Certot

Aku benci dia !

Hasil nukilan Dhia 1 year agoFiksyen

“Nana, Intan minta maaf jika Intan telah sakitkan hati Nana. Intan tidak sengaja. Demi Allah, Nana,” rayu Intan.

Liyana atau lebih dikenali sebagai Nana bermusuhan dengan Intan. Namun, Intan tetap berkawan dengan Nana.

“Ah! Intan sengaja sakitkan hati Nana, bukan? Semua cikgu sayangkan Intan. Mereka asyik marah Nana sahaja! Nana benci Intan sampai bila-bila!” kata Nana lalu terus mengatur langkah ke kelas.

*****

“Hai, Nana! Hayu ada bawa kek lobak merah, tetapi tidak habis. Jadi , Hayu fikir mahu beri pada Nana. Nah, ambillah,” terang Hayu kepada Nana.

“Terima kasih, Hayu,” balas Nana sambil mengukir senyuman manis.

Hayu ke arah meja Intan pula. Dia memberikan Intan kek coklat moist. Kebetulan pula, kek tersebut adalah kek kegemaran Nana. Hati Nana memberontak.

“Ish! Sepatutnya kek coklat moist itu kepunyaan Nana! Bukannya Hayu!” rungut Nana.

Api kebencian Nana terhadap Intan semakin marak.

***** 

Kring! Loceng Sekolah Menengah Kebangsa Syed Saa’dun berbunyi.

“Hore! Balik!” jerit beberapa orang pelajar.

Nana berjalan menuju Pak Cik Kupussamy untuk membeli aiskrim. Tiba-tiba dia ternampak Intan lantas, menolak Intan ke tengah jalan. Tiba-tiba….

Bum!

Letupan yang maha dahsyat mengejutkan Nana, lalu menoleh ke arah jalan. Intan dilanggar oleh sebuah lori cement. Nana terkejut lalu berlari ke arah Intan yang sudah terkulai lemah. Intan berbisik pada telinga Nana.

“Nana, Intan mohon Nana ampunkan salah silap Intan ya,” bisik Intan sebelum meninggal dunia.

Nana terkedu lalu menangis. 

Sejak peristiwa itu, Nana mengubah sikapnya yang buruk kepada naik dan yang baik bertambah baik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: