Certot

Akibat Suka Sabotaj

Hasil nukilan Anis Nurdini about 3 years agoFiksyen 49

Azman seorang pelajar yang sangat nakal dan suka sabotaj orang lain.

Pada perhimpunan pagi sekolah, guru besar merasmikan hari sukan sekolah 2015. Semua warga sekolah wajib menyertainya.

Azman ingin menyertai acara lumba lari 100 meter, namun dia terpaksa bertanding dengan Mustafa, juara lumba lari dan berjaya memecah rekod sekolah.

“Aku harus buat sesuatu,” kata Azman dalam hati.

Pada sesi latihan, Azman kurang berlatih kerana peserta lain sangat lemah kecuali Mustafa. Akhirnya Azman ada idea. Dia pergi ke tempat Mustafa membuat latihan. Sewaktu Mustafa berlatih, Azman melontar sebiji batu menyebabkan Mustafa tersepak dan terjatuh. Guru rumah sukan melaporkan bahawa Mustafa cedera dan tidak boleh menyertai acara itu. Azman berasa sangat gembira.

Shahrol akan menggantikan Mustafa. Azman sangat gembira. Dia langsung tidak berlatih kerana yakin akan menang.

Pada hari sukan sekolah, Azman duduk bersahaja tanpa membuat persediaan.

Tiba giliran Azman bertanding.Dia berlari sekuat hati dan melihat dia berjaya meninggalkan semua peserta. Tanpa disedari dia terjatuh dan dipotong peserta lain. Shahrol memenangi acara ini.

Azman patah tangan dan dirawat di hospital. Ketika itu Mustafa datang melawat. Azman meminta maaf kepada Mustafa kerana melontar batu padanya. Azman akhirnya insaf dan tidak mensabotaj orang lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: