Certot

Aku Gadis Bermaruah!

Hasil nukilan NOR ATIKAH 3 years agoFiksyen 70

Perkataan gadis tidak bermaruah bermain di fikiranku selama ini. Perkataan itulah membuatku rasa tidak senang hati dan asyik teringatkan sahaja. 

Itulah pertama kali aku dipanggil gadis tidak bermaruah. Waktu itu aku baru pulang dari sekolah. Aku dan kawan-kawan pulang dengan berjalan kaki.

Sewaktu berjalan kaki. Aku dan kawanku telah ditahan dengan tiga orang budak perempuan yang paling gangster di sekolah kami.

Kami ditahan dan diugut untuk memberi wang kepada mereka. Jika tidak beri, kami akan dipukul.

“Amie, macam mana ni? Apa kita nak buat?” bisik Izma kepada ku.

“Aku tahu. Apa kata kita lari? Aku kira sampai tiga, kita lari sama-sama okey?” terang ku kepada Izma sambil memegang tangannya.

“Kamu berdua baik serahkan semua duit kepada kami. Jangan nak melawan dan lari!” tetiak ketua gangster itu.

Kalau kita orang tak nak bagi, kau nak buat apa?” jawabku dengan suara kuat.

*****

Tiba-tiba datang seorang lelaki menolang kami berdua. 

“Kau dah kenapa nak gaduh dengan dia orang? Baik kau gaduh dengan aku!” jerit lelaki itu.

Semua perempuan gangster itu lari dengan lintang pukang sebab ketakutan.

“Kamu berdua tak apa-apa?” tanya lelaki tersebut.

“Kami tak apa-apa. Terima kasih sebab tolong kami berdua,” jawab Izma dengan tersenyum.

“Ha… lupa pulak nak berkenalan dengan kamu berdua. Kenalkan saya Ameer. Kamu berdua siapa?”

“Saya Izma dan ini Amie. Selamat berkenalan,ya.” 

Aku menarik tangan Izma lalu meninggalkan Ameer yang berdiri keseorangan di situ.

*****

Pada keesokannya, aku sampai di sekolah seorang diri kerana lambat bangun.

Waktu aku hendak masuk ke dalam kelas, aku terserempak dengan Ameer, yang menolong aku waktu itu.

Aku tidak mengendahkan dia dan terus masuk ke dalam kelas.

“Sombongnya budak perempuan tu. Tak suka aku. Baik aku tak payah tolong dia waktu itu. Gadis tak bermaruah!” bisik Ameer dengan suara yang pelahan.

Aku terdengar kata-katanya dan aku terberhenti seketika.

“Kau cakap apa tadi? Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap tu! Kalau kau tak tolong aku pun tak apa waktu tu. Aku gadis bermaruahlah. Kau jangan cakap macam tu dekat aku lagi faham!” jeritku dengan suara yang kuat sampai seluruh sekolah dengar.

Aku berasa marah sangat dan benci melihat muka dia lagi. Aku terus masuk ke dalam kelas. Ramai melihatku dengan muka yang terkejut.






Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: