Certot

Akan Kubalas Jasamu Ibu

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 9

“Inikah yang dikatakan Kuala Lumpur?” 

Nur Wadiha Binti Mat Ghani, 19 tahun yang asalnya Kulim, Kedah datangnya dari kampung dengan tujuan mencari rezeki untuk menyara keluarganya di kampung. 

“Ha, datang juga awak ya, Wadiha. Ingat awak telah berubah fikiran untuk berkerja di sini,” sambut mesra Puan Salia selaku pengarah di syarikat itu. 

Puan Salia menunjukan bilik khas untuk pekerja di situ. Hari pertama bekerja disitu telah terasa sukarnya. Hampir pukul 10:00 malam dia berada di pejabat itu. Dia berasa sakit hati kerana dihina oleh Arassy binti Rozman, perkerja terbaik di syarikat itu. 

“Hoi, minah kampung! Kau jangan bodek boss aku eh. Datang dari kampung tercemar, ada hati mahu bekerja di sini!” 

Masih terbayang lagi kata-kata Arassy atau lebih dikenali sebagai Rissy memang terkenal dengan sifat berlagaknya itu. 

“Aduh, baru setengah hari bekerja di sini seperti satu tahun rasanya. Arassy ni pun satu, kerjanya ditindih di kepala aku. Macam mana boleh dapat Anugerah Perkerja Terbaik? Hairan sungguh,” bebel Wadiha sendiri. 

Sudah pukul 2.00 pagi, Wadiha di situ kerana mahu membereskan kerja yang tidak berkenaan langsung. Kira-kira pukul 4.00 pagi, Wadiha baru pulang ke rumah sewanya selepas selesai menyiapkan kerja sebanyak lima fail itu. Sebenarnya kerja itu telah pun diberi oleh Puan Salia kepada Arassy lima bulan yang lepas. Lima fail lima bulan. Susahkah?

 Pukul 8.00 pagi, Wadiha dikejutkan oleh Zafira, rakan serumahnya. Lima jam sahaja Wadiha dapat melelapkan mata yang letih membuat kerja orang lain.

“Aduh, terlepas pula  solat subuh. Aku perlu ganti solat subuh sekarang juga!” kata Wadiha lalu bergegas ke bilik air.

“Wadiha, kenapa lambat?” jerit Puan Salia kepada Wadiha. Ini tidak dispilin kerana datang terlalu lewat.  

Terkaku Wadiha di depan pejabat itu. 

“Wadiha, kenapa awak bawa fail kerja Arassy?” tanya Puan Salia. 

“Sa… ya… buat… kerja Arassy semalam.”

Puan Salia segera berpaling ke arah Arassy yang sedang bermain Facebook. Puan Salia mengarahkan Arassy mengikutnya supaya dapat melepaskan geramnya terhadapnya. 

Hampir 10 tahun Wadiha bekerja di syarikat itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan kembali ke kampung halaman.  Wadiha berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya mengotakan janjinya terhadap ibunya. 

“Hai, rindu sungguh Komen dan Tompok, si kucing itu,” kata Wadiha sendirian. 

“Kau mahu pulang ke kampung halaman? Nak ikut!” rayu Zafira kepada Wadiha. 

Wadiha menganguk membuatkan Zafira seperti mahu menari. Wadiha mendongok ke siling sambil berkata dalam hati, ‘Akanku balas jasamu, ibu.’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: