Certot

AKU BUKAN JUARA

Hasil nukilan AIRIEN NATASHA 2 years agoSukan 5

 Lya, Tasha, Dhia, dan Ana merupakan orang penting dalam rumah sukan mereka. Mereka juga adalah antara pelajar yang pintar. Dhia merupakan seorang peserta balapan. Sebut je lari berapa meter, semua dia sertai. Semua acara lumba lari yang dia sertai, semuanya dimenanginya dengan mudah sekali. 

Lya pula merupakan peserta lompat jauh yang paling muda. Semua wakil adalah dari kelas tahun enam, hanya dia sahaja peserta tahun lima! Tapi, bak kata pepatah kecil-kecil cili padi. Dialah penyelamat maruah tahun lima! 

Tasha dan Nuha pula adalah peserta lompat jauh. Mereka dipilih kerana mereka masing-masing kurus dan tinggi. Tasha dan Dhia adalah ahli rumah Kuning, manakala Lya dan Ana ialah ahli rumah Biru. Semua pelajar berasa kagum terhadap kebolehan mereka ketika bersukan dan kepandaian mereka. 

Mereka juga mempunyai tiga  orang rakan yang tidak terlalu aktif dalam sukan. Mereka ialah Syada, Nuha, dan Nana. Mereka tidak pernah merasa cemburu terhadap Lya, Tasha, Dhia, dan Ana. Namun dalam mereka bergembira, ada seseorang yang sedang berasa cemburu terhadap mereka berempat. Siapa orang itu?

*****

Pada suatu pagi yang sangat indah, semua pelajar berkumpul di dewan terbuka untuk latihan rumah sukan. Semua murid beratur mengikut rumah sukan yang ditetapkan. Latihan sukan yang pertama sudah semestinya sukaneka!

“Tasha, SM4E yang lain semua ahli rumah Biru kecuali Nuha dan Nana je rumah Merah. Aku dan kau je ahli rumah Kuning,” kata Dhia kepada Tasha.

“Nak buat macam mana. Diorang lebih sukakan rumah Biru. Eh, acara sukaneka ni kau masuk apa? Aku masuk lari dalam guni,” tanya Tasha.

“Aku masuk acara bawak telur dalam sudu. Syada, Nuha, Nana, Lya, dan Ana masuk acara apa, ya? Setahu aku Ana dan Nana masuk lari dalam guni juga.”

“Oh, Nuha dan Lya juga masuk bawa telur dalam sudu. Syada seorang sahaja yang tidak mahu masuk apa-apa acara,“beritahu Tasha.

“Oh, kalau begitu tidak mengapalah. Eh, jomlah! Cikgu dah panggil.Nanti kena marah pula,” kata Dhia. 

*****

“MARKAH BAGI RUMAH KUNING DAN RUMAH BIRU ADALAH SAMA. 488-488.MANAKALA RUMAH MERAH PULA MASIH JAUH KETINGGALAN.360.”

Ketika itu,semua ahli rumah Bir dan Kuning bersorak keriangan. Semua bertepuk tangan dan high five sesama sendiri. Keadaan itu tidak sama seperti ahli rumah Merah yang kecewa. Semua murid rumah Merah berhenti bermain tepuk tampar. Mereka berasa sangat kecewa. Hanya guru-guru yang terus memberi semangat kepada mereka semua.

“Alah… cikgu, kenapa kita tidak dapat markah? Kurang lima markah sahaja lagi…,” kata seorang ahli rumah Merah dengan nada kecewa. Macam mahu menangis pun ada!

“Tak mengapalah. Sekarang ini baru latihan. Belum yang sebenar punya. Hah, Risya. Mengapa kamu masih mendengar lagu? Kamu tidak dengar pengumuman, ya? Cikgu tahu yang kamu tidak suka bersukan. Tetapi ambillah berat tentang rumah sukan kita sikit,” kata Cikgu Noraidah dengan bersungguh-sungguh.

Namun kata-kata Cikgu Noraidah itu tidak diendahkan oleh Risya. Dia bukannya mahu menjawab, tetapi menguatkan lagi volume. Dengan rasa tidak bersalah,d ia terus melayan lagu Boy in Luv.

“Baiklah, kalau kamu tak mahu dengar kata cikgu, dengan ini cikgu mahu kamu semua masuk acara lari 4x100, lompat jauh, lontar peluru, dan tarik tali. Keputusan ini muktamad! Tiada apa-apa perubahan!” kata Cikgu Noraidah dengan geram.

“Hah! Saya ni dahlah gemuk. Cikgu pula nak suruh saya masuk semua acara-acara tu? Cikgu memang sengaja nak kenakan saya!” kata Risya dengan marah.

Ish, ish, ish ,melawan cakap cikgu. Nanti kena sumpah jadi Tanggang baru tahu! Melawan sahaja kerjanya.

*****

Di atas katil yang berada di dalam bilik yang dihias dengan sangat cantik, Risya kegelisahan memikirkan tentang acara sukan yang akan disertai.

‘Aduh… kenapa cikgu pilih aku juga? Aku ini dahlah gemuk, tak pandai lari pula tu! Ish! Inilah sebabnya kenapa aku benci sukan. I hate sport! Sport is a bored activities! Mengapalah aku tidak sama seperti  Lya, Tasha, Dhia, dan Ana? Mereka atlet sekolah. Kalau badan aku kurus seperti mereka kan bagus. Tak adalah malu mahu bersukan. Kata mereka sukan itu seronok. Mengapa aku tidak sama seperti mereka? Cikgu pun, paksa aku untuk masuk acara itu,’ kata Risya.

Ish. Cakap seorang-seorang begitu, nasib baik tak ada orang tengok. Kalau tidak,d ia pasti dilabel Minah Sewel. Sedang dia sibuk membebel, tiba-tiba dia terdengar satu suara.

“Kalau membebel je memang tak jadi apa. Cuba kalau mula berlatih, kan okey. Ini tidak. Tapi, bagus juga cikgu paksa kamu untuk masuk apa-apa acara. Tidaklah kamu duduk sahaja. Sematkan dalam otak kamu ‘Sport is best’. Hmm… badan tu bila makan bertambah beratnya. Macam belon dipam-pam. Cuba exercise sikit. Tak nak kurus ke?” kata Puan Hanum.

“Hmm… okeylah, jom kita keluar, mama. Kita pergi spa. Risya nak kurus dan sihat,” kata Risya.

“Ya Allah! Tak faham lagi anak aku ni. Riesya, kalau nak kurus dan sihat, kita kena exercise. Kalau tidak, bagaimana mahu sihat?A syik-asyik makan. Asyik-asyik makan. Dah, cepat bersiap. Kita pergi taman sekarang. Mama yang akan latih kamu. Mama tak mahu dengar apa-apa alasan,“k ata Puan Hanum.

“Baiklah, mama,” kata Risya.

Pada petang itu, Risya dipaksa untuk berlari di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya. Dia dikerah oleh mamanya untuk berlari dalam masa yang ditetapkan. Mereka menghabiskan masa pada petang itu hanya dengan berlatih.

*****

 Sehari sebelum sukan, semua murid dan guru semakin sibuk membuat persiapan seperti menghias khemah dan bagi yang memasuki apa-apa acara, semuanya sibuk berlatih untuk kejohanan sukan pada keesokan harinya. Namun, ketika semua orang sedang sibuk berlatih, terdapat seorang murid yang hanya duduk di tepi tangga dan melihat orang lain membuat kerja.

‘Aku rasa macam bersalah tidak menolong mereka semua. Tetapi, aku sudah terlalu penat. Dari hari itu lagi aku sudah berlatih untuk acra sukan,’ bisik Risya seorang diri.

Tiba-tiba Lya, Tasha, Dhia, dan Ana berjalan dan pergi ke arah Risya. Mereka berpakat untuk mengenakan Risya.

“Assalamualaikum. Hmm… dia tak dengarlah.Apa kata? Shh…. 1, 2, 3!” kata Tasha dalam isyarat tangan. Lalu mereka serentak mencucuk pinggang Risya.

“Ah! Oh mak kau meletup! Eh, korang ni! Tak baiklah. Nasiblah aku tak ada sakit lemah jantung!” marah Risya. Siapa yang tak marah bila kena sergah begitu

“Alah, sorry lah. Aku dah bagi salam kau tak dengar. Sorry.”

“Tak mengapalah. Saya kena pergi sekarang! Cikgu Noraidah sudah membebel tu. Okeylah. Bye. Assalamualaikum,” kata Risya.

“Hmm… waalaikumussalam. Okeylah. Kami pun mahu pergi. Bye,” kata mereka serentak.

*****

“SETAKAT INI MARKAH RUMAH KUNING DIKUTI DENGAN RUMAH BIRU DAN RUMAH MERAH.510-495-491.”

Apabila mendengar pengumuman itu, semua murid rumah Merah sekali lagi kecewa. Namun tidak semua yang mengeluh kecewa, ada juga yang bertekad untuk menaikkan markah bagi rumah sukan mereka.

“Kamu semua ni, janganlah kecewa sangat. Acara yang dah buat baru Sukaneka Prasekolah dan Sukaneka tahap 1, lari 70M tahap 1 (lelaki dan perempuan) dan 4 X 70 tahun 1 (lelaki dan perempuan). Belum apa-apa lagi. Lagipun kita hanya beza empat mata sahaja dengan rumah Biru.”

Namun bukan semuanya mahu mendengar kata-katanya. Hanya segelintir yang kembali gembira daripada kecewa. Maklumlah, orang yang bercakap itu pula ialah seorang pelajar yang suaranya halus saja.

‘Selepas ini acara 4 X 100 perempuan tahap dua. Bagaimana jika aku tidak menang? Aku tak mahu menghampakan mereka semua,’ kata Risya seorang diri.

“Perhatian kepada peserta 4x100 tahap dua perempuan. Diminta bersedia di lorong masing-masing.”

“Go, go, go, Merah, go! Go, go, go, Merah, go! Merah yang terbaik! Jangan hampakan kami semua!” jerit semua ahli rumah Merah.

“Ke garisan, sedia… mula!”

 “Go, go, go, Merah, go! Go, go, go, Merah, go! Go, go, go, Merah, go! Go, go, go, Merah, go!” sorak semua ahli rumah Merah.

Semua murid yang sedang berlari bagaikan mendapat tenaga suntikan daripada penyorak rumah sukan mereka. Semua murid bersungguh-sungguh bersorak demi kemenangan rumah sukan mereka. Murid yang memasuki acara itu pula berlari dengan bersungguh-sungguh.

Risya yang merupakan pelari terakhir terkejut melihat Dhia yang berada di sebelahnya. Dia berasa sangat takut kerana jika dia kalah, dia telah menghampakan harapan rakan-rakannya di rumah Merah dan juga mamanya. Dia telah berjanji untuk membawa pulang piala olahragawati untuk mamanya.

‘Mengapa Dhia yang menjadi pelari terakhir bagi rumah Kuning? Habislah aku! Bagaimana aku nak menang? Hmm… bagaimana kalau aku sadung kaki dia? Tetapi, bagaimana pula kalau penyertaan aku terbatal kerana pengadil nampak? Macam mana ya? Kan pelari ketiga dan keempat boleh masuk lorong orang! Pandai kau Risya.’

Risya tersenyum ala-ala Malaficent! Sedang dia berfikir, dia dikejutkan dengan suara pengadil yang memberi arahan itu. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan rancangan terbaiknya.

“Kegarisan. Sedia. Mula!”

Semua murid yang berada di khemah bersorak sekuat-kuatnya demi kemenangan rumah sukan mereka. Apabila sampai giliran pelari yang terakhir, sorakan mereka semakin kuat, lebih-lebih lagi rumah Merah dan Kunig. Dan, kebetulan, pelari ketiga rumah Merah dan Kuning sampai pada masa yang sama. Risya terus tersenyum kerana rancangannya berjalan dengan lancar.

‘Yes! Good job, Merah! Sekarang adalah masa untuk aku pula yang beraksi. Aku akan pastikan korang semua kalah!’

Dia berlari mendekati Dhia dan meletakkan kakinya di hadapan Dhia yang sedang berlari.Dhia terjatuh lalu Risya mengambil kesempatan untuk memecut dan memenangi pertandingan itu. Dan, dengan ideanya itu, dia telah memenangi pertandingan itu dan dinobatkan sebagai olahragawati!

*****

“Wah! Tahniah Risya! Mama berasa sangat tak sangka yang Risya boleh bawa balik piala olahragawati tahun ini. Good job, my honey bunny. Mama sayang Risya! Sebagai hadiah, mama akan belikan satu set alat makeup Mac yang Risya inginkan itu,” kata Puan Hanum. Amboi,set makeup Mac!

“Hah! Betulke mama? Terima kasih, mama! Sayang mama!” kata Risya.

‘Aduh! Bahaya, bahaya! Macam mana kalau mama tahu yang aku menang dan jadi olahragawati sebab main tipu? Aku akan pastikan mama tidak tahu tentang itu. Dan bagaimana pula jika mereka tahu yang aku hasut Syada agar tidak beritahu rakan yang lain tentang itu?Boleh mati aku!’ kata Risya seorang diri.

Muka yang yang gembira tadi berubah menjadi takut. Dia berasa tidak sedap hati lalu dia melayan telefon bimbitnya dan tiba-tiba dia melihat cahaya yang sangat terang dari arah depan keretanya. Lalu dia menjerit memanggil mamanya.

“Mama!”

*****

“Encik ni suami Puan Hanum ke?” tanya doktor yang telah menjalankan pembedahan tersebut.

“Ya, saya suaminya. Mengapa dengan dia doktor?” tanya Encik Umar keresahan.

“Dia mengalami pendarahan kepala akibat terhantuk dan sekarang dia sedang koma,” jelas doktor itu.

“Baiklah, te… terima kasih, doktor.”

Lalu dia pergi ke arah anaknya, Risya untuk memberitahu hal itu. Belum sempat dia membuka mulut, Risya terlebih dahulu bertanya.

“Papa, mama macam mana?”

“Ma… mama, koma.”

Selepas mendengar berita itu, Risya menangis teresak-esak. Sedang dia melayani perasaanya itu, tiba-tiba terdengar bunyi panggilan masuk. Rupa-rupanya itu adalah panggilan daripada gurunya.

“Assalamualaikum, cikgu.Mengapa telefon saya ni? Ada apa-apa ke?” tanya Risya.

”....”

“Saya, saya.”

”....”

“Baiklah, saya datang ke sana sekarang.”

Risya merasa makin sedih dan takut. Rupa-rupanya gurunya menelefon dia kerana hal penipuan itu!

*****

“Risya, baik kamu mengaku sekarang. Kalau tidak, kamu akan dikenakan hukuman.”

“Baiklah, cikgu. Saya mengaku yang saya tolak Dhia hari itu. Tapi boleh saya tahu siapa yang beritahu cikgu?” tanya Risya.

“Sebenarnya kami mendapat laporan dari seorang pelajar dan dia tidak mahu identitinya diketahui. Maafkan cikgu, Risya. Anugerah olahragawati itu cikgu akan berikan kepada Dhia.”

Tiba-tiba ada panggilan masuk dari telefon Risya. Dia segera mengangkat panggilan itu.

”....”

“Hah, papa! Betulkah mama dah bangun? Sebentar ya. Risya turun sekarang,” kata Risya dengan gembira.

“Cikgu, saya balik dulu ya. Saya mahu pergi ke hospital. Maafkan saya sebab menipu.”

“Ingat ya, jangan menipu lagi dan sentiasa bercakap jujur. Dan inilah antara keajaiban yang kamu dapat kalau bercakap benar,” kata Cikgu Niza.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: