Certot

Akibat Sombong

Hasil nukilan balqis qarirah 1 year agoFiksyen

Lysa adalah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Indah. Namun begitu, dia tidak disukai oleh rakan-rakannya akibat sifatnya yang angkuh dan sombong.

Satu hari, sedang dia menunggu kedatangan ayahnya untuk mengambilnya pulang ke rumah, seorang pelajar perempuan telah jatuh dari basikalnya yang membuatkan kakinya terseliuh. 

Pelajar perempuan itu menjerit, ”Tolong! Tolong! Kaki saya sakit!” Tetapi, Lysa hanya berbuat tidak endah sahaja.

‘Padan muka! Jatuh sendiri, pandai-pandailah bangun sendiri!’ bisik hati Lysa.

Ketika itu, ramai pelajar yang membantu perempuan itu. Bagaimanapun , dia tetap tidak mahu membantu perenpuan itu. Lysa pergi dari situ dengan angkuh. Dia juga sempat mengerlingkan matanya kearah perempuan itu.

*****

Keesokannya, dia telah dipanggil guru disiplin iaitu cikgu Norain yang tidak kurang garangnya. Dia melangkah kakinya satu per satu menuju ke bilik guru.

“Assalamualaikum cikgu, adakah cikgu memanggil saya?” tanya Lysa.

“Waalaikumuasalam. Ya, saya memanggil awak. Tujuan saya memanggil awak datang ke sini untuk menegur sikap awak. Awak adalah pelajar cemerlang sekolah ini, namun sikap awak yang sombong dan angkuh itu membuatkan ramai pelajar  tidak suka berkawan dengan awak. Saya minta, awak buanglah sikap itu dari diri awak,” tegur cikgu Norain.

“Baiklah, cikgu. Saya pulang ke kelas dahulu,” kata Lysa sesudah dinasihati oleh gurunya itu. Walau bagaimanapun, dia tetap berbuat tidak endah dengan apa teguran gurunya itu seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

*****

Ketika Lysa sedang sibuk membaca novel kegemarannya iaitu novel Miss K-Pop, dia tersedar bahawa wang belanjanya tercicir, dia keluar dari kelas untuk mencari wangnya itu. Dia melihat di bawah mejanya, di dalam beg, tetapi tidak ditemui. 

Dia menangis sendirian sambil berkata, ”habislah! Aku mahu makan apa nanti?” Tiba-tiba, seorang pelajar muncul di tepi mejanya.

”Assalamualaikum, kenapa awak nangis?” tanya pelajar perempuan itu.

“Wang belanja saya hilang!” ujar Lysa.

“Oh, kasihannya awak,” balas perempuan itu.

“Boleh saya pinjam sedikit wang?” tanya Lysa.

“Maaflah, saya tidak mahu beri awak pinjam. Hari itu, saya meminta pertolongan pada awak, tetapi awak tidak mengendahkan saya. Kemudian, awak pergi dengan angkuh sekali,” jawabnya.

Lysa teringat semula kejadian dua hari yang lepas. Dia sangat kesal dengan perbuatannya itu. Sejak hari itu, dia mulai memperbaiki dirinya, dia berusaha keras untuk mengubah dirinya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: