oleh ayahnya akibat fitnah bahawa Alya membuli anak kandung mereka. 

“Woi, kau sedarlah sikit kau tu hanya anak angkat,” tengking ayahnya. Alya berasa amat sedih.

Alya mengambil keputusan untuk melarikan diri. Alya pergi ketika tiada sesiapa di rumah. 

Ketika itu, ada sebuah van putih berhenti di sebelah Alya lalu menarik Alya ke dalam van itu. Setelah sedar, dia mendapati dia berada di dalam tempat yang amat menggerunkan. 

Alya ditugaskan untuk meminta sedekah di tepi jalan. Ketika itu, orang yang mengawalnya itu sedang leka makan roti canai di kedai mamak berhampiran. Alya terus melarikan diri dengan sepantas yang boleh. 

Sedang dia berlari, ada sebuah kereta telah melanggarnya dengan tidak sengaja. Alya terlentang di atas jalan. Pemandu kereta itu membawanya ke hospital berdekatan. 

Setelah sedar, Alya sudah terlantar di atas katil. Pemandu kereta itu menerangkan segalanya kepada Alya. Dia juga memberitahu bahawa dia ingin mengambil Alya sebagai anak angkatnya. 

Alya bersetuju dengan permintaan itu. Alhamdulillah. Keluarga yang baru ini lebih menyayanginya berbanding keluarga yang dahulu. Alya berasa amat bersyukur. Kini , kehidupan Alya sangat bahagia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: